Tuesday, 4 July 2006

ALI DIGESA SELESAIKAN MASALAH PKNM SEBELUM FIKIR MASALAH LAIN



MELAKA 4 Julai - Ketua Menteru Melaka, Datuk Seri Mohamed Ali Rustam atau lebih mesra dipanggil 'Ali Ketam' di gesa supaya menyelesaikan masalah Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) terlebih dahulu sebelum memikirkan masalah lain.

"Muka kamu telah terconteng arang dengan isu PKNM ini. Kamu mesti 'membasuhnya'' sindir Ketua DPP Kawasan Bukit Katil Hj Salamat Aman ketika diminta mengulas berita akhbar arus perdana yang melaporkan saranan dalam isu Mahathir-Pak Lah.

"Mungkin kerana terlalu sibuk dengan politiklah yang menyebabkan Ali gagal memantau dan mentadbir PKNM dengan baik yang menyebabkan negeri Melaka dimalukan dengan isu penyitaan pejabat PKNM ini" tambah Hj Salamat lagi.

Ali Rustam yang terkenal dengan politik murahan ini sentiasa cuba berlagak hero dalam apa juga isu berkaitan dengan Umno. Tetapi beliau lupa bahawa corak kepimpinannya yang kolot sering menjadi buah mulut kawan dan lawan politiknya.

"Mana ada pemimpin negeri lain yang mengarahkan pekerja majlis bandaran mengoyakkan poster-poster ceramah PAS dan banner yang kita pasang melainkan negeri Melaka. Ini sudah cukup melambangkan yang Ali merupakan pemimpin bertaraf rendah "tegas Hj Salamat.

Akhbar hari melaporkan bahawa Ali mahu usaha memulihkan hubungan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilakukan secara senyap-senyap dan bijaksana.

Katanya, usaha menjernihkan keadaan itu tidak perlu diberi publisiti oleh pihak media bagi mengelakkan laporan yang kurang tepat.

“Semua ingin melihat ia selesai dengan baik. Kalau tak diberi publisiti lagi baik, kalau ada usaha hendak dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran sambutan Hari Kesihatan Sedunia oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di sini hari ini.

Beliau juga mengalu-alukan sekiranya ada pihak berusaha untuk menerangkannya secara bersemuka kepada Dr. Mahathir yang akhir-akhir ini lantang mengkritik kerajaan pimpinan Abdullah antaranya kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan kerajaan seperti membatalkan beberapa projek yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Mohamed Ali berkata, beliau juga pernah menyuarakan pendapatnya kepada Abdullah ketika Perdana Menteri melawat Melaka pada 25 Jun lepas agar ada mana-mana pihak bersama-sama meredakan keadaan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59