Monday, 17 July 2006

DEMI UNTUK PERTAHANKAN PAK LAH, SURAT RAHSIA PUN BOLEH BERTUKAR STATUS JADI TIDAK RAHSIA


Undang-undang pun boleh dilanggar dan ditukar status demi untuk menyelamatkan orang yang berkuasa. Semalam kita dikejutkan dengan tersiarnya surat RAHSIA KERAJAAN berkenaan isu jambatan bengkok. Jika tidak sebelum ini sudah pasti orang yang membocorkan surat rahsia ini sudah pasti di dakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Tetapi kali ini kerajaan sendiri yang melanggar undang-undang ini demi untuk menyelamatkan seorang yang sedang berkuasa tetapi sedang 'kepanasan.'

Kerajaan menyiarkan kandungan sepenuhnya surat-menyurat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong berhubung cadangan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Salinan empat surat itu, dua yang ditandatangani oleh Dr Mahathir dan dua lagi oleh Goh. Semalam kerajaan menarik balik klasifikasi rahsia bagi dokumen-dokumen tersebut bagi menangkis dakwaan Dr Mahathir berhubung keputusannya pada 12 April untuk membatalkan projek itu.

Salinan empat surat itu, dua yang ditandatangani oleh Dr Mahathir dan dua lagi oleh Goh, kini dapat dibaca dalam portal berita Bernama di bawah tajuk "Correspondence between Tun Dr Mahathir and former Singapore Prime Ministers".

Bekas Perdana Menteri itu antara lain, mendakwa, kerajaan Singapura bersetuju dengan cadangan Malaysia membina sebuah jambatan bengkok, dan Malaysia menawarkan rundingan penjualan pasir dan penggunaan ruang udaranya kepada jet pejuang Singapura.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri semalam, ini merupakan kedua kalinya dalam sejarah negara dokumen-dokumen yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) disiarkan kepada umum, bagi menjelaskan kedudukan sebenar dan membolehkan rakyat Malaysia faham mengenai keputusan kerajaan membatalkan projek itu.

Menurutnya rundingan berhubung perbincangan dengan Singapura mengenai isu ruang udara bukannya baru dan tidak dicetuskan oleh kerajaan sekarang pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut laporan Bernama, Dr Mahathir selaku perdana menteri ketika itu telah memasukkan isu itu sebagai satu pertukaran dan sebagai sebahagian pakej isu-isu untuk diselesaikan bersama Singapura dalam rundingan dari 1998 ke 2002.

Ini terkandung dalam surat Dr Mahathir kepada Lee selaku Menteri Kanan pada 4 Mac 2002, dan isu yang sama dibangkitkan oleh Goh pada 1 Mac 2005.

Ini menolak dakwaan Dr Mahathir kononnya pentadbiran sekaranglah yang menawarkan ruang udara kepada pesawat Tentera Udara Singapura.

Isu rundingan


Penjualan pasir kepada Singapura dibangkitkan oleh republik itu dalam pertemuan antara Abdullah dan Goh pada 1 Mac 2005, sekaligus menolak tanggapan yang kerajaan menjadikan isu itu untuk dirundingkan.

Kandungan surat-surat yang disiarkan hari ini menunjukkan bahawa dalam sepucuk surat kepada Goh bertarikh 7 Okt 2002, Dr Mahathir secara bersendirian menamatkan rundingan yang berdasarkan pakej dengan Singapura, dengan berkata Malaysia telah membuat keputusan untuk memberikan keutamaan tertinggi untuk menyelesaikan dahulu isu air yang telah lama tertangguh.

Dalam jawapannya pada 14 Oktober Goh memberitahu Dr Mahathir bahawa oleh kerana beliau mahu menangani isu air secara berasingan dan mahu menghentikan pendekatan secara pakej itu, pertukaran-pertukaran ini tidak lagi mungkin dapat dicapai.

"Oleh kerana rundingan secara pakej ini sudah ditamatkan, saya telah mengarahkan pegawai-pegawai saya menangani isu air dan isu lain secara tersendiri dan berasingan, berdasarkan merit masing-masing, dan tidak lagi sebagai satu pakej," kata Goh dalam surat itu.

Kenyataan Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata Pejabat Peguam Negara telah menasihatkan supaya Malaysia tidak meneruskan tindakan membina sendiri jambatan itu tanpa mematuhi kehendak undang-undang.

Halangan utama terhadap pembinaan jambatan bengkok melibatkan tindakan meroboh Tambak Johor di bahagian Malaysia dan ini akan memberi kesan secara langsung kepada paip air milik Public Utilities Board (PUB) Singapura.

Berdasarkan Perjanjian Air Johor-Singapura 1961 dan 1962, Malaysia perlu mendapatkan kelulusan PUB berhubung sebarang perubahan kepada paip air itu akibat daripada pembinaan jambatan.

Kerajaan telah menjelaskan bahawa keputusannya adalah keputusan politik, berdasarkan sentimen, kedaulatan dan integriti rakyat Malaysia, kata kenyataan itu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59