Tuesday, 25 July 2006

DEMO BANTAHAN BESAR-BESARAN TERHADAP KEDATANGAN RICE JUMAAT INI


Condoleeza Rice, Setiausaha Negara Amerika yang bersekongkol dengan Yahudi membunuh umat Islam Lubnan dan Palestin

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Pemuda PAS membantah kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleeza Rice ke pasca mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean ke-39 (AMM) pada 27 hingga 29 Julai ini.

Bantahan ini dibuat dalam dua bentuk iaitu menghantar surat bantahan kepada Menteri Luar, Dato' Seri Syed Hamid Syed Albar serta perhimpunan dan perarakan yang di adakan Jumaat ini.

Ketuanya, Salahuddin Ayub dipetik dari Harakahdaily, berkata, bantahan itu di buat atas sikap protes PAS terhadap AS dan sekutunya di atas kebiadapan dan tindakan ganas terhadap rakyat Palestin dan Lubnan.

Pemuda PAS juga menjemput Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein menyertai perhuimpunan dan perarakan membantah tindakan ganas dan biadap AS terhadap rakyat Palestin dan Lubnan.

Menurut Salahuddin, di atas sifat kemanusiaan serta mengenepikan fahaman politik, Pemuda PAS mengalu-alukan kehadiran serta penyertaan ahli Umno amnya dan Pemuda Umno khasnya.

Perarakan itu akan diadakan selepas solat Jumaat, 28 Julai ini bermula di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur hingga ke Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Katil, Hj Salamat Aman berkata, andainya dalam isu ini Pemuda UMNO masih berdegil tidak mahu bersama-sama Pemuda PAS membantah kehadiran Rice, maka sahlah mereka sebenarnya lebih mementingkan politik dari membela umat Islam.

"Minggu lepas pun Khairy buat demo di depan Kedutaan Amerika, kita ajak dia berdemo di Masjid Kampung Baru supaya jumlah kita semua ramai, dia tak jawab pun" tambah Hj Salamat dengan nada kecewa.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59