Monday, 31 July 2006

KES BICARA PERHIMPUNAN BANTAH FORUM ARTIKEL 11 DI DENGAR PADA 26 SEPT


PULAU PINANG 31 JULAI : Perbicaraan terhadap Timbalan Ketua DPP Negeri Pulau Pinang, Us Hafiz Nordin, TYDP PAS Kawasan Bukit Bendera, Abdul Rahim Ismail dan Us Sauhul Hamid akan di dengar dijalankan pada 26 September ini.

Mereka bertiga di dakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram di penang
road pada 14 Mei 2006 mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 (Akta 344) dan
jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama, mereka boleh di denda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 seorang atau tidak lebih 1 tahun penjara atau kedua-dua sekali.


SAYA BUKAN CARI GLAMOUR - HARUSSANI


Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria menegaskan tindakannya mendedahkan perkara-perkara negatif yang menjangkiti umat Islam bukan untuk mencari publisiti murah.

“Saya tidak memerlukan populariti kerana saya sudah tua, saya tidak perlukan glamour” katanya sambil menambah umat Islam kini menghadapi cabaran yang semakin hebat kerana globalisasi dunia.

Beliau berkata, mungkin ada pihak yang tidak senang dengan pendedahannya tetapi beliau berbuat demikian semata-mata untuk memberi kesedaran kepada umat Islam.

Katanya, setiap pendedahan yang dibuat lengkap dengan fakta serta kajian terlebih dahulu dan bukannya sekadar cakap kosong.

“Saya kata umat Islam membelanjakan RM 2 bilion kerana membeli nombor ekor setelah kajian ke atas 1,000 kedai di seluruh negara di mana 75 peratus pelanggannya adalah orang Melayu,” tegasnya semasa berucap di majlis ceramah umum anti-murtad di ibunegara Sabtu lalu.

Harussani menambah, pendedahannya mengenai lebih 100,000 orang Islam telah murtad mempunyai bukti-bukti kukuh.

Jakim janji siasat

Harussani juga telah membangkitkan tentang jumlah penagih dadah di kalangan orang Melayu mencecah 1.2 juta orang dan 85,000 orang Melayu yang menghidap Aids.

Mufti Perak ini juga menegur cara berdakwah orang Islam yang menurutnya sudah ketinggalan zaman.

“Cara dakwah orang Islam yang mendakwa orang tidak solat akan dihumban ke neraka hanya akan menakutkan orang untuk mendekatkan diri dengan Islam,”ujarnya.

Ini, katanya berbeza pendekatan pendakwah bukan Islam yang jauh lebih lembut sambil menjanjikan kemewahan kepada penganutnya.

Oleh itu Harussani mahu cara dakwah orang Islam diubah untuk menarik minat orang bukan Islam menganut Islam.


NEGARA ISLAM HADHARI MENJADI SYURGA PELACUR






Gambar Hiasan















KUALA LUMPUR 31 JULAI : Keuntungan hasil daripada perdagangan seks bukan sahaja menarik perhatian warga tempatan, tetapi juga wanita-wanita warga asing, termasuklah remaja yang berusia seawal 14 tahun, menceburi sindiket itu di negara ini yang mengaut sekurang-kurangnya RM1 juta setiap hari.

Negara Islam Hadhari ini seolah-olah menjadi syurga bagi pelacur mencari habuan dunia. Ini tidak lain tidak bukan kerana tempat-tempat yang menggalakkan kegiatan maksiat ini tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan tanpa sekatan oleh pimpinan Islam Hadhari ini.

Semua orang tahu bahawa tempat maksiat seperti Kelab Malam (Night Club), Dangdut, Karaoke, Disko dan sebagainya menjadi tempat bermulanya kegiatan pelacuran ini. Majoriti dari pelacur-pelacur ini menjadikan tempat-tempat tersebut sebagai tempat mencari pelanggan.

Apa yang lebih malang, ada menteri Islam Hadhari yang mencadangkan tempat-tempat beroperasi sehingga jam 5 pagi.

Media melaporkan bahawa kajian polis telah menunjukkan bahawa sindiket ini dijalankan oleh warga tempatan dan turut mempunyai hubung kait dengan pihak antarabangsa.

Wanita yang bekerja untuk sindiket ini mampu memperolehi purata sebanyak RM100 bagi setiap pelanggan.

Manakala bagi yang lebih muda dan mempunyai penampilan menarik boleh memperolehi bayaran tiga kali ganda atau lebih daripada pelanggan-pelanggan mereka.

Menurut polis, pekerja seks datang datang ke Malaysia dari seluruh dunia, dimana bilangan dari China, Indonesia, Thailand dan Filipina adalah yang terbesar.

Negara-negara lain adalah Rusia, Uzbekistan dan India manakala sindiket ini juga telah mula membawa masuk lebih ramai wanita Vietnam berikutan "permintaan pasaran semasa".

Jabatan Anti Maksiat, perjudian dan konsi gelap Bukit Aman telah menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk bertindak menangani sindiket ini.

Ketua Bahagian Penolong Kanan Pesuruhjaya (II) Sidin Abdul Karim berkata, polis memerlukan kerjasama orang ramai untuk menghapuskan sindiket tersebut.

Tambah beliau lagi, sindiket itu juga telah mencipta laman web dan mengiklankan di dalam akhbar tentang tawaran perkhidmatan escort (pengiring) dan menghantar pekerja seks ke kelab malam untuk mengambil pelanggan-pelanggan.

Mereka juga telah memperluaskan operasi mereka dan bukan hanya di hotel dan motel murah.

"Ia menjadi semakin sukar untuk mengesan mereka kerana kebanyakannya sekarang bekerja daripada pangsapuri dan kondominium serta melalui penhantara rumah ke rumah bagi elak dikesan.

"Sebab itulah kita perlu bantuan orang awam. Jika orang ramai perasan ada aktiviti yang mencurigakan dilakukan di dalam kawasan perumahan mereka, hubungilah kami," katanya.

SAC Sidin berkata, wanita-wanita tersebut telah diseludup ke dalam negara ini melalui pelbagai cara, samada secara sah atau pun tidak.

Di dalam sesetengah kes, katanya, mereka telah dibawa masuk sebagai pembantu rumah dan kemudiannya dirujuk kepada 'bapa ayam.

Pekerja seks juga dipercayai memasuki negara dengan menyorok di dalam ruang bagasi di dalam bas, yang mana memang jarang diperiksa oleh pegawai-pegawai Imigresen.

Ada juga yang menggunakan pasport palsu, selain visa pelajar dan pelancong.

SAC Sidin menyeru orang awam untuk menghubungi hotline Rakan COP di talian 03-2115 9999, menghantar SMS ke 32728 atau melaporkan di balai polis berdekatan sekiranya mereka mempunyai maklumat mengenai aktiviti-aktiviti itu.

Sudah jelas kepada kita bahawa Islam Hadhari langsung tidak mengambil berat akan masalah pelacuran ini sehingga ianya boleh diabaikan sedemikian rupa.


BERITA MELAKA : PEMBANGUNAN YANG 'MEMATIKAN' PENIAGA MELAKA.


MELAKA 31 JULAI : Pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri Melaka nampaknya bukan untuk menyenangkan orang melayu malah dilihat ianya jelas menghancurkan orang melayu. Contoh terbaik ialah apabila taman-taman perumahan baru di buka dengan harga rumah mencecah sehingga RM150,000 keatas maka sudah pasti amat sedikit orang melayu yang mampu membelinya. Akhirnya tanah dan rumah tersebut di beli oleh orang lain. Kalau dulu tanah itu milik orang melayu sekarang tanah rumah sudah jadi milik orang lain.

Lambat laun keadaan ini akan menghakis pemilikan orang melayu sedikit demi sedikit dan akhirnya orang melayu akan terpinggir terus dari tanah tumpah darah mereka.

Begitu juga halnya dengan pembangunan di tengah-tengah Bandaraya Melaka. Ramai peniaga Melayu di sekitar Jalan Hang Tuah di sini, hanya menunggu masa untuk gulung tikar selepas perniagaan mereka terjejas teruk berikutan perpindahan stesen bas lama ke Melaka Sentral beberapa tahun lalu.

Sejak itu, kawasan berkenaan yang dulu meriah dengan kehadiran orang ramai kini sepi. Kita bimbang sehari dua lagi semua peniaga melayu ini akan 'bankrap'dan akhirnya jumlah peniaga melayu di negeri ini semakin berkurangan.

Rata-rata peniaga ditemui wakil sebuah akhbar harian mengeluh disebabkan perniagaan atau pendapatan harian mereka merosot dan mahu sesuatu dilakukan untuk menaikkan semula populariti kawasan itu.

Pengusaha kedai menjual jamu, kosmetik dan buku agama, Noraini Yunus, 37, berkata suasana perniagaan di kawasan itu sekarang jauh berbeza jika dibandingkan beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, sekarang dia mampu memperolehi pendapatan kira-kira RM700 hingga RM800 sehari kerana mempunyai pelanggan tetap tetapi jumlah itu jauh merosot berbanding lebih RM1,000 beberapa tahun lalu.

“Kesan yang dirasai peniaga di sekitar kawasan ini sekarang berpunca daripada perpindahan stesen bas termasuk pasar besar dan pejabat kerajaan negeri,” katanya.

Pengurus kedai Bata, Hawa Abu Samah, 51, mendakwa, perniagaan kedainya lebih terjejas walaupun dia turut mengambil bahagian dalam jualan mega yang sedang berlangsung.

Katanya, sejak pusat beli-belah Ocean ditutup selain stesen bas dan pejabat kerajaan negeri berpindah ke lokasi lain, perniagaannya menjunam dengan begitu teruk dan hanya mampu memperolehi kira-kira RM300 saja berbanding lebih RM1,000 hingga RM2,000 sebelum ini.

“Saya sudah berniaga di kawasan ini sejak 21 tahun lalu tetapi keadaan sekarang benar-benar menjejaskan pendapatannya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penyewa Bangunan Kerajaan Negeri Melaka, Abdul Razak Ali berkata, dua perkara saja yang mungkin mampu menyelamatkan kemerosotan perniagaan peniaga di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, satu daripadanya mewujudkan stesen bas kedua di tapak stesen bas lama di Jalan Tun Ali yang hanya menempatkan bas tempatan manakala kerajaan juga sepatutnya membina pasar kecil di kawasan berdekatan.


APA NAK JADI DENGAN REMAJA MALAYSIA





















KUALA LUMPUR 31 JULAI : Membaca kejadian yang diceritakan oleh sebuah akhbar harian di bawah ini amat menggerunkan. Sebelum ini kita selalu mendengar cerita sedemikian berlaku di negara barat. Tetapi sekarang ini ianya sudah kerapkali berlaku di negara kita yang tercinta ini.

Apakah punca ianya telah menular ke negara kita? Jelas kepada kita Islam Hadhari gagal membendungnya. Ini kerana Islam Hadhari tidak mengharamkan apa juga program-program maksiat seperti konsert, Nite Club, Dangdut, jualan arak secara bebas serta pergaulan bebas di kalangan muda-mudi. Ini di tambah lagi dengan sistem pendidikan yang tidak mampu mengeluarkan modal insan yang mempunyai kefahaman agama yang mantap. Sistem pendidikan Islam Hadhari hanya mementingkan keputusan peperiksaan dengan meminggirkan aspek agama dan akhlaq.

Malah Islam Hadhari juga lebih suka mengamalkan perkara mungkar dan mencegah pekara makruf. Tidak hairanlah ramai dari ustaz-ustaz di halang dari mengajar di surau dan masjid. Ada masjid yang aktif pengajian agamanya dihalang.


Akhirnya ini yang terjadi.

Sedutan dari laporan sebuah akhbar harian.

Keghairahan 12 penagih termasuk lima wanita menghisap dadah sebelum dipercayai melakukan ‘pesta seks’ membawa padah apabila mereka diberkas ketika polis menyerbu ‘markas’ mereka di tingkat 17 sebuah bangunan kosong di Jalan Pudu, di sini petang semalam

Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang wanita sarat mengandung lapan bulan yang berada dalam kelompok penagih dadah itu.

Mereka dikatakan mengambil dadah syabu untuk menambah tenaga semata-mata untuk melakukan hubungan seks beramai-ramai itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, berkata operasi bersepadu itu bermula kira-kira jam 2 petang dan berakhir tiga jam selepas itu.

Katanya, dalam operasi itu, polis menahan 12 orang termasuk lima wanita di dalam bangunan kosong itu dan merampas sejumlah kecil dadah jenis syabu dan ganja.

“Hasil pemeriksaan, polis turut menemui peralatan menghisap dadah, tiga bilah parang panjang dan peralatan untuk menyamun.

“Siasatan awal mendapati, mereka yang ditahan itu dipercayai turut terbabit dalam beberapa kes samun kedai 24 jam sekitar daerah Dang Wangi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, semua mereka yang ditahan itu berusia 15 hingga 30 tahun dan seorang daripada wanita itu mengandung.

Ketika serbuan dilakukan, seorang daripada penagih bertindak nekad terjun daripada tingkat 17 ke tingkat 10 bangunan berkenaan berikutan terlalu takut.

Penagih berusia belasan tahun itu dikatakan bertindak sedemikian berikutan terlalu takut dan bimbang polis akan melepaskan anjing pengesan yang turut dibawa bersama dalam operasi itu.

Bagaimanapun, polis berjaya memberkas semula penagih itu kerana tidak dapat melarikan diri sejurus terjun selepas kedua-dua kakinya patah.

Kamal Pasha berkata, semua suspek itu kemudiannya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk mengambil ujian saringan air kencing bagi mengesan pengambilan dadah.

“Hasil ujian dijalankan, semua mereka didapati positif kerana mengambil dadah dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Seramai 30 anggota polis terbabit dalam operasi itu dengan dibantu 30 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela),” katanya.

Katanya, polis turut menggunakan helikopter untuk pemantauan daripada udara bagi mengesan suspek supaya tidak dapat melarikan diri ketika serbuan itu.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil untuk memberi keterangan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999.


Sunday, 30 July 2006

TAARUF DENGAN PIMPINAN PAS KAWASAN


Blog ini akan menyiarkan ruangan TAARUF BERSAMA PIMPINAN PAS KAWASAN. Ruangan ini akan memperkenalkan latarbelakang pendidikan, keluarga, pengelibatan dalam Parti dan wawasan masing-masing.

Diharapkan ruangan ini akan dapat menjadi panduan untuk merapatkan hubungan pimpinan PAS Kawasan dan ahli-ahli serta penyokong PAS di kawasan Bukit Katil dan Melaka.

Ruangan ini akan mula terbit Isnin ini
.


PROGRAM BERSAMA DR MAHATHIR DAPAT SAMBUTAN HEBAT


KOTA BHARU 30 JULAI : Tun Dr Mahathir Mohamad tetap meneruskan aturcara lawatannya sehari di Kelantan semalam seperti dijadualkan walaupun diserang dengan bahan pemedih mata di lapangan terbang pada sebelah pagi.

Malah sambutan yang diberikan kepada beliau dalam program yang diaturkan mendapat sambutan yang sungguh hebat.

Semalam, lelaki tersebut dipercayai menyembur bahan kimia itu ke arah Dr Mahathir apabila bekas pemimpin negara itu sampai di lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa untuk lawatan sehari ke Kelantan.

Polis menahan suspek malam tadi, kira-kira 12 jam selepas kejadian pada pukul 11 pagi semalam. Polis juga semalam mengambil keterangan 27 saksi berhubung kejadian semburan bahan pemedih mata terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di lapangan terbang di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan SAC 1 Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah mewawancara semua saksi, “tetapi masih terlalu awal untuk merumuskan niat di sebalik kejadian semburan itu.”

Beliau berkata suspek, seorang ahli perniagaan berusia 53 tahun yang bergelar Datuk, akan ditahan reman di mahkamah majistret hari ini.

Dalam kejadian itu, Dr Mahathir yang dikerumuni oleh beberapa ratus penyokongnya, sedang berdiri di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sedang berucap kepada orang ramai apabila lelaki terbabit menyemburkan bahan pemedih mata.

Semburan itu menyebabkan Dr Mahathir terasa mual dan pedih di matanya.

Dr Mahathir bagaimanapun pulih seperti biasa selepas berehat seketika di sebuah hotel dan kemudiannya meneruskan lawatan seperti dijadualkan.

Sumber : The STaR


Saturday, 29 July 2006

Dr M: Saya tidak akan mengalah dengan mudah...


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan mengalah dengan mudah walaupun beliau tahu ada rancangan untuk menghalangnya berjumpa dengan ahli Umno.

Ketika diminta mengulas kejadian beliau disembur dengan bahan pemedih mata ketika tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa pagi ini, Dr Mahathir berkata: “Itu orang yang desperate (sudah terdesak)...tak mahu dengar apa yang saya cakap.

“Saya tak pernah alami perkara seperti ini sebelum ini. Memang saya tahu ada rancangan untuk menghalang saya berjumpa dengan orang Umno.

“Tapi saya rasa perbuatan ini menunjukkan mereka terdesak. Ada banyak benda yang mereka mahu sorok,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan demikian dalam sidang akhbar ketika majlis makan tengah hari di Hotel Renaissance, Kota Bharu hari ini. Berikut adalah sesi soal-jawab penuh sidang akhbar berkenaan:

S: Pernah Tun alami insiden macam pagi tadi sebelum ini....?

J: Tak pernah. Ini kali pertama....Itulah orang desperate. Tak mau dengar apa yang saya cakap...

S: Tun terkejut dengan insiden ini ?

Saya tak pernah alami perkara seperti ini sebelum ini. Memang saya tahu ada rancangan untuk menghalang saya berjumpa dengan orang Umno. Tapi saya rasa perbuatan ini menunjukkan mereka terdesak. Ada banyak benda yang mereka mahu sorok.

Kalau tak ada apa-apa yang hendak disorokkan, mereka boleh buat penjelasan. Jadi jelaslah mereka ada banyak benda yang hendak disembunyikan. Mereka tidak mahu rakyat bersuara dan
mendengar. Mereka terdesak sangat hingga sanggup menggunakan kekerasan.

S: Adakah Tun akan terus bersuara.....

J: Saya tidak akan berhenti, saya tidak akan mengalah dengan mudah...

S: Adakah ini angkara orang kerajaan?
J: Saya tak tau siapa, tapi orang yang berbuat begitu bertujuan supaya saya tidak boleh bercakap. Apabila ada orang tak mahu saya bercakap, tentunya ada kesalahan yang mereka lakukan.

S: Tun rasa siapa yang bertanggungjawab untuk kejadiaan tadi ?

J: Kita tak boleh kata siapalah yang bertanggungjawab, tetapi hakikatnya kalaupun saya nak disekat...ini bukan cara kita. Negara kita merupakan suatu negara yang bukan violent (ganas). Kalau mereka tak suka dengar...jangan dengar. Kalau nak buat sepanduk....buat lah. Apabila bertindak secara fizikal, tak bagi saya bercakap, saya rasa apa yang saya katakan tu betullah.....

S: Mengapa Tun tentang Umno sekarang...

J: Saya tak tentang Umno...saya seorang ahli Umno. Saya sentiasa sokong Umno. Tapi sekarang ini apa yang dibuat oleh pucuk pimpinan adalah salah. Ahli-ahli Umno harus ingat, sebelum ini, Umno pernah menyingkirkan pemimpin yang tidak mematuhi prinsip-prinsip Umno. Pemimpin seperti Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman, semuanya telah berbakti kepada parti tetapi apabila mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perjuangan Umno, mereka disingkir....

S: Adakah Tun rasa seperti tidak dihargai?

J: Tak hargai pun tak apalah. Tapi, jangan buat benda-benda yang merosak Umno, merosakan orang ramai dan merosakkan negara...

S: Ada orang yang mendakwa Tun merosakkan perpaduan dalam Umno.

J: Perpaduan dalam Umno mempunyai tujuan tertentu. Tujuannya untuk memperjuangkan cita-cita Umno. Dalam Umno biasa berlaku perselisihan pendapat antara pemimpin. Saya ditentang oleh Tengku Razaleigh (Hamzah). Saya ditentang oleh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), tentulah pecah Umno, tetapi akhirnya, Umno akan padu semula untuk perjuang untuk Melayu, untuk umat Islam dan untuk negara. Yang saya khuatirkan ialah Umno berpadu untuk kejahatan. Yang itu saya tentanglah. Bersatupadu, untuk kebaikkan.

S: Tun pernah kata ahli umno kena bercakap dalam forum yang ditetapkan oleh parti. Tetapi bila berada di luar pucuk pimpinan, Tun pula bercakap di luar parti.

J: Saya bukan suka cakap di luar parti, saya nak bercakap di dalam parti, tapi dia tak bagi!

S: Adakah Tun bersedia menukar pendekatan sekiranya Umno memberi peluang...


J: Kalau saya diberi peluang bercakap, itu tak bermakna saya tak boleh bercakap dengan orang lain. Semasa Tunku Razaleigh (Hamzah) lawan saya, dia bebas berkempen, bercakap sana sini, bercakap dengan orang Umno. Saya tidak halang. Anwar pun bebas berkempen di luar Umno.

S: Adakah ada bukti Perdana Menteri memberi kontrak kepada anak menantunya?

J: Ada bukti masuk dalam newspaper (akhbar). Umpamanya, Scomi dapat kontrak kerajaan. ECM-Libra ambilalih aset kerajaan. Tak bolehlah Menteri Kewangan bagi sesuatu kepada anak menantunya. Ahli Exco Selangor memberi tanah kepada keluarga, dia telah dihadapkan ke makhamad. Saya sebagai Perdana Menteri pun tak ada hak untuk membagi apa-apa kepada keluarga. Saya tidak jadi Perdana Menteri untuk keluarga. Saya jadi Perdana Menteri untuk negara, untuk Bangsa.

S: Anak Tun semua tidak dapat apa-apa?

J: You check tengok. Anak saya kaya-kaya belaka ke...?


RAPAT SAF MANTAPKAN ORGANISASI


Senario politik negara kembali bergolak sekarang ini seharusnya menjadi pemangkin kepada petugas parti untuk memperhebatkan lagi gerakerja untuk menawan hati rakyat. Walaupun kita tahu faktor kemenangan kita bukanlah kepada faktor isu semata-mata tetapi ianya jelas sedikit sebanyak memberikan impak kepada penerimaan rakyat kepada PAS seperti yang berlaku dalam dua pilihanraya lampau iaitu 1990 dan 1999.

Para pimpinan telah menegaskan bahawa seluruh jentera parti mesti diperkemaskan sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya yang bakal menjelang 2007 atau 2008.

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini menjadi pembangkang nombor satu negara dengan pelbagai dakwaan dan pendedahan yang di buat beliau terhadap Perdana Menteri, Imam Al Badawi.

Senario ini jelas memberikan sedikit kelebihan kepada PAS dan pembangkang dalam menghadapi pilihanraya akan datang jika sekiranya isu ini dapat 'dieksploitasi' oleh pembangkang.

Melihat kepada kesungguhan dan sejarah politik Dr Mahathir adalah amat sukar untuk beliau berundur ke belakang sekiranya beliau untuk memulakan sesuatu langkah dan perancangan. Semua orang tahu betapa nekadnya Mahathir mengatur strategi menyingkirkan Anwar walaupun dengan 'fitnah' dan 'penipuan'.

Pemerhati politik menjangkakan Mahathir akan meneruskan 'gerakerja' menyerang Imam Al Badawi sehingga matlamat sebenar beliau dan 'geng'nya berjaya, walaupun semua orang masih kabur dengan tujuan sebenar beliau melancarkan 'peperangan' ini.

Apa yang penting sekarang semua ahli parti dan pimpinan pelbagai peringkat merapatkan saf dan mengukuh organisasi.

Biarkan Mahathir dan Pak Lah bercakaran dan pada masa sama sebagai 'politician' pimpinan PAS mesti pandai 'mengambil kesempatan' dari isu ini.


Friday, 28 July 2006

Dr M disembur bahan pemedih mata setiba di K'tan


KOTA BHARU 28 JULAI : Kekecohan berlaku ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Kelantan pagi ini untuk menghadiri majlis bersamanya di Kelantan.

Kejadian tersebut mencetuskan pelbagai versi mengenai apa yang sebenarnya berlaku sejurus selepas Dr Mahathir tiba kira-kira jam 10.50 pagi.

Bernama melaporkan Dr Mahathir tidak dapat berucap kepada orang ramai yang menyambut ketibaannya di lapangan terbang tersebut ekoran semburan sejenis bahan pemedih mata oleh orang yang tidak dikenali.

Beliau kelihatan terbatuk-batuk semasa hendak memulakan ucapannya menggunakan pembesar suara dari dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang bumbungnya terbuka pada kira-kira jam 11 pagi.

Apabila melihatkan keadaan Dr Mahathir yang terbatuk-batuk dengan teruk, beberapa pembantunya terus membawa beliau keluar dari kenderaan itu untuk menaiki sebuah kenderaan lain dan meninggalkan lapangan terbang itu.

Beberapa orang wartawan, jurukamera dan jurugambar dari media tempatan dan luar negeri yang berada berdekatan Dr Mahathir masing-masing mengadu mata mereka pedih akibat kejadian itu.

Satu lagi versi menyebut kecohan tercetus di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Kelantan pagi ini Dr Mahathir menjadi ‘rebutan’ dua pihak sewaktu beliau tiba pagi tadi untuk menghadiri majlis bersamanya di Kelantan.

Ia dikatakan membabitkan pihak yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MRTK) Datuk Ibrahim Ali dengan satu lagi pihak yang diketuai oleh seorang pemimpin Umno Kuala Krai.

Di samping itu, adalah pihak yang mendakwa melihat berlaku pergelutan untuk membawa Dr Mahathir dari lapangan tersebut. Kejadian itu dikatakan berlaku ketika ribuan penyokong Dr Mahathir berkumpul di luar dan berbaris untuk bersalaman dengan bekas Perdana Menteri itu.

Ketika itu, dipercayai ada pihak yang menyembur sejenis bahan pemedih mata. Selain Dr Mahathir, Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Datuk Ibrahim Ali, turut terkena semburan tersebut.

Tindakan sabotaj?

Dr Mahathir kemudian di bawa menaiki sebuah kereta dan terus memecut pergi dari situ.

Mereka dipercayai membawa Dr Mahathir ke tempat penginapannya di Hotel Renaissance di Kota Bharu. Dr Mahathir dipercayai turut terkena semburan tersebut dan diberi rawatan.

Sementara, Ibrahim mendakwa ianya satu tindakan sabotaj terhadap bekas Pedana Menteri itu.

“Saya percaya (ia dilakukan) oleh pihak tertentu dan saya minta pihak keselamatan menyiasat dan bertindak segera serta melakukan sesuatu terhadap orang yang jahat ini...yang boleh mengganggu kesihatan Tun...,” katanya disambutkan dengan teriakan gemuruh para hadirin.

Manakala Ketua Polis Kelantan, ACP Zulkifli Abdullah berkata beliau tidak pasti apa yang telah berlaku.

Katanya, beliau akan mendapatkan maklumat lanjut daripada pegawainya serta menambah: “Tak ada apa yang mencemaskan...semua di bawah kawalan...”

Teruskan lawatan

Pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusoff, ketika dihubungi berkata kesihatan Dr Mahathir tidak terjejas akibat kejadian itu dan beliau akan meneruskan semua acara lawatannya.

Turut menyambut ketibaan Dr Mahathir ialah beberapa orang kenamaan termasuk bekas Menteri Besar Kelantan Tan Sri Mohamed Yaacob, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Tan Sri Abdullah Ahmad.

Dr Mahathir kemudian menghadiri jamuan makan tengah hari di sebuah hotel.

Petang ini beliaumenghadiri satu jamuan teh anjuran sekumpulan bekas wakil rakyat Umno dan berucap di majlis makan malam anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, pimpinan Ibrahim


92 SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) BERJAYA DIPUJUK/UGUT/PAKSA SUPAYA BERTUKAR TARAF MENJADI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN


PUTRAJAYA 28 JULAI : Sebanyak 40 peratus atau 157 daripada 383 sekolah agama milik persendirian atau negeri memohon untuk berdaftar mengikut Akta Pendidikan 1996 untuk dikawal selia dan menerima bantuan kewangan daripada Kementerian Pelajaran.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata daripada jumlah itu, 92 sekolah sudah berdaftar secara rasmi untuk dinaik taraf sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Kita tidak tahu apakah SAR terbabit dengan sukarela memohon untuk menukar taraf mereka atau SAR itu telah dipaksa, diugut, dipujuk atau di'beli'. Apa yang pasti ada pentadbir SAR yang sudah tidak mampu untuk meneruskan operasinya semenjak bantua perkapita kerajaan kepada mereka diberhentikan oleh kerajaan Mahathir dan tidak dikembalikan oleh kerajaan Islam Hadhari Al-Badawi.

Hishamuddin berkata, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri yang dinaik taraf sebagai SABK akan menerima bantuan penuh kerajaan bagi pentadbiran, pengurusan guru dan sumber pengajaran.

Katanya, proses pendaftaran itu dalam usaha menjadikan pendidikan agama di negara ini setaraf dengan sekolah aliran perdana seperti sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan.

Semua orang tahu SABK ini akan menggunakan kurikulum pendidikan kerajaan yang terbukti gagal membentuk insan yang berakhlaq dan berdisiplin sebagaimana yang dapat dilihat hari ini gejala sosial dan dadah semakin parah di kalangan remaja yang telah menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah.


CONDOLEEZA RICE ANGKUH TETAP PERTAHANKAN ISRAEL


KUALA LUMPUR 28 JULAI : Seperti dijangka Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rice tetap akan mempertahankan kekejaman Israel sebaliknya menyalahkan kerajaan Lubnan yang kononnya tidak berupaya untuk mengawal semua pasukan tentera dan senjata di negara itu.

Amerika sebenarnya sengaja memejamkan mata terhadap perlakuan ganas zionis yang menyerang negara berdaulat Lubnan serta membunuh orang awam yang tidak berdosa. Tiap-tiap hari media melaporkan berpuluh-puluh wanita, kanak dan orang-orang tua yang tidak berdosa dibunuh oleh Israel. Sekolah, Hospital, pejabat dan penempatan awam dibedil tanpa belas kasihan dari tentera yahudi laknatullah ini.

Semua ini sedikitpun tidak membuka mata Amerika dan negara barat. Lebih merunsingkan kita ialah pemimpin-pemimpin OIC dan Liga Arab hanya mampu mendesak dan menggesa dihentikan perbuatan zalim tersebut tanpa tindakan lebih drastik seperti menghantar tentera dan sebagainya.

Rice dalam kenyataannya semalam berkata kunci utama ke arah menangani konflik Lubnan-Israel ialah bagaimana keupayaan kerajaan Lubnan mengawal semua pasukan tentera dan senjata di negara tersebut.

"Sepatutnya tidak ada militia," kata beliau pada persidangan akhbar di akhir Persidangan Pasca Peringkat Menteri-Menteri Luar (PMC) yang diketuai Asean di sini hari ini, yang jelas ditujukan kepada pejuang Hizbullah di Lubnan yang terbabit dengan perjuangan berdarah dengan tentera Israel sejak dua minggu lepas yang mengorbankan kira-kira 400 nyawa di kedua-dua pihak.

Beliau berkata kawalan dalam pasukan dan senjata di Lubnan serta mengadakan pasukan tentera di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di negara itu membentuk satu dasar bagi menamatkan krisis tersebut.

Sambil melahirkan perhatian serius terhadap situasi kemanusiaan di Lubnan, Rice berkata bahawa beliau bersedia kembali ke Asia Barat "pada bila-bila masa saya fikirkan kita boleh bergerak ke arah gencatan senjata berkekalan yang boleh menamatkan keganasan itu."

Hizbullah dan Israel telah berbalas serangan berikutan dengan laporan bahawa pejuang tersebut telah menangkap dua askar Israel dalam serbuan di rentas sempadan pada 12 Julai lepas.

Sesungguh sekarang ini sudah sampai masanya negara umat Islam bersatu untuk mengajar Amerika dan Israel dengan menyekat penjualan minyak kepada mereka. Jika jalan ini tidak berhasil langkat terakhir yang perlu dilakukan oleh membantu Lubnan dari segi ketenteraan. Negara umat Islam mesti menghantar tentera masing-masing untuk mempertahankan Lubnan dan menghalau tentera Israel dari bumi Lubnan.

Begitu juga dengan krisis di Palestin, negara umat Islam juga mesti bertindak membantu Palestin membebaskan semua tahanan dan menghalau tentera Israel dari bumi Palestin dan Baitulmaqdis.


PEMUDA BUKIT KATIL SOKONG KEPUTUSAN PAK LAH, NAMUN GESA KERAJAAN TANGANI ISU MURTAD DENGAN SEGERA




BUKIT KATIL 28 JULAI : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyokong tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memberi amaran, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan isu sensitif berkaitan agama kerana ia mengancam keharmonian rakyat.

"Ketegasan beliau walaupun agak terlambat tetapi di harap dapat menyedarkan kumpulan Gabungan Artikel 11 supaya menghentikan agenda mereka untuk menganggu kedaulatan Islam dalam perlembagaan negara" kata Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Hj Salamat Aman.

Malam tadi Pak Lah berkata kerajaan harus mengambil tindakan tegas dan beliau tidak hendak menyebut perkara itu sebelum ini.

“Saya mengeluarkan kenyataan supaya kita sama-sama memahami kalau kita mainkan isu sensitif agama, ia akan membawa kepada sesuatu yang tidak diingini,” katanya selepas melancarkan Hari Pengguna Peringkat Kebangsaan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, semalam.

Perdana Menteri menjelaskan, keputusan Kabinet kelmarin, yang melarang media massa menyiarkan laporan mengenai isu berkenaan bertujuan memelihara keamanan dan memastikan ekonomi negara terus berkembang berasaskan kestabilan politik.

Ketika ditanya apakah tindakan tegas itu bermaksud kerajaan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abdullah berkata: “Apa jenis tindakannya, Wallahualam. Saya yakin rakyat memahaminya.”

Mengenai cadangan Kumpulan Artikel 11 yang dianggotai 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Majlis Peguam Malaysia untuk menemuinya, Abdullah berkata, beliau perlu meneliti waktu yang sesuai.

Kumpulan Artikel 11 sebelum ini menganjurkan beberapa forum berkenaan bagi mendapatkan sokongan meminda Artikel 11 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh hak kebebasan beragama.

Tindakan kumpulan itu dibantah oleh PAS, FROKAD, Pertubuhan Pembela Islam yang disertai pelbagai NGO seperti Persatuan Ulama Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Peguam Pembela Islam yang turut menganjurkan forum khusus termasuk di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Ahad lalu.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Selasa lalu, Abdullah mahu Kumpulan Artikel 11 menghentikan serta-merta penganjuran Forum Kebebasan Beragama kerana ia sensitif terhadap perpaduan masyarakat pelbagai agama dan kaum.

Abdullah dilaporkan berkata, forum itu tidak perlu diteruskan kerana implikasi negatifnya terhadap masyarakat yang menganut pelbagai agama dan boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Mengenai tindakan Israel membunuh empat anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam serangan di selatan Lubnan Selasa lalu, Perdana Menteri berkata, kejadian itu sebagai menyakitkan hati.

“Saya amat kesal dengan atas apa yang berlaku. Keghairahan Israel mengebom, macam tidak nampak lagi kumpulan pengaman PBB. Mungkin mereka tahu tetapi tetap membedil ke arah itu, saya tidak tahu. Ini amat menyakitkan hati kita,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama Hj Salamat juga menggesa Perdana Menteri segera menangani gejala murtad yang menular dengan hebat sekarang ini sehingga Mufti Perak mendedahkan bahawa kira-kira 250,000 orang Islam telah murtad di Malaysia.

"Gejala murtad mesti dibendung segera kerana ianya telah meruncing dan membimbangkan. Kita amat sedih dan kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin negara sebelum ini yang mengatakan jumlah mereka yang terlibat adalah amat kecil" kata Hj Salamat lagi.


ANNUAR MUSA DAN IMAM AL BADAWI PUCAT 'GIGI' : TEGAH AHLI Umno HADIRI MAJLIS DR. MAHATHIR


KOTA BAHARU 28 JULAI : Badan Perhubungan Umno Kelantan didakwa menegah ahli-ahli parti itu daripada menghadiri Majlis Bersama Tun Dr Mahathir di Kota Bharu esok, demikian menurut penganjur majlis tersebut.

Bagaimanapun jika didasarkan pada poster-poter dan kain pemidang yang memenuhi bandar Kota Bharu, bekas Perdana Menteri itu dijangka akan diberi sambutan hangat oleh rakyat Kelantan.

Tinjauan wartawan malaysiakini di ibu negeri Kelantan itu mendapati jalan dari Pengkalan Chepa ke bandar Kota Bharu dihiasai sepanduk berlatar belakang gambar Dr Mahathir sejak semalam lagi.

Dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hingga ke pusat bandar Kota Bharu terdapat pelbagai sepanduk yang menyokong dan mengalu-alukan kedatangan Dr. Mahathir bersama isterinya esok.

Di hadapan lapangan terbang terdapat kain pemidag besar berlatar belakangkan potret Dr Mahathir bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang bertulis, 'Tun Teruskan Perjuanganmu Yang Belum Selesai, Rakyat Kelantan Bersamamu'.

Slogan-slogan lain yang tertera di kain-kain pemidang ialah 'Selamat Datang Tun Dr Mahathir ke Kelantan', 'Selamatkan Maruah Agama, Bangsa dan Negara', 'Tun Dr Mahathir Mohamad, Jasamu Tidak Ternilai Ingatan Sepanjang Masa' dan 'Teruskan Perjuangan Tun'.

Poster-poster mengajak orang ramai datang ke program bersama Dr Mahathir di Hotel Perdana, 28 Julai 2006 jam 3 petang pula ditampal di batang-batang pokok di hampir semua jalan-jalan utama.

Risalah menjemput orang ramai hadir ke majlis sambutan Dr Mahathir di lapangan terbang pagi esok juga diedarkan ke merata-rata tempat.

Majlis tersebut dianjurkan bersama Jawatankuasa Penaja Alumni Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dipengerusikan Tan Sri Abdullah Ahmad. Sebahagian besar ahlinya terdiri daripada ahli-ahli veteran Umno negeri.

Jurucakap penganjur majlis tersebut, Datuk Azhar Rani yakin ramai ahli-ahli Umno akan datang menghadiri majlis bersama bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, majlis itu terbuka kepada semua rakyat dan beliau menjangka 5,000 hingga 6,000 orang akan menghadiri majlis tersebut.

Menurutnya, pihak penganjur juga mendapat kelulusan pihak polis bagi menganjurkan majlis tersebut pada jam 3.30 petang di Hotel Perdana serta jamuan makan malam anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di Hotel Riverview.

“Kami menghantar undangan kepada semua ahli dan pemimpin Umno Kelantan, termasuk Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Annuar Musa.

Ditanya sama ada Annuar (foto) telah memberi jawapan terhadap jemputan tersebut, Azhar berkata, para jemputan tidak perlu membalasnya tetapi hanya perlu kad jemputan ketika datang ke majlis tersebut.

“Malah kami menjangka ahli Umno dari negeri lain, terutama dari Terengganu, akan turut sama menghadirinya ekoran keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Selasa lalu yang tidak menghalang ahli dan Umno bahagian menganjurkan majlis dengan Tun Dr Mahathir,” katanya.

Menurutnya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat (foto) dan beberapa pemimpin PAS negeri itu juga telah menyatakan persetujuan mereka untuk menghadiri majlis tersebut.

“Setakat ini, segala persiapan berjalan lancar. Kami tidak menjang apa-apa masalah atau halangan dari mana-mana pihak.

“Tun Dr Mahathir dijadual tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada kira-kira jam 10.30 pagi. Beliau akan dibawa dengan perarakan kereta dan motosikal oleh anggota badan bukan kerajaan (NGO), menuju ke hotel penginapannya,” katanya.

Sementara itu, kelab penyokong Dr Mahathir (Gen-M) akan menghantar beratus-ratus ahlinya ke Kota Bharu bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Jurucakapnya berkata, ahli-ahlinya dari Utara, Selatan dan ibu negara telah bertolak ke Kelantan tengah hari tadi dan dijangka tiba di Kota Bharu malam ini.

Kelab itu juga akan mengedarkan 900 helai baju-T di Kota Bharu esok sempena kunjungan bekas Perdana Menteri ke negeri itu.

Jurucakapnya berkata, 500 helai dibawa dari Kuala Lumpur manakala 400 lagi disediakan oleh kelab Gen-M Kelantan yang baru ditubuhkan.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan, terutama dari Kelantan yang berminat untuk mendapatkan baju-T tersebut.


ANAK-ANAK MUDA TERENGGANU DIAJAK MEMBAZIRKAN DUIT DAN MASA


MARANG 28 Julai : RM10,000. Itulah jumlah yang dikutip setakat ini bagi tujuan mengundi anak kelahiran Terengganu, Faizal, sehingga muncul juara program Akademi Fantasia 4 (AF4) nanti.

Majlis Belia Daerah Marang (MBDM) telah menerima sumbangan RM5,000 dari Majlis Kebudayaan Negeri Terengganu, RM1,000 daripada Pengerusi Kelab Marina Terengganu Datuk Tengku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Mahmud, dan selebihnya daripada syarikat-syarikat swasta.

Wang rakyat dibazirkan semata-mata untuk hiburan dan perkara yang tidak berfaedah. Inilah sebenarnya agenda Islam Hadhari dan yahudi untuk melalaikan anak-anak muda Islam dari kembali kepada Islam.

Pengerusi MBDM Abdul Latiff Awang (Kalau tidak silap ini Exco Kerajaan Islam Hadhari) berkata sumbangan dalam bentuk wang tunai dan kad prabayar itu akan diagihkan kepada orang ramai bagi mengundi Faizal, anak kelahiran Marang, yang telah melayakkan diri ke peringkat akhir AF4 yang akan berlangsung Sabtu depan.

"Kita harap lebih ramai lagi rakyat Terengganu memberi sumbangan bagi memastikan Faizal mendapat undian terbanyak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kad prabayar kepada Kelab Penyokong Faizal, di Pentas Budaya, Pantai Peranginan Kelulut di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu Mohd Yusof Majid, yang juga Anggota Parliman Setiu. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan NGO negeri Din Adam serta ibu bapa Faizal.

Abdul Latiff berkata seramai 2,500 orang di daerah Marang telah menjadi ahli Faizal FC dan jumlah itu dijangka meningkat selepas kempen melalui poster dan kain pemidang diedar ke seluruh negeri mulai hari ini.

Beliau berkata MBDM merancang menghimpunkan semua penyokong Faizal di Padang Awam Batu Buruk di sini, pada malam pertandingan akhir AF4 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 5 Ogos ini.

Selain Faizal, tiga lagi finalis konsert akhir AF4 ialah Haziq, Velvet dan Farhan manakala seorang lagi akan dipilih daripada kalangan lapan pelajar AF4 yang telah tersingkir sebelum ini.

Anak-anak muda di Terengganu semakin rosak dan menyimpang jauh dari akhlaq Islam setelah Islam Hadhari Terengganu Bestari memerintah negeri itu.


Memorandum bantahan diletak di tangga KLCC


KUALA LUMPUR 28 Julai : Sekeping memorandum telah diletakkan di tangga Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebagai tanda simbolik bantahan terhadap keganasan Israel di Palestin dan Lubnan dan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat.

Memorandum tersebut diletakkan oleh bendahari parti Pas Dr Hatta Ramli yang ditemani pegerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Husin dan timbalan ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Syamsul Iskandar Mohd Akin.

Mereka mewakili lebih 50 orang penunjuk perasaan di bawah "Gabungan Anti Perang - Malaysia" yang berkumpul di taman KLCC bermula jam 2 petang.

Beberapa orang pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) turut berucap di perhimpunan tersebut dengan diikuti laungan slogan "Asean jangan jadi rubber stamp", "stop FTA" dan "Rice stop destroying our rice."

Bekas tahanan ISA Saari Sungip dalam ucapannya di perhimpunan itu berkata beliau kecewa dengan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi yang menjemput dan meraikan Condoleeza Rice yang disifatkannya sebagai salah seorang "penjenayah perang" ke Malaysia.

Rice tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Asean ke-39 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan menandatangani Penjanjian Kesepakatan Damai esok dengan Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Rice yang akan diraikan dalam satu majlis makan malam hari ini dilaporkan akan turut membincangkan isu Israel dengan Syed Hamid .

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal berkata berkata penunjuk perasaan berkenaan berkelakuan "amat baik" dan beliau membenarkan demonstrasi berkenaan dianjurkan kerana ia tidak akan menjejaskan keselamatan negara.

"Seperti yang anda tengok tadi, kelakuan (penunjuk-penunjuk perasaan) amat baik. Mereka kelihatan tenang, malah ada yang mengambil kesempatan untuk berehat di taman tersebut," katanya mengulas mengenai demonstrasi yang berlangsung selama satu setengah jam itu.

Tambahnya, penganjur telah berpegang kepada janji mereka untuk memastikan protes berkenaan berjalan dengan aman.

"Mereka tidak ada modal sebenarnya (untuk bercakap), sebab itulah tidak ramai yang hadir," katanya.

Lebih 20 orang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) termasuk unit berkuda dan hampir 30 orang anggota polis berkawal sepanjang tunjuk perasaan itu, tambahnya.

Beliau hanya membenarkan mereka meletakkan memorandum tersebut di tangga Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC) -- di mana mesyuarat Menteri Asean sedang berlangsung -- kerana tidak ada mana-mana menteri atau pegawai yang sudi menerima memorandum tersebut walaupun mereka berada di dalam bangunan berkenaan.

"Bila dia letak di tangga, jadi sampahlah. Saya pun tak tahu siapa yang mengambil memorandum tersebut, mungkin pencuci bangunan yang memungutnya." tambahnya.

Beliau turut mengesahkan satu permit telah diberikan kepada penganjur berkenaan untuk menganjurkan satu lagi tunjuk perasaan selama dua jam di perkarangan KLCC esok bermula selepas solat Jumaat.

Ketua penerangan parti Keadilan Rakyat Tian Chua ketika ditemui selepas itu berkata, tunjuk perasaan tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan mereka tidak mempunyai masa untuk membuat publisiti.

Tian Chua menjangkakan lebih 10,000 orang akan hadir ke demonstrasi sama yang akan diadakan pada selepas solat Jumaat.

"Tapi bilangan yang ada pun sudah mencukupi kerana media asing ada membuat liputan (semasa demonstrasi berlangsung), jadi dunia akan tahu kita membuat bantahan terhadap kunjungan Rice," katanya.

Sumber : The Star


Thursday, 27 July 2006

WANG RAKYAT DIBAZIRKAN SEMATA-MATA UNTUK JAGA KESELAMATAN 'PEMBUNUH' UMAT ISLAM


KUALA LUMPUR 27 JULAI : Penembak tepat dan anjing pengesan dan beratus anggota polis ditugaskan berkawal hari ini menunggu ketibaan Setiausaha Negara Amerika Condoleezza Rice untuk menghadiri Forum Rantau Asean (ARF). Jumlah mereka kesemuanya adalah kira-kira 600 orang.

Penggunaan pegawai dan kelengkapan kerajaan untuk mengawal dan menjaga keselamtan pemimpin negara yang bertindak kejam kepada umat Islam ini amat dikesalkan selain ianya juga membazirkan wang rakyat.

Sepatutnya pemimpin negara Islam Hadhari ini awal-awal lagi membantah kehadiran Rice demi menghormati sensitiviti umat Islam seluruh dunia. Semua orang tahu Amerika bukan sahaja menyokong Zionis menyerang dan membunuh umat Islam di Lubnan dan Palestin malah membekalkan bom dan senjata kepada Zionis dalam kempen ketenteraan rejim itu di Asia Barat sekarang.

Malang sungguh bagi kita umat Islam di Malaysia yang mempunyai ketua yang lembik dan dicucuk hidung seperti Imam Al Badawi ini.

Ketua pengawal polis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, Penguasa Abdul Haddi Itam, berkata, anggotanya bersiap sedia untuk menghadapi sebarang gangguan dan kekacauan.

Beliau memberitahu AFP, pihaknya sudah mendapat maklumat mengenai perkara tersebut.

Rice yang sebelum ini menghadiri mesyuarat tergempar mengenai konflik Timur Tengah di Rome, tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk menghadiri ARF anjuran Asean esok.

Jet khas Tentera Udara Amerika Syarikat yang membawa beliau, tiba di Lapangan terbang Subang, dekat sini, kira-kira jam 2.30 petang.

Rice yang berkunjung ke Malaysia buat pertama kali, disambut oleh pegawai-pegawai Kementerian Luar.

Beliau diiringi oleh Setiausaha Agung Kesatuan Eropah Dr Javier Solana dan Menteri Luar Kanada Peter Mackey.

Manakala Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov juga dijangka tiba di Kuala Lumpur bersama Ketua Bahagian Dasar Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana dan Menteri Luar Korea Utara Paek Nam-Sun.

Abdul Haddi berkata seramai 600 anggota telah ditempatkan di pusat persidangan tersebut.

"(Keselamatan) adalah terkawal. Kita mempunyai anggota yang mencukupi untuk mengawal pusat persidangan dan berdepan dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Abdul Haddi berkata, pihaknya telahpun mengadakan sesi taklimat ringkas dengan pengawal keselamatan Rice dan semua langkah perlu telah diambil untuk memastikan keselamatan para tetamu.

"Contohnya, kami juga mempunyai skuad pemusnah bom serta mengadakan rondaan dari udara,” kata Abdul Haddi.

Penembak tepat pula diletakkan di tempat strategik manakala anjing pengesan digunakan untuk mengesan bahan letupan.

Menurut laporan akhbar, mereka ditempatkan di jambatan yang menjadi laluan kereta kalis peluru yang membawa Rice dari lapangan terbang.

Bayangkan berapa banyak wang rakyat yang dihabiskan.


SEKADAR RENUNGAN. KESAHIHANNYA TIDAK DAPAT DI PASTIKAN


CERITA INI DIAMBIL DARI EMAIL YANG KAMI TERIMA DARI SEORANG PELAWAT BLOG INI. KESAHIHANNYA TIDAK DAPAT DIPASTIKAN

Assalamu'alaikum,Saya sering tertanya-tanya, "tak kan lah ibu-bapa si
Azlina ni langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah murtad
dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat Islam lain?"
Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab apabila saya berkesempatan
menziarahi keluarganya di USJ. Bapanya yang berasala dari Kancong Darat sudah
lama meninggal dunia. Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri
dari pegawai2 dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin dari UIA, Hj Walid (my batch/my
ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik lelaki dan
jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang sensasi tu adalah anak
jirannya. Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang perbualan. Dapat saya rasai
beban perasaan yang ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama sekali apabila
beliau mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya memberikan perhatian kepada
perlakuan Azlina ketika beliau di penghujung usia. Dari pemerhatian saya,
keluarga Azlina ni adalah keluarga yang beragama, Mak som bertudung sempurna,
kakaknya letak tudung atas kepala, tapi rambut covered (I take it positifly coz
dalam rumah). Nampak sejadah tergantung di dua tempat berasingan, ayat2 al quran
dan gambar besar kaabah terbentang di ruang tamu, (semua ni circumstancial
evidence for my conclusion)Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina)
sebagaimana orang lain, pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri
Aman- PJ) balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way, rumah
ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan sempurna. Namun kejadian kemalangan
jalanraya lebih 10 tahun lalu di kampong mereka di Banting telah membawa
kecelakaan kepada keluarga tersebut. Seorang lelaki India bernama Johnson yang
terlibat dalam kemalangan tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan
Azlina. Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut dan sopan santun terhadap
keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabila kereta Azlina
terlantar di workshop beberapa minggu si Johnson inilah yang menjemput dan
menghantarnya. Rupanya kebaikan si Johnson ni ada makna! Mak Som telah beberapa
kali mengingatkan Johnson, kalau betul-betul minat, masuk Islam lah, tapi kata
Johnson beliau belum bersedia. Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan.
Rupa-rupanya bapanya orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau. Apabila
diconfranted beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah rumah, tapi
masih berkunjung ke rumah keluarganya. She's willing to talk to the family
but not on that sensitive issue. Dia akan merajuk, 2-3 minggu tak muncul atau
call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom untuk dialog dengannya,
tapi tak jalan. Hujahnya simple, "saya tak kacau orang". Kata kakanya,
Azlina ni very vocal, firm, English speaking dan agak dominant dalam
keluarganya. She's now 42, according to the family dia belum kahwin dengan
Johnson tu dan sedang tunggu outcome of this case. Tapi ada riwayat yang sampai
kepada saya kata dah kahwin di church tapi x leh daftar sebab ada perkataan
Islam on her mykad. Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat
berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya dalam keadaan
Islam dan beriman. Dia agak kecewa kerana ada beberapa individu dan pertubuhan
yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk membantunya tapi tak berjaya even
untuk berkomunikasi pun dengan si Lin tu. ALKIS bercadang untuk membawa Mak Som
berserta keluarganya ke Majlis Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam
untuk membri peluang kepada keluarga ini menyatakan harapan mereka supaya Lin
dikembali kepangkuan keluarganya dan agamanya. Semuga episode Azlina Jelani ini
akan memberikan kesan positif kepada umat Islam, kita doakan beliau diberi
hidayah untuk kembali ke jalan Allah.Wassalam. al Qurawiyy.


KABINET KERAJAAN ISLAM HADHARI PENUH DENGAN ANGGOTA YANG BERMASALAH?


Satu demi satu masalah yang melibatkan anggota kabinet kerajaan Islam Hadhari dibongkar. Sebelum ini isu Rafidah Aziz yang dikaitkan dengan isu rasuah dan AP; Samy Vellu dengan isu MRR2; Nazri Aziz dan Rais Yatim dengan isu sokongan kepada IFC; Hishamuddin dengan isu kereta 1 jutanya; 11 orang menteri bukan Islam yang berani menyentuh kedaulatan Islam dalam perlembagaan; Adnan Mansur dengan otak songsang mahu pusat hiburan dibuka sehingga 5 pagi; Mashitah dengan fatwa bahawa zina halal dan bermacam-macam masalah lagi;, kini kita dikejutkan pula dengan pendedahan Dato' Seri Anwar dan Dr Rosli Yaakub tentang Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yackob.

Bank Negara dikatakan telah menyenaraihitamkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Nor Mohamed Yakcob daripada berkhidmat dengan mana-mana institusi kewangan tetapi nampaknya ia tidak menjejaskan kareer profesionalnya.

Bekas pegawai kanan Bank Negara dan pemimpin PAS, Rosli Yaakob mendakwa, arahan tersebut dikeluarkan selepas Nor Mohamed dikatakan dikenalpasti sebagai salah seorang yang bertanggungjawab terhadap kerugian hampir RM30 bilion yang dialami bank pusat itu akibat aktiviti spekulasi matawang asing pada awal 1990-an.

Namun begitu, Rosli tidak faham bagaimana kerajaan melantiknya memegang jawatan tinggi dalam kerajaan beberapa tahun selepas beliau diarahkan meletakkan jawatan di Bank Negara.

Selepas meninggalkan Bank Negara, Nor Mohamed memegang jawatan tinggi dalam institusi kewangan, antaranya Rashid Hussain Securities dan Abrar Group International. Beliau kemudiannya dipanggil berkhidmat semula di Bank Negara sebagai penasihat khas kepada kerajaan.

Pada bulan Julai 2004, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melantiknya sebagai Menteri Kewangan Kedua. Abdullah juga memegang jawatan Menteri Kewangan.

Rosli, yang bertugas sebagai timbalan pengurus di Jabatan Ekonomi Bank Negara sehingga 1994, mendakwa para pakar pasaran matawang asing menuding jari terhadap Nor Mohamed sebagai pemain utama dalam skim spekulasi tersebut.

“Ramai pegawai bank pusat ketawa apabila pengumuman dibuat mengenai pelantikan beliau (sebagai Menteri Kewangan Kedua)...orang yang mengakibatkan kerugian hampir RM30 juta,” kata Rosli ketika dihubungi semalam.

Berikutan krisis kewangan Asean pada 1997-98, Nor Mohamed kembali semula berkhidmat di Bank Negara dengan tugas merangka dan melaksanakan ‘kadar tambatan ringgit’.

“Tugas itu telah mengubah nasibnya – daripada ‘seorang yang terbuang’ kepada ‘penasihat yang amat dipercayai’ oleh (bekas) Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad),” kata Rosli, yang juga Pesuruhjaya PAS Negri Sembilan.

Berikutan itu timbul dakwaan bahawa Nor Mohamed berjaya memanjat semula tangga kareernya kerana beliau dilindungi oleh pemimpin tinggi kerajaan dalam aktiviti spekulasi ‘haram’ matawang asing itu.

Rosli berkata beliau menganggap aktiviti spekulasi yang dilakukan oleh Nor Mohamed itu sebagai haram kerana ia bercanggah dengan norma-norma dan amalan pasaran matawang serta bercanggah juga dengan dasar dan peraturan dalaman Bank Negara sendiri.

Dalam wawancara ekslusif dengan malaysiakini minggu lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Dr Mahathir dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin juga bertanggungjawab terhadap kerugian Bank Negara itu.

Rosli berkata, satu siasatan peringkat tinggi telah dijalankan mengenai kerugian tersebut dan cadangan supaya kes tersebut disiasat oleh sebuah badan penyiasat, telah ditolak.

“Ramai yang bertanya – bagaimanakah seorang yang mempunyai rekod yang tercemar, hari ini menganggota kabinet kerajaan?” tambahnya.

Rosli merujuk kepada perkara itu yang dibangkitkan lebih 12 tahun lalu oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang di Parlimen mengenai kegagalan kerajaan berhubung kerugian yang amat besar itu.

Perkara tersebut timbul kembali apabila Tan Sri Tajudian Ramli membangkitkannya semula dalam saman balasnya baru-baru ini.

Ekoran itu, Lim menggesa supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan untuk menyiasat dan mendedahkan siapakah yang bertanggungjawab terhadap kerugian tersebut.

Semalam, malaysiakini melaporkan bahawa Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein juga adalah antara perancang dalam spekulasi matawang asing itu.

Sementara itu, Rosli berkata, satu lagi ‘peninggalan’ Nor Mohamed ketika berkhidmat di Bank Negara ialah menginternasionalisasikan ringgit, yang telah mendedahkannya kepada serangan spekulator matawang pada 1997-1998.

“Bank Negara sendiri kemudiannya mengakui bahawa ‘kepantasan peningkatan langkah menginternasionalisasikan ringgit pada April 1989 juga menyumbang kepada kelemahan ringgit dalam tempoh berkenaan,” katanya merujuk kepada laporan tahunan Bank Negara 1998.

Katanya, aktiviti spekulasi itu dan kerugian yang dialami kemudiannya, menjadi permulaan kepada serangan yang dahsyat terhadap ekonomi negara pada 1998.

Rosli juga menyenaraikan beberapa soalan yang masih belum dijawab lebih satu dekad selepas berlakunya skandal tersebut.

Mengapakah Bank Negara terbabit dalam aktiviti spekulasi pasaran matawang asing?

Mengapakah pemimpin tertinggi negara bersetuju Bank Negara terbabit dalam aktiviti spekulasi?

Mengapakah Datuk Nor Mohamed – yang ketika itu menjadi penasihat di Bank Negara – diberi kuasa penuh untuk mengendalikan perdagangan matawang asing?
Apakah peranan jawatankuasa pengurusan rizab asing Bank Negara ketika itu?

Berapakah jumlah sebenar kerugian dalam aktiviti spekulasi tersebut?

Apakah wujud sebarang unsur-unsur jenayah dalam pengurusan rizab asing?

Apakah langkah diambil oleh Bank Negara untuk mengelak berulangnya kejadian yang sama?

Kredibiliti menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen kabinet Pak Lah telah dipertikaikan banyak pihak. Namun sehingga kini Pak Lah masih mengekalkan mereka yang bermasalah ini. Rombakan kabinet pertama yang di buat oleh beliau sebelum inipun dilihat hanyalah melepaskan batuk di tangga kerana beliau masih mengekalkan 'kayu-kayu buruk' yang mencacatkan pandangan mata rakyat.

Sumber : Malaysiakini


LEBIH 100,000 MURID GAGAL KUASAI 3M, HISHAMUDDIN MESTI LETAK JAWATAN


BUKIT KATIL 27 Julai - Kegagalan lebih 100 ribu pelajar sekolah rendah untuk menguasai kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (3M) yang disiarkan oleh Harakahdaily hari ini jelas membuktikan kelemahan kerajaan dalam menangani isu pendidikan negara ini.

Sehubungan dengan itu menteri yang dipertanggungjawabkan untuk kementerian pelajaran ini iaitu Hishamuddin Hussien mesti meletakkan jawatan.

Di Parlimen minggu lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Hon Choon Kim, mendedahkan bahawa seramai lebih 100 ribu pelajar sekolah rendah masih gagal menguasai 3M.

Menurut Hon lagi walau bagaimanapun , bukan semua dari jumlah 100 ribu itu tidak dapat menguasai kesemua ketiga-tiga kemahiran itu. Ada pelajar yang mungkin hanya gagal dalam satu atau dua kemahiran sahaja tetapi termasuk dalam angka 100 ribu itu .

Antara sebab yang dinyatakan kepada kegagalan ini ialah latar belakang keluarga, kurangnya motivasi dari keluarga dan prasarana yang disediakan.

Apa yang Hishamuddin lakukan sehingga angka kegagalan murid dalam 3M ini mencecah sehingga ribuan. Ini tidak boleh diterima sama sekali.

Ini semua mungkin disebabkan kesibukan beliau untuk mengejar cita-cita politiknya sehingga mengabaikan tugasnya sebagai menteri atau mungkin juga beliau tidak berwibawa untuk memimpin kementerian yang sangat penting ini.


BERITA MELAKA : DEWAN TIDAK PERNAH TERIMA CADANGAN BANTU PENTERNAK BABI


AYER KEROH, 27 Julai : Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu dimaklumkan pihak pembangkang tidak pernah mengemukakan cadangan membantu penternak babi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan negeri (BN-Machap), Datuk Wira Poh Ah Tiam, berkata setakat ini Dewan tidak pernah menerima cadangan itu daripada pembangkang.

“Dewan tidak pernah menerima sebarang cadangan daripada pembangkang,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Chong Tam On (BN-Bemban) di Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-11, di Seri Negeri di sini, hari ini.

Chong ketika mengemukakan soalan tambahan ingin tahu adakah pembangkang menghantar cadangan untuk membantu penternak-penternak babi di negeri ini.

Sebelum itu, Betty Chew Gek Cheng (DAP-Kota Laksamana) dalam soalan lisannya bertanyakan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengenai kedudukan dan status penternak babi di Melaka mengikut kawasan, termasuk bilangan ladang babi yang ditutup.

Menjawab soalan itu, Poh berkata, Kerajaan Pusat telah mengeluarkan panduan menternak babi pada masa depan di mana syor itu mulai 2007, penternak babi hanya dibenarkan menternak secara berpusat (centralized) di kawasan yang dikhususkan untuk penternakan babi (Pig Farming Area, PFA).

Katanya, kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan mengarahkan 14 ladang babi ditutup di negeri ini dan dua daripadanya telah mematuhinya manakala 12 lagi masih merayu supaya dapat beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, satu di daerah Melaka Tengah dan 11 di daerah Alor Gajah.

Poh berkata, penternak babi di Kampung Paya Mengkuang boleh meneruskan kegiatan penternakan mereka dengan syarat mempertingkatkan sistem kumbahan supaya pencemaran udara dan air dapat dikurangkan ke tahap maksimum.

Tambahnya, untuk kandang ternakan yang mempunyai sistem kumbahan yang baik ia dihadkan sebanyak 700 ekor bagi seekar kawasan.

Menjawab soalan tambahan Betty mengenai status lesen kepada penternak, Poh berkata lesen akan dikeluarkan jika penternak babi memenuhi segala syarat yang ditetapkan termasuk menyediakan ‘lay out plan’ dan menukar syarat tanah pertanian kepada penternakan.

“Jika mereka mematuhi syarat ini, kita tidak keberatan untuk mengeluarkan lesen kepada mereka,” katanya.

Mana pergi wakil-wakil rakyat Melayu, mengapa mereka tidak bersuara melahirkan kekesalan tentang bau busuk, pencemaran air dan lain-lain masalah yang dihadapi oleh penduduk Islam yang tinggal berhampiran kandang babi tersebut.


GABUNGAN ARTIKEL 11 BERDEGIL MAHU TERUSKAN PROGRAM MEREKA


KUALA LUMPUR 27 JULAI : Gabungan Artikel 11 tetap berdegil mahu meneruskan program-program mereka walaupun Perdana Menteri telah mengarahkan ianya dihentikan serta merta.

Gabungan Artikel 11 ini mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menjelaskan mengenai tuduhan yang mengaitkan forum anjurannya mengenai hak-hak dalam perlembagaan dengan cadangan Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

Abdullah sendiri telah menolak cadangan penubuhan suruhanjaya itu pada 26 Februari tahun lalu.

Semalam beliau mengarahkan semua perbincangan mengenai status agama Islam dalam perlembagaan dihentikan kerana bimbang ia boleh mencetuskan sentimen keagamaan.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, gabungan tersebut berkata ia akan mengambil berat kebimbangan Abdullah, dalam merancang aktivitinya pada masa depan.

“(Kami) akan berusaha untuk berjumpa dengan (beliau) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kebimbangan yang disuarakannya berhubung aktiviti gabungan tersebut, di samping memberi penjelasan mengenai salah tanggapan yang mengaitkan (kita) dengan IFC.

“Anggota gabungan ini akan bertemu dan akan menimbang secara mendalam nasihat beliau dalam membincangkan rancangan masa depan,” kata kenyataan tersebut.

Mengulas isu ini, Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Hamzah Yusof menyatakan bahawa jika sekiranya Gabungan Artikel 11 ini tetap berdegil, kerajaan mesti mengambil tindakan tegas kepada mereka.

"Kita melihat Gabungan Artikel 11 ini nampaknya semakin besar kepala, mereka mempunyai agenda tersembunyi yang amat meragukan" kata Hamzah.

Gabungan tersebut terdiri daripada 13 badan bukan kerajaan (NGO) yang telah mengumumkan komitmen mereka untuk melindungi hak asasi rakyat.

‘Road show’ yang dianjurkan oleh Gabunga Artikel 11 menerima bantahan NGO Islam, sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang sejurus selepas ia diadakan. Polis juga terpaksa mengadakan kawalan ketat ketika gabungan itu mengadakan forumnya di Johor Bahru Sabtu lalu.

Gabungan tersebut merancang untuk mengadakan forum awam yang sama di bandar-bandar utama yang lain.

Gabungan mengulangi bahawa perbincangan mengenai kebebasan beragama seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan tidak ada kaitan dengan cadangan penubuhan IFC.

“Kami mahu mengambil kesempatan ini untuk memperjelaskan bahawa forum bertajuk ‘Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan untuk Semua’ tidak ada hubungan langsung dengan usaha menubuhkan IFC,” katanya.

Gabungan itu menjelaskan bahawa forum berkenaan memfokuskan terhadap hak dan jaminan bagi rakyat di bawah undang-undang tertinggi negara ini.

Menurut kenyataan itu lagi, forum tersebut bertujuan membincangkan kebimbangan masyarakat sivil ekoran masalah yang dihadapi individu-individu yang tidak mendapatkan penyelesaian perundangan dan ketidaktentuan kehakiman di mahkamah.

“Tidak ada langsung perbincangan mengenai IFC dalam forum awam itu atau aktiviti-aktiviti yang lain,” tambahnya.

Sementara itu, Badan Anti-Suruhanjaya Antara Agama/IFC (Badai) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengeluarkan kenyataan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam di Malaysia selama ini agar kumpulan Artikel 11 memberhentikan serta-merta forum mereka yang berbentuk ‘roadshow.

“Sebelum ini, Badai serta banyak pihak, termasuk Majlis Mufti, badan Islam bukan kerajaan seperti PUM Pulau.Pinang, Teras, Muafakat, JIM , ABIM, ACCIN, Pembela dan sebagainya, mendesak Perdana Menteri agar bertindak ke atas kumpulan Artikel 11 dengan menghantar memorandum serta kutipan tandatangan dari umat Islam seawal bulan Mac 2006 yang lalu,” kata Pengerusi Badai, Mohd Hafiz Mohd Nordin.

Katanya, badai berharap pihak Artikel 11 mendengar dan mematuhi arahan Perdana Menteri. Bagaimanapun, Badai akan terus memantau semua aktiviti kumpulan tersebut, terutamanya NGO Islam yang turut berada dalam kumpulan Artikel 11.

“Badai sifatkan kumpulan ini sangat berbahaya kerana mencabar perundangan syariah negara apabila mereka mendakwa undang-undang tersebut mendiskriminasi wanita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Badai, katanya, akan segera membuat laporan polis seandainya sentimen agama yang dicetuskan pihak Artikel 11 dan 13 NGO yang bernaung di bawah kumpulan ini diteruskan


PEMUDA BUKIT KATIL GESA BN AMBIL TINDAKAN KE ATAS AHLI PARLIMEN KOTA MELAKA


BUKIT KATIL 27 JULAI : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa Barisan Nasional mengambil tindakan keatas ahli parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee yang mengkritik Perdana Menteri dengan menggesa kerajaan supaya jangan mengenepikan isu-isu kebebasan beragama di negara ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ibupejabat MCA, Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee juga menekankan tentang kekurangan kefahaman di kalangan mereka yang membantah penganjuran forum Gabungan Artikel 11.

Dalam memperjelaskan isu tersebut, Wong berkata, pertamanya, hak dalam perlembagaan bagi semua rakyat Malaysia merupakan satu perkara yang mendapat perhatian awam, dan kedua objektif forum tersebut adalah untuk membincangkan perkara mengenai kebebasan beragama dan ia tidak mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Sebenarnya, ia (forum tersebut) mahu berbincang mengenai kebebasan beragama secara umum dan kesahan agama lain di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ibupejabat parti itu.

Wong menegaskan demikian sebagai mengulas gesaan Abdullah supaya semua pihak menghentikan perbincangan yang mempertikaikan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan Wong ini seolah-olah mencabar keputusan dan kredibiliti Perdana Menteri yang telah mengarahkan program-program seumpama itu tidak diteruskan kerana ianya menyentuh sensitiviti agama" tegas Hj Salamat, Ketua DPP Kawasan Bukit Katil.

"Kami menggesa Wong di ambil tindakan sebagaimana tindakan yang diambil keatas Ahli Parlimen Teluk Kemang, S.Sothinathan suatu ketika dahulu" tambah beliau.

Dalam kenyataanya Wong juga menyatakan bahawa bantahan terhadap forum awam anjuran Artikel 11 di Johor Bahru,jelas menunjukkan bahawa sikap tolak ansur dan kefahaman sebenar belum lagi mencapai tahap yang diharapkan.

Pemimpin MCA itu juga menggesa kerajaan supaya meningkatkan lagi kefahaman mengenai isu tersebut di kalangan rakyat.

“Konsensus mengenai isu-isu agama di kalangan orang awam hanya boleh dicapai dengan adanya debat awam yang dijalankan secara rasional,” katanya.

Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai Perpaduan Nasional digunakan sebagai wadah untuk membincangkan isu berkenaan.

Ketika mengulas gesaan Perdana Menteri itu, Wong berkata MCA memahami sepenuhnya keadaan yang mendorong Abdullah dan kerajaan mencapai keputusan tersebut.

Beliau berkata, partinya juga memahami perhatian berat kerajaan untuk mengelak berlakunya ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.


UPM didesak pecat timbalan naib canselor


KUALA LUMPUR 27 JULAI : Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) telah mendesak Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya memecat Timbalan Naib Canselor Halehwal Pelajar, Prof Azali Mohamed.

Dalam satu memorandum, kumpulan tersebut mendakwa Azali patut bertanggungjawab terhadap segala masalah yang timbul di bawah pentadbirannya, yang dituduh mengongkong hak asasi pelajar.

Baru-baru ini, UPM mendapat perhatian umum selepas tersiarnya klip vidow yang menunjukkan kira-kira 50 pelajar dari kumpulan ‘pro-establishment’ – yang disokong pihak berkuasa kampus – menolak beberapa pelajar dari kumpulan lawan mereka sebanyak dua kali.

Atas arahan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed, UPM telah menubuhkan sebuah badan untuk menyiasat kejadian tersebut.

Memorandum itu, antara lain, mendesak UPM supaya mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang mencetuskan pergaduhan tersebut dan juga terhadap pegawai keselamatan yang tidak mengambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, kumpulan NGO tersebut gagal mengemukakan memorandum mereka itu apabila mereka tidak bersetuju dengan syarat pihak berkuasa universiti yang hanya membenarkan tiga wakil masuk ke bilik pentadbiran universiti semalam.

Media dilarang

Kumpulan seramai 50 orang itu, yang diketuai oleh Penyelaras Suaram, Chang Lih Kang, enggan menerima syarat tersebut dan menuntut supaya enam orang wakil dibenarkan masuk. Bagaimanapun, permintaan itu ditolak.

Ekoran itu, mereka mengambil keputusan untuk tidak menyerahkan memorandum tersebut dan mengadakan sidang akhbar di luar premis tersebut.

Pegawai keselamatan universiti itu juga melarang wartawan dan jurugambar masuk ke kawasan universiti.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam UPM, Dr Jambari Ali memberitahu pemberita. pihak universiti bersedia menerima memorandum tersebut dengan syarat hanya tiga orang sahaja mewakili kumpulan tersebut.

Beliau juga berkakta, Naib Canselor Prof Dr Nik Mustapa R Abdullah sedang bermesyuarat dan oleh itu tidak dapat menemui mereka.

Kumpulan itu juga memasang poster yang memaparkan ketua pelajar pro-establishment dengan tulisan merah ‘wanted’ (dihehendaki).

Dari Malaysiakini


DEMO BANTAH KEHADIRAN RICE DI KL, PEMUDA MELAKA SEDIAKAN BAS


SEMABOK 27 JULAI : Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) menyediakan bas untuk pengangkutan semua pencinta agama bagi menyertai demo menentang kehadiran Setiausaha Negara Amerika Condoleeza Rice di Kuala Lumpur esok.

Ketua Penerangan DPPNM, Yuhaizad Abdullah menyatakan semua ahli demo yang berminat boleh menaikinya di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di sini awal pagi esok.

Keterangan lanjut sila hubungi Yuhaizad di talian 016-6635820 atau Harun Mohamed 019-6675521.


SISTEM PENDIDIKAN NEGARA GAGAL LAHIRKAN INSAN BERAKHLAK DAN BERDISIPLIN


PADANG BESAR 27 JULAI : Sistem pendidikan negara kita dilihat gagal melahirkan insan yang berakhlaq dan berdisiplin. Ini dibuktikan apabila seramai 2,332 pelajar dibuang sekolah di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini kerana pelbagai kesalahan disiplin. Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar.

Dalam tempoh sama, beliau berkata, 3,184 lagi pelajar digantung sekolah.

“Jumlah kes buang dan gantung sekolah itu bagaimanapun menunjukkan aliran menurun berbanding tahun lalu. Rekod kementerian menunjukkan sepanjang tahun lalu seramai 7,453 pelajar dibuang sekolah, manakala 15,148 lagi digantung sekolah.

“Bagaimanapun, jika dibanding dengan lima juta pelajar di seluruh negara, peratus yang mewakili buang sekolah tahun ini hanya 0.01 peratus manakala kes gantung hanya 0.06 peratus.

“Tahun lalu, peratusnya agak tinggi iaitu 0.4 peratus dibuang sekolah dan 0.9 peratus gantung sekolah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jati Diri murid sekolah menengah peringkat kebangsaan di Pusat Kokurikulum, Jalan Kaki Bukit di sini, semalam.

Seramai 80 pelajar sekolah menengah dari Perlis dan Kedah yang dibuang dan digantung sekolah mengikuti program ala Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diadakan selama enam hari bermula 21 Julai lalu dan berakhir semalam.

Noh berkata, daripada 2,332 pelajar yang dibuang sekolah tahun ini, 1,897 daripada mereka membuat rayuan dan diterima semula manakala 425 lagi tidak berbuat demikian.

Dalam pada itu, Noh berkata, Kementerian Pelajaran tidak boleh memansuhkan hukuman buang dan gantung sekolah kerana ia perlu untuk menangani masalah disiplin pelajar.

“Pelajar yang melanggar disiplin patut menerima hukuman bagi setiap kesalahan yang dilakukan itu.

“Kita tak boleh mansuh. Buang dan gantung sekolah adalah satu hukuman. Dari hukuman ringan hinggalah kepada yang paling berat iaitu buang sekolah. Ini adalah hukuman. Setiap yang salah mesti dikenakan hukuman,” katanya.

Inilah bahananya apabila Islam diketepikan dari sistem pendidikan negara. Islam hanya diajar sebagai subjek sampingan tidak wajib diambil dalam semua peringkat peperiksaan samada UPSR, PMR atau SPM. Malah di peringkat Universiti pun subjek ini tidak diwajibkan hanya Tamadun Islam yang sahaja yang diajar.

Apabila Islam dikesampingkan maka inilah hasilnya.


Wednesday, 26 July 2006

TULISAN SHAMSUL ISKANDAR MENGELIRUKAN?


KAMI MENERIMA EMAIL DARI PELAWAT BLOG INI YANG MEMINTA NAIB KETUA ANGKATAN MUDA(AMK)PKR SHAMSUL ISKANDAR MENARIK BALIK KENYATAAN BELIAU DALAM LAMAN WEB PARTI KEADILAN RAKYAT SEPERTI YANG KAMI SIARKAN DI BAWAH. EMAIL TERSEBUT MENYATAKAN BAHAWA SHAMSUL ISKANDAR TIDAK FAHAM ISU SEBENAR DAN SEOLAH-OLAH MENYOKONG PUAK-PUAK ARTIKEL 11 YANG BERUSAHA UNTUK MENGHAPUSKAN KEISTIMEWAAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN.


Hormati Hak Untuk Memberi Pendapat & Hargai Perbezaan

Angkatan Muda KeAdilan (AMK) menyeru kepada pihak-pihak untuk menghormati prinsip utama kebebasan bersuara, berhimpun dan berkumpulan. Kesemuanya bukan sahaja termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia kita tetapi juga dalam Islam.

AMK meminta agar kumpulan-kumpulan yang membantah Forum Terbuka Aritkel 11 tidak menghalang persidangan yang bakal diadakan di Johor hujung minggu.

Sesungguhnya, bantahan seperti itu tidak menggambarkan kemampuan kita untuk berdiskusi dengan cara yang beradab dan secara produktif, sekiranya kita selalu berkeras untuk menyekat pendapat yang berbeza.

Sememangya terdapat sebab-sebab yang absah bagi beberapa keluhan yang dibawa oleh Kumpulan Artikel 11. Untuk terus menutupnya dengan menggunakan ugutan serta kekerasan bukan merupakan jalan keluar kepada kekusutan yang ditimbulkan.

Tambahan pula, sekiranya kumpulan yang membantah ingin menunjukkan pendirian mereka haruslah berbuat demikian dengan cara damai - dan tidak menganggu keamanan - sebagaimana yang dikehendaki di dalam Islam.

Keadilan sentiasa memperjuangkan dan mempertahankan kebebasan untuk bersuara serta berhimpun. Kita sama sekali tidak boleh membenarkan permit digunakan oleh Kerajaan atau polis untuk menyekat hak asasi mana-mana pihak.

Kami menyeru semua pihak mengambil sikap tenang dan tidak melakukan apa-apa ancaman atau ugutan terhadap penganjur forum. Kami sedar, walaupun isu ini dianggap sangat sensitif, namun atas ketidakfahaman dan salah faham Islam yang semakin meningkat, maka kewujudan dialog secara jujur perlu digalakkan. Di dalam hal ini kami mencadangkan agar pihak-pihak yang bertentang untuk menghadirkan diri ke majlis forum tersebut dan memberikan pandangan-pandangan mereka secara ilmiah.

Sesungguhnya di dalam sejarah tamadun Islam, tradisi berhujjah, budaya berdebat dan berdiskusi yang berkaitan dengan Islam mahupun isu-isu berkenaan masyarakat telah lama wujud. Justeru, tradisi ini mesti dikekalkan serta digalakkan dan tidak boleh sama sekali dianggap sebagai ancaman kepada Islam.

Wassalam.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia


SIAPA PEMBOHONG, MAHATHIR ATAU TAJUDDIN RAMLI?


KUALA LUMPUR 26 JULAI : Dr Mahathir hari ini menafikan tuduhan Tajuddin Ramli yang beliau mengarahkan bekas pengerusi MAS itu supaya membeli saham di dalam syarikat penerbangan nasional itu untuk menyelamatkan Bank Negara.

Jadi sekarang siapa bohong, Mahathir atau Tajuddin.?

"Mungkin kedua-duanya pun tidak boleh dipercayai, kaki pembelit" kata Hj Salamat Ketua DPP Kawasan Bukit Katil ketika diminta mengulas isu ini.

Mahathir dipetik sebagai berkata bahawa beliau tidak ingat samada ada menyuruh Tajuddin membeli saham itu.

Katanya bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang memberitahunya Tajuddin berminat untuk membeli saham MAS.

Dr Mahathir: 'Saya tidak pernah minta dia untuk membuat khidmat kepada negara'
"Kita sedang menswastakan kesemuanya pada masa itu. Bila dia mahu beli saham tersebut, kami beritahu dia kami mahukan wang tunai," tambahnya.

Katanya Tajuddin sebelum itu mencadangkan kepada kerajaan untuk membeli saham MAS melalui pertukaran saham Celcom dan Naluri. Dr Mahathir berkata beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu.

"Saya kata kita tidak ada duit, kita tidak sanggup menjual saham tersebut kepadanya," bekas perdana menteri itu berkata, dan menambah Tajuddin meminjam RM1.8bil untuk membayar saham MAS tersebut.

Dr Mahathir diminta memberikan komen mengenai kenyataan Tajuddin yang mendakwa dia diminta oleh kerajaan untuk memperolehi pegangan 32 peratus di dalam MAS pada 1994.

Tajuddin membuat dakwaan ini dalam saman balasnya yang difailkan pada 29 Jun terhadap kerajaan dan 24 pihak lain berhubung pembelian saham MAS tersebut.

Ia dilakukan berikutan saman oleh Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dan anak syarikatnya, Danaharta Urus Sdn Bhd dan Danaharta Managers Sdn Bhd terhadap Tajuddin, difailkan pada 11 Mei yang menuntut RM589 juta sebagai baki daripada pinjaman RM1.79 bilion yang diberikan kepadanya pada 1994 untuk membeli saham MAS.

"Saya tidak paksa dia beli saham MAS. Saya tidak pernah minta dia buat khidmat negara," kata Dr Mahathir selepas melancarkan buku bertajuk The Chinese Malaysian Contribution, berkenaan kedatangan warga Cina ke dalam Malaya pada masa itu, dan bagaimana mereka memberikan sumbangan dalam pembinaan negara ini.

Tajuddin mendakwa saham MAS tersebut dijual kepadanya semasa Bank Negara mengalami kerugian dalam tukaran asing, kesan daripada spekulasi di dalam pasaran matawang antarabangsa.

Dr Mahathir berkata: " Pada masa itu kerajaan tidak kekurangan wang.

"Kita ada wang di Bank Negara, dan tahu bagaimana untuk menampung kerugian tersebut. Rizab kita ada RM50 bilion pada masa itu. Kita tidak perlukan duit dia."

Katanya beliau tidak tahu bagaimana Tajuddin membuat kesimpulan beliau memintanya membeli saham tersebut.

Nampaknya Mahathir sekarang ini mula terasa panas kerana Imam Al Badawi mula membuat serangan balas dengan membongkar isu MAS ini. Mungkin selepas ini ada isu-isu sensasi lain yang akan 'memanaskan' Mahathir.

KITA TUNGGU DAN LIHAT APA BERLAKU SELEPAS INI.


Dr Mahathir mahu adakan perhimpunan dengan ahli Umno


KUALA LUMPUR 26 JULAI : Tun Dr Mahathir Mohamad mahu memberi penjelasan kepada perhimpunan dengan ahli Umno bagi menjelaskan pendiriannya mengenai perbalahannya dengan pengganti pilihannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Mereka kata tidak benar yang saya tidak boleh bercakap dengan ahli Umno jadi saya mahu diadakan perhimpunan untuk (saya) bercakap kepada ahli Umno,” kata bekas Presiden Umno itu kepada pemberita.

“Jika mereka membenarkan saya bercakap, maka saya bercakap kerana mereka kata mereka tidak menyekat saya daripada bercakap kepada ahli Umno. Jadi, ok, saya akan anjurkan satu perhimpunan dengan ahli Umno,” katanya.

Beliau mendakwa, kepimpinan Umno telah menghalang lima Umno bahagian yang mahu menghubungi beliau kerana tidak mahu mereka “mempunyai apa-apa” hubungan dengannya.

“Mereka yang telah menjemput saya untuk bercakap telah diberitahu ‘jangan’ – mereka tidak boleh membenarkan saya bercakap kepada mereka” tegas Dr Mahathir.

Dr Mahathir telah mengecam kerajaan berhubung keputusan membatalkan projek jambatan indah, pengeluaran AP dan yang berkaitan dengan Proton.

Walaupun Dr Mahathir berkata kritikannya itu tidak bersifat peribadi, tetapi bekas Perdana Menteri itu pernah berkata, Abdullah bukan pilihan utamanya, malah tidak pasti sama ada beliau silap memilih penggantinya.

Sesi penerangan

“Sehingga ini mereka (Umno) menyekat lima pihak daripada mempunyai apa-apa hubungan dengan saya. Orang ini telah menjemput saya untuk bercakap kepada mereka (tetapi) mereka diberitahu “jangan” – mereka (Umno) tidak membenarkan saya bercakap dengan mereka.

“Bila saya bercakap dengan NGO (badan bukan kerajaan), mereka mengadu ada ahli-ahli PAS di sana, jadi saya mesti kawal orang yang datang mendengar (ceramah) saya. Akhbar pula memulaukan (berita saya), mereka yang menulis menyokong saya, surat mereka tidak disiarkan,” katanya.

Ditanya apakah agenda perhimpunan Umno itu nanti, Dr Mahathir menjawab: “Apa-apa sahaja yang ahli Umno tidak faham. Mereka tidak benarkan saya bercakap, jadi bagaimana mereka (ahli-ahli Umno) akan faham,” katanya.

Dr Mahathir juga ditanya mengenai dakwaan wujudnya rasa tidak puashati di kalangan ahli akar umbi Umno terhadap penjelasan yang diberikan oleh pemimpin mereka dalam siri sesi penerangan berhubung persoalan dan kritikannya.

“Sesi penerangan tersebut sepatutnya diserahkan kepada saya,” katanya disambut ketawa para wartawan, sambil menambah beliau tidak mengikuti perkembangan sesi penerangan tersebut.

Permintaan yang mudah

Sementara itu, Dr Mahathir mengesahkan bahawa Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob adalah orang tengah yang akan membantu menyelesaikan perbalahan antara beliau dengan Abdullah.

“Saya telah bertemu dengan (Tun) Khalil (kiri) yang akan menjadi orang tengah itu. Saya telah beritahu beliau apa yang perlu dilakukan. Terpulanglah kepada beliau. Saya telah menjelaskan kepada beliau apa masalahnya dan beliau bertanya kepada saya bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya beritahu beliau – mudah sekali – jangan tunduk kepada Singapura, jangan beri terlalu banyak AP (untuk import kereta mewah), jangan lemahkan (pasaran kereta nasional) Proton, jangan jual MV Agusta,” katanya.

Ditanya mengenai kemajuan usaha tersebut, beliau berkata Khalil belum lagi memberitahunya mengenai perjumpaan tersebut, yang diadakan sebelum Dr Mahathir pergi bercuti ke luar negeri.

Sebelum itu, Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin – yang rapat dengan Dr Mahathir dan yang mencadangkan rancangan menggunakan khidmat orang tengah itu – menafikan Khalil adalah orangnya.

Ditanya mengapa beliau tidak menelefon Abdullah, Dr Mahathir berkata: “Saya tidak menelefon beliau dan beritahu beliau itu dan ini.

“Permintaan saya adalah cukup mudah – saya tidak setuju kita tidak membina jambatan tersebut, saya rasa kita mesti membinanya dan adalah tidak benar untuk mengatakan rakya tidak mahu jambatan tersebut. Rakyat tidak mahu dijual pasir dan [... ] tetapi mereka mahu jambatan.”

Mengenai kenyataan Abdullah berkata beliau mempunyai hak dengan pendapatnya, Dr Mahathir membalas: “Adalah beliau membina jambatan itu? Tidak membina jambatan itu adalah salah, jadi jika beliau membinanya, saya akan kata beliau betul. Jambatan itu tidak pun dibina.

“Kita menjual Agusta, memberi lebih banyak AP, begitu banyak sekali sehingga kereta kini tidak boleh dijual, harga kereta diturunkan, (dan) timbulkan masalah kepada penjual kereta terpakai, semua orang rugi, kita ada dasar automatif nasional yang menimbulkan banyak masalah,” katanya.

Sebelum itu, Dr Mahathir melancarkan buku bertajuk ‘Sumbangan masyarakat Cina Malaysia’.

Sumber : Malaysiakini


AGENDA TERSEMBUNYI Umno HALANG DR MAHATHIR UNTUK RASMIKAN MESYUARAT AGUNG BAHAGIAN


BUKIT KATIL, 26 Julai - Keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang membuat keputusan bahawa Bahagian boleh menjemput Anggota MT atau Menteri sahaja untuk merasmikan mesyuarat agung bahagian merupakan strategi Umno supaya bahagian tidak menjemput Dr Mahathir merasmikan mesyuarat agung masing-masing.

Walaupun media tidak menyebut secara jelas bahawa hanya MT atau menteri sahaja yang boleh merasmikan mesyuarat tersebut, pemerhati politik berpendapat ianya adalah langkah drastik Umno untuk menghalang Dr Mahathir.

"Sebenarnya inilah salah satu langkah mereka untuk menghalang Dr Mahathir kerana sudah ada ura-ura bahagian-bahagian tertentu ingin menjemput Dr Mahathir" kata Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Hamzah Yusof di sini pagi ini.

"Pak Lah takut untuk berdepan dengan Dr Mahathir sebab itulah beliau berusaha agar Mahathir tidak ada peluang untuk berjumpa ahli-ahli Umno, namun saya berpendapat Mahathir tidak akan berdiam diri" tambah Hamzah.

Semua bahagian Umno yang akan mengadakan persidangan perwakilan bermula 3 Ogos ini boleh menjemput mana-mana anggota Majlis Tertinggi (MT) atau menteri bagi merasmikan mesyuarat masing-masing.

Anggota Exco Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pula boleh diundang merasmikan persidangan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri di peringkat bahagian, kata Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Selasa.


APA MOTIF TENTERA KITA BERLATIH BERSAMA TENTERA AMERIKA


KEMAMAN 26 Julai : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mempertikaikan keputusan kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan yang bersetuju mengadakan latihan bersama dengan Tentera Laut Amerika.

Media melaporkan bahawa Seramai 3,000 anggota tentera laut Amerika Syarikat dan Malaysia sedang menjalani latihan kesiapsiagaan bersama dalam Eksesais "Cooperation Afloat Readiness And Training (CARAT)" di perairan Laut China Selatan dan Mersing, Johor, selama 10 hari hari bermula semalam.

Ketua DPP Kawasan Hj Salamat Aman berkata, sepatutnya kerajaan Malaysia menjaga sensitiviti umat Islam Malaysian dan Dunia yang mengecam kekejaman Tentera Amerika di Afghanistan dan Iraq.

"Tentera Amerika membunuh, merogol dan menyembelih umat Islam di sana tetapi kita disini boleh mengadakan kerjasama ketenteraan pula" kata Hj Salamat lagi.

"Nampaknya kerajaan Islam Hadhari ini memang tidak berhati perut ataupun mereka ini sebenarnya kerbau yang dicucuk hidung yang takut dan menuruti setiap kata tuan mereka" tambah beliau.

Haji Salamat juga melahirkan kekesalan kerana ketika Umat Islam seluruh dunia membuat demonstrasi di kedutaan Amerika seluruh dunia (termasuk di Malaysia) membantah kekejaman Israel iaitu anak emas Amerika , tetapi pada masa yang sama tentera Malaysia boleh bersama-sama berlatih dengan tentera Amerika.

"Mana Pemuda Umno yang buat demo di Kedutaan Amerika, mengapa mereka tak tentang keputusan Bos mereka, Iman Badawi dan Najib yang benarkan askar Amerika jejak kaki ke Malaysia dan berlatih dengan askar kita" tegas Hj Salamat dengan nada marah.

Dalam kenyataan kepada media, Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais Markas Operasi Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia, Brig Jen Datuk Jusof Embong, berkata latihan secara bersepadu itu boleh menjadi satu platform kepada kedua-dua negara untuk bekerjasama lebih erat dalam bidang ketenteraan.

Beliau berkata program latihan itu melibatkan kaedah peperangan di laut dan darat, latihan menyelamat serta perhubungan komuniti dengan penduduk setempat.

"Kementerian Pertahanan amat berbesar hati menerima kunjungan kira-kira 1,500 Tentera Laut Amerika Syarikat untuk menjalani latihan di perairan Laut China Selatan dan juga di sekitar pantai Mersing" katanya semasa berucap pada majlis perasmian Latihan CARAT 2006 di Awana Kijal Resort dekat sini hari ini.

Nampaknya tidak ada langsung rasa kesal malah berbesar hati pula menerima kehadiran tentera negara laknatullah ini. Tidak adakah di dalam benak hati pemimpin Islam Hadhari dan pemimpin tentera kita ini rasa benci kepada puak-puak zalim ini. Kalau tiada inilah malangnya rakyat Malaysia yang tersalah pilih pemimpin.

INILAH ISLAM HADHARI YANG TIDAK TAHU MANA KAWAN DAN LAWAN.


OTAK ADNAN MANSOR MEMANG TAK BOLEH PAKAI





Wanita-wanita begini mungkin juga menjadi produk pelancongan yang Adnan mahukan




TAIPING 26 JULAI : Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata semalam bahawa cadangan beliau supaya waktu operasi pusat membeli-belah, pusat hiburan serta restoran dilanjutkan sehingga 5 pagi hanya membabitkan kawasan tumpuan pelancong.

Beliau berkata cadangan itu perlu dipertimbangkan pihak berkuasa tempatan Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Langkawi, yang merupakan destinasi utama para pelancong asing di negara ini.

Kepala otak menteri ini memanglah tidak boleh di pakai. Apakah beliau tidak terfikir bahawa kalau ianya di buka sampai jam 5.00 pagi bukan sahaja pelancong yang bertenggek di situ malah remaja tempatan juga akan turut sama 'qiam' dalam tempat maksiat tersebut.

Beliau berkata cadangan itu dibuat selepas mendengar rungutan para pelancong dan peniaga yang mahukan operasi perniagaan di kawasan tertentu di negara ini dilanjutkan.

Dalam kepada 'hotaknya' tiada lain yang difikirkan hanya untuk memenuhi permintaan segelintir pelancong. Itu pun belum tentu lagi samada pelancong yang datang ke Malaysia untuk berhibur di Pusat-Pusat Maksiat tersebut atau mereka datang untuk menikmati keindahan negara kita.

Sepatutnya Adnan Mansor mesti meningkatkan prasarana dan produk pelancongan lain bukannya sibuk untuk menambahkan lagi masa operasi pusat-pusat maksiat ini.

Inilah yang sebenarnya kualiti pemimpin yang 'ditarbiah' di bawah Islam Hadhari. Ketuanya pun lebih kurang saja.


BONGKAR : Unit Pemantauan Jabatan-Jabatan Kerajaan negeri tidak berfungsi


BUKIT KATIL 26 Julai : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh Unit Pemantauan Jabatan (UPJ) yang dikatakan gagal melaksanakan tugas dengan baik sehingga menimbulkan pelbagai masalah terhadap penduduk.

Setiausahanya, Khairuddin Ismail berkata, sepatutnya penubuhan unit tersebut melibatkan hampir keseluruhan jabatan mampu menyelesaikan masalah dengan baik di mana penduduk sendiri perlu membuat aduan berhubung dengan masalah yang diajukan.

"Pihak tersebut harus lebih arif dan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan jabatan-jabatan yang dikedalinya tidak menimbulkan masalah kepada orang ramai. Malah kita melihat bahawa setiap jabatan terbabit gagal melaksanakan tugas dengan lancar walaupun unit berkenaan telah ditubuhkan"jelas Khairuddin.

“Namun masalah demi masalah terus berlaku dan orang ramai sendiri terpaksa membuat pemantauan serta melaporkan sendiri kepada pihak-pihak lain seperti Japerun, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebagainya,” tambahnya lagi yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

“Sebagai contoh UPJ ditubuhkan di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Kerja Raya (JKR), Perbadanan Air Melaka (PAM), Southern Waste Managements (SWM) dan banyak lagi, namun banyak aduan lambat atau gagal dilaksanakan dengan baik,” katanya.


BONGKAR:Melaka punya 3,000 punca pencemaran


AYER KEROH, 26 Julai : Melaka mempunyai lebih kurang 3,000 punca yang berpotensi menghasilkan pencemaran kepada alam sekitar dan sehingga Jun tahun ini terdapat kira-kira 300 premis di negeri ini yang telah dikenalpasti menghasilkan buangan terjadual, kata Pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka, Abdul Hapiz Abdul Samad.

Menurutnya, melalui rekod JAS, dianggarkan 9,000 tan metrik buangan terjadual dihasilkan oleh 300 premis tersebut sehingga Jun tahun ini.

“Setakat ini, di Melaka terdapat satu premis yang telah dikenakan tindakan mahkamah berhubung perkara tersebut manakala bagi pesalah kecil, mereka dikenakan kompaun,” katanya ke tika sidang media selepas Seminar Pengurusan Buangan Terjadual di Hotel Ancasa MITC di sini hari ini.

Justeru itu, menurutnya, JAS telah menubuhkan satu Unit Khas yang dikendalikan oleh empat anggota JAS bagi memantau sisa buangan terjadual ini bagi mengelakkan ianya dibuang secara tidak betul.

Katanya, Unit Khas JAS yang baru ditubuhkan tahun ini turut melakukan pemeriksaan mengejut ke premis-premis yang dikenalpasti menghasilkan buangan terjadual.

“Pemeriksaan mengejut itu dilakukan melalui aduan dari orang ramai dan setakat ini terdapat 10 aduan yang telah diterima ,” katanya.

Jelasnya, JAS juga turut bekerjasama dengan Kualiti Alam dan pihak Kastam bagi memantau sisa toksid berjadual dalam memastikan pengurusan buangan terjadual yang cekap dan selamat supaya menjamin mutu dan kualiti alam sekitar negeri ini.

Sementara itu, Pegawai Ketua Operasi, Kualiti Alam, Abdul Rahman Kasim berkata, seminar anjuran bersama JAS dan Kualiti Alam itu bertujuan mewujudkan kesedaran, minat dan pengetahuan mengenai peranan dan tanggungjawab pengeluar buangan, kontarktor pengangkut dan pihak berkuasa.

Menurutnya, seminar itu turut menekankan penggunaan aplikasi sistem e-Consignment Note yang berfungsi bagi memasukkan maklumat nota konsainan buangan terjadual dengan menggunakan kemudahan email.

“E-Consignment Note itu menyediakan laporan pengeluaran buangan terjadual melalui web sebagai pemberitahuan awal kepada JAS jika terdapat sebarang pengeluaran buangan terjadual oleh premis,” katanya.

Jelasnya, melalui sistem itu, JAS dan Kualiti Alam hanya perlu mendapatkan laporan pengeluaran buangan terjadual dari aplikasi web e-Consignment tanpa perlu ke premis terbabit.

Adalah diharapkan kerajaan negeri dan JAS dapat mengambil tindakan yang lebih drastik demi untuk memastikan alam sekitar negeri ini sentiasa bersih dan selamat untuk kesejahteraan rakyat.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59