Friday, 7 July 2006

CERITA MELAKA : MACAM-MACAM ADA KAT MELAKA


MELAKA 7 JULAI : Melaka memang terkenal dengan pelbagai cerita misteri, sejarah dan kelakar. Suatu waktu dulu kita dikejutkan dengan berita pemimpin negeri ini berkokok bagai ayam jantan ketika mengacau ceramah PAS. Lepas tu timbul cerita Raja Melaka dan macam-macam lagi. Beberapa bulan lepas timbul pula cerita orang kahwin sejenis. Pendek kata macam-macam ada.

Semalam cerita kahwin sejenis timbul semula. Selepas empat tahun menghilangkan diri, sepasang ‘suami isteri’ disyaki sama jantina yang dinikahkan secara sah pada Disember 2002, akhirnya hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Pasangan terbabit menghilangkan diri beberapa hari selepas perkahwinan mereka dan dipercayai bersembunyi di Kuala Lumpur selepas jantina seorang daripada mereka diragui Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

Sejak itu, Maim menjalankan gerakan mengesan pasangan berkenaan dan mereka berjaya dikesan awal Mei lalu di Cheras, Kuala Lumpur, melalui maklumat ahli keluarga.

Berikutan itu, Maim menyerahkan waran untuk mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Bagaimanapun, apabila pasangan itu hadir ke mahkamah, perbicaraan tidak dapat dijalankan berikutan Kadi Melaka Tengah, Mohamad Azli Abdul Rahman berkursus di London tiga bulan dan dijangka pulang pertengahan Ogos depan.

Pasangan berkenaan juga sudah melantik peguam, Zulfiqri Zakaria, untuk kes perbicaraan berkenaan yang ditetapkan pada 7 September depan.

Sebelum ini, pasangan `suami isteri’ yang dinikahkan secara sah itu gagal dikesan pihak Pendaftar Mahkamah Syariah hingga menyebabkan perbicaraan `memisahkan’ mereka terpaksa ditangguh dua kali.

Pasangan berusia akhir 30-an itu sepatutnya hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada 20 April lalu bagi mendapatkan perintah farakh atau membatalkan pernikahan kerana bernikah golongan sejenis, tetapi gagal menghadirkan diri.

Mereka dinikahkan Iman Satu Masjid Bukit Cina, Ishak Juki, selepas mematuhi prosedur ditetapkan, termasuk ‘pengantin lelaki’ mendapat pengesahan sidang kampung, manakala majikannya menyatakan `lelaki’ itu bujang dan memiliki kad pengenalan jantina lelaki.

Bagaimanapun, masalah timbul beberapa bulan kemudian apabila Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) enggan mendaftar perkahwinan itu kerana ‘pengantin lelaki’ diragui kelelakiannya.

Perkahwinan sesama jantina itu terbongkar selepas ahli keluarga pasangan perempuan membuat aduan kepada Jaim sebaik mengetahui ‘pengantin lelaki’ adalah wanita.

Harian Metro sebelum ini mendedahkan seorang perempuan berlagak lelaki didakwa mengahwini kaum sejenisnya di negeri ini empat tahun lalu selepas perkahwinannya dengan seorang wanita lain enam tahun lalu berakhir perceraian.

Bagaimanapun, pernikahan kali kedua pada 2002 gagal didaftarkan selepas keluarga ‘pengantin lelaki’ membuat laporan Jaim sebaik mengetahui perkahwinan sesama jantina.

Wanita berkenaan dilahirkan pada 7 Julai 1967 dan diberi nama Mazinah Mohamad, 39, mengahwini pasangannya selepas mendakwa melakukan pembedahan jantina dan menggunakan nama Mohd Sofian Mohamad.

Sumber : Hairan Metro

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59