Wednesday, 19 July 2006

CUTI DR MAHATHIR BUKAN SEMBARANGAN CUTI. AMBIL KESEMPATAN BERTEMU RAKYAT DAN KELAB Umno LUAR NEGARA


Nampaknya cuti Dr Mahathir bukan sembarangan cuti apabila mengambil kesempatan semasa bercuti untuk bertemu dengan rakyat dan Kelab Umno luar negara bagi menerangkan kritikan beliau terhadap kerajaan sekarang.

Malah menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai sekembalinya beliau dari luar negara nanti beliau akan membuat 'road show' di seluruh negara untuk menerangkan isu-isu berkaitan dengan kritikan beliau terhadap Pak Lah dan kerajaan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada di London bagi mengakhiri percutiannya di samping menemui rakyat Malaysia di sana.

Sumber-sumber memberitahu, Dr Mahathir berlepas ke London dari Turki semalam dan akan berada di Britain hingga Khamis ini sebelum berlepas pulang ke tanahair. Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang pada jam 9 pagi 22 Julai.

Antara lain atucara percutian beliau di London ialah menemui ahli Kelab Umno di sana. Majlis pertemuan dengan rakyat Malaysia itu, diatur oleh anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz bersama anak-anak Dr Mahathir yang lain turut serta dalam percutian ibubapa mereka ke Turki sejak 2 Julai lalu. A

“Dr Mahathir akan mengadakan dialog dengan beberapa Kelab Umno di negara itu bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia di sana mengenai kritikannya terhadap dasar-dasar kerajaan sekarang.

“Ini adalah sebahagian daripada ‘roadshow’ untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai pendapat dan pendirian beliau berhubung isu-isu yang dibangkitkannya,”jelas sumber

Dalam perkembangan lain, kelab penyokong Dr Mahathir di ibunegara, Gen-M menasihatkan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) jangan menghadiri majlis smbutan kepulangan Dr Mahathir Sabtu ini kerana dikhuatiri akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pentadbiran universiti.

1,000 dijangka hadir

Jurucakap kelab tersebut berkata, pihaknya diberitahu bahawa pentadbir universiti awam telah mengeluarkan arahan melarang pelajar dan kakitangannya menyertai sebarang aktiviti menyokong Dr Mahathir.

“Kami berharap para pelajar khususnya tidak menyertai acara sambutan Sabtu ini kerana kami difahamkan pihak pentadbir universiti telah mengarahkan dikenalpasti mereka yang hadir atau terbabit dengan aktiviti kami,”ujarnya.

Kelab itu menjangkakan kira-kira 1,000 akan hadir menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri itu.

“Beberapa rombongan menaiki bas dari Kedah, Johor dan Kelantan telah mengesahkan kehadiran mereka,” ujarnya.

Menurutnya lagi, jika berdasarkan jumlah keahlian Gen-M sekarang ini, rakyat pelbagai kaum dijangka akan menyambut kepulangan Dr Mahathir nanti.

“Gen-M kini mempunyai ahli seramai 6,180 orang dengan 30 peratus kaum Cina, 20 peratus India dan selebihnya Melayu dan kaum-kaum lain,”ujarnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59