Monday, 10 July 2006

ALI RUSTAM JANGAN SIBUK BERPOLITIK SAHAJA SEHINGGA PEJABAT PKNM PUN KENA SITA


MELAKA 10 JULAI : Rakyat negeri ini menggesa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam supaya jangan hanya sibuk berpolitik sahaja sehingga gagal menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri dengan berkesan.

Seorang penduduk Taman Merdeka, Hj Salleh Osman, 50 berkata sebagai rakyat Melaka beliau berasa malu dengan isu yang melibatkan Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang disita kerana tidak membayar sewa.

"Ali Rustam sibuk ke sana ke mari menjalankan tugasnya sebagai Naib Presiden Umno sehingga mengabaikan tugas Ketua Menteri yang lebih penting. Imam Al Badawi sepatutnya menggugurkan jawatannya sebagai KM Melaka kerana kegagalan ini" tegas Hj Salleh.

Akhbar Melaka Hari Ini melaporkan bahawa sehari dua ini Ali sibuk melawat Kelantan bagi 'mengajar' Umno Kelantan bagaimana untuk memantapkan Umno di Kelantan.

Seorang lagi rakyat Melaka yang ditemui iaitu Moazzar Mansor yang tinggal di Taman Seri Selendang berkata bahawa beliau sudah lama tidak yakin dengan pemerintahan Ali Rustam yang katanya bukan sahaja tidak tahu memerintah malah bersikap tidak matang dan tidak professional.

"Lihat sahaja kes Ali Rustam berkokok ketika mengacau ceramah Presiden PAS suatu ketika dahulu. Di mana ianya jelas menunjukkan beliau tidak professional dan kebudak-budakkan", jelas Moazzar.

"Poster-poster ceramah pembangkang juga diarahkan supaya dikoyak dan diturunkan oleh kerajaan BN Melaka pimpinan Ali Rustam. Ini juga menunjukkan yang Ali Rustam tidak bersifat anak jantan dan 'memperkosa' demokrasi", tambah Moazzar lagi.

Sementara itu Ali Rustam dilaporkan menyeru UMNO Kelantan supaya meningkatkan jumlah keahlian dan sekali gus mendaftar sebagai pengundi sebagai strategi berkesan menawan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden UMNO itu juga, berkata, salah satu sebab mengapa UMNO tewas di negeri Kelantan ialah ahli UMNO tidak keluar mengundi.

Sebagai contohnya, katanya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama dalam Parlimen Kota Bharu tewas 34 undi kepada pembangkang walhal jumlah ahli UMNO yang layak mengundi seramai 2,424 orang.

“Bayangkan betapa ruginya parti kerana kehilangan kerusi dengan kekalahan majoriti yang kecil. Keadaan ini dapat diatasi jika ahli UMNO yang berdaftar sebagai pengundi keluar mengundi untuk memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN).

“Matlamat kita berparti ialah untuk memenangi pilihan raya . Ini adalah kemuncak perjuangan kita. Jika kita gagal, sudah tentu kita tidak dapat membentik kerajaan untuk

Bersungguh-sungguh benar beliau mengajar Umno Kelantan. Ini tak lain hanyalah untuk mengangkat diri sendiri supaya popular.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka dalam rangka lawatan kerja dua hari ke sini. Pada sebelah malamnya, beliau mendengar taklimat dan mengadakan petermuan dengan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Bharu dan pada jam 1 pagi mengadakan pertemuan dengan Puteri UMNO seluruh Kelantan di H B Village di Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59