Wednesday, 26 July 2006

BONGKAR : Unit Pemantauan Jabatan-Jabatan Kerajaan negeri tidak berfungsi


BUKIT KATIL 26 Julai : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh Unit Pemantauan Jabatan (UPJ) yang dikatakan gagal melaksanakan tugas dengan baik sehingga menimbulkan pelbagai masalah terhadap penduduk.

Setiausahanya, Khairuddin Ismail berkata, sepatutnya penubuhan unit tersebut melibatkan hampir keseluruhan jabatan mampu menyelesaikan masalah dengan baik di mana penduduk sendiri perlu membuat aduan berhubung dengan masalah yang diajukan.

"Pihak tersebut harus lebih arif dan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan jabatan-jabatan yang dikedalinya tidak menimbulkan masalah kepada orang ramai. Malah kita melihat bahawa setiap jabatan terbabit gagal melaksanakan tugas dengan lancar walaupun unit berkenaan telah ditubuhkan"jelas Khairuddin.

“Namun masalah demi masalah terus berlaku dan orang ramai sendiri terpaksa membuat pemantauan serta melaporkan sendiri kepada pihak-pihak lain seperti Japerun, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebagainya,” tambahnya lagi yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

“Sebagai contoh UPJ ditubuhkan di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Kerja Raya (JKR), Perbadanan Air Melaka (PAM), Southern Waste Managements (SWM) dan banyak lagi, namun banyak aduan lambat atau gagal dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

bkn jab tu saje,jabatan kebajikan masyarakat melaka tengah juga mempunyai staf yang tiada maruah dengan isteri orang membuat hub zina dengan staf yg suami org, kemudian staf lelaki tersebut selalu mencari mangsa bru stiap kali berkursus.malu dengan sikap jabtan begini,bknnya beri bntuan tp dlm ms sama tunjuk baik segelintirnya tetapi hakikat sebenar merekalah petualang jahil dengan zina yg dilakukan. semua tercalit lumpur bila diulang2 perbuatan salah yg pernah dilakukan. mereka ini patut sedar dgn apa yg dlakukan.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59