Sunday, 9 July 2006

CUMA ADNAN MANSOR SAJA YANG OTAKNYA SONGSANG






Gambar Hiasan





JITRA 9 Julai - Akhbar arus perdana menyiarkan berita bahawa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) tidak bersetuju dengan cadangan melanjutkan tempoh operasi pusat-pusat hiburan di negara ini kerana ia boleh mengundang wujudnya lebih banyak masalah penyalahgunaan najis dadah.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, dalam membuat cadangan itu mana-mana pihak termasuk Kementerian Pelancongan tidak seharusnya hanya memikirkan soal ekonomi semata-mata sehingga mengabaikan aspek keselamatan negara.

Malah katanya, pusat-pusat hiburan bukannya satu tarikan pelancongan yang besar kerana negara-negara lain termasuk Thailand yang bergantung sepenuhnya kepada industri pelancongan juga tidak membenarkan pusat-pusat hiburan mereka beroperasi sehingga dinihari.

‘‘Perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana kebanyakan pengunjung pusat hiburan termasuk golongan belia memperoleh dadah di dalam pusat itu sendiri dan kalau pun mereka mendapatkan dadah dari luar, mereka akan menghabiskannya di dalam pusat tersebut.

‘‘Oleh itu, jika ia mempunyai kaitan dengan soal dadah, kita tidak boleh berkompromi kerana jumlah penagih sedia ada sudah cukup banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan peralatan sukan kepada cawangan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu di sini, hari ini.

Johari mengulas cadangan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kelmarin agar waktu operasi pusat membeli-belah, pusat hiburan serta restoran di seluruh negara dilanjutkan sehingga pukul 5 pagi untuk meningkatkan kedatangan pelancong asing.

Katanya, tidak semua pelancong yang berkunjung ke negara ini akan pergi ke pusat-pusat hiburan, malah waktu yang diperuntukkan buat mereka juga mencukupi.

“Kalau pusat-pusat hiburan ini berada di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, saya akan pastikan ia ditutup pada pukul 1 pagi dan mana-mana pengusaha yang ingkar akan dikenakan hukuman paling berat kerana perkara ini adalah serius,” ujarnya.

Nampaknya hanya Adnan Mansor sahaja yang mempunyai otak songsang yang hanya memikirkan keuntungan tanpa menghiraukan gejala maksiat yang mungkin berlaku andainya kelab malam dan disko di buka sampai pagi.

Namun begitu kita juga hairan mengapa pemimpin-pemimpin Umno ini masih lagi tidak boleh berfikir bahawa bukan sahaja ianya tidak boleh dibuka sampai pagi tetapi sepatutnya tempat-tempat seperti itu ditutup terus.

Inilah kepala 'hotak' Umno tak tau yang mana baik yang mana buruk.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59