Tuesday, 25 July 2006

Bagaimana pelaksanaan RMK-9 di Kelantan? Kenapa MB Kelantan tidak dijemput?


Debat Perdana edisi 23 Julai 2006 yang mana YB Mohd Zaki Ibrahim, Adun Kelaboran sedikit sebanyak telah membuka mata baik penonton di studio mahupun di rumah. Syabas kepada Yang Berhormat. Sememangnya penafian hak kepada Kerajaan Kelantan tidak dapat diselindung oleh Kerajaan Persekutuan. Pelaksanaan RMK-9 suatu agenda kerajaan yang boleh dikatakan baik jika kuasa pelaksana berada di tangan pihak yang bertanggungjawab.

Memang tidak dinafikan Kelantan disediakan peruntukan yang agak banyak dalam RMK-9, tetapi sejauh manakah keikhlasan kerajaan persekutuan yang menjadi persoalan. Menteri Besar Kelantan yang tidak dijemput dalam Majlis Mesyuarat Menteri –Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri. Banting yang digantung di tepi-tepi jalan juga tidak diletak jata negeri Kelantan.

Betapa diskriminasi berlaku dalam pelaksanaan yang dikatakan telus untuk rakyat ini. Mesyuarat tersebut antara lain membincangkan plan pelaksanaan RMK-9. Penyaluran peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana pengumuman oleh Majlis Kerajaan Tempatan agar ia disalurkan terus kepada PBT tetapi sebaliknya yang berlaku kepada Kerajaan Kelantan iaitu ia disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan. Semua ini telah disebut oleh YB. Adun Kelaboran yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Saya rasa dari segi integriti, Kerajaan Kelantan lebih telus kerana tiada ketirisan dalam pelaksanaan projek. Lebih 15 tahun kerajaan PAS Kelantan namun tiada isu rasuah dan penyelewangan.

Saya ingin mengambil contoh di mana Majlis Daerah Tumpat semasa PAS mula mengambil alih Kerajaan dalam akaun hanya tinggal RM 1 sahaja. Sekarang ini MDT di antara PBT yang membangun. Di harap rakyat daripada negeri lain dapat memberi peluang kepada pembangkang untuk menerajui kerajaan Pusat dan juga negeri. Pelbagai penyelewangan yang kita lihat berlaku dalam pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional.

Dipetik dari Ruangan Surat Pembaca, Harakahdaily
Oleh : Darulnaimboy

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59