Sunday, 4 June 2006

TINDAKAN BARU DI AMBIL SESUDAH TRAGEDI BERLAKU.


MELAKA 4 Jun - Sudah menjadi amalan dan lumrah di Malaysia, tindakan akan di ambil oleh pihak berwajib setelah berlaku tragedi. Setelah beberapa orang mati barulah mereka sedar bahawa dakwaan dan laporan yang dibuat oleh orang ramai atau NGO mahupun parti politik itu benar. Kalau tidak mereka buat 'sadin' sahaja.

Akhbar arus perdana melaporkan bahawa belum pun reda isu tanah runtuh di Kampung Pasir, Hulu Klang, kawasan perumahan Bukit Mas yang berdekatan pula dikhuatiri berdepan masalah serupa setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaporkan meluluskan sebuah projek perumahan untuk dimajukan di kawasan cerun bukit di situ.

Tindakan pihak berkuasa tempatan itu meluluskan projek di kawasan berlereng curam yang hanya kira-kira 100 meter dari Bukit Mas menimbulkan kebimbangan penduduk terbabit.

Lebih mencemaskan, tapak cadangan blok pangsapuri tujuh tingkat dan satu blok vila bandar enam tingkat itu dikatakan akan dimajukan beberapa meter sahaja dari Kolam Tadahan Air Bukit Mas.

Kebimbangan penduduk terhadap risiko tanah runtuh itu disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Ad Hoc Penduduk Bukit Mas, Datuk Mohd. Rosli Aziz kepada pemberita di Bukit Mas di sini hari ini.

Kawasan terbabit terletak dalam tadbiran DBKL manakala kawasan Kampung Pasir yang berdekatan di bawah tadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Mohd. Rosli berkata, lebih 1,000 penghuni perumahan Bukit Mas bimbang kerana projek yang akan dibangunkan di lereng bukit itu dikhuatiri menyebabkan tanah runtuh.

Katanya, walaupun selepas beberapa surat bantahan dikemukakan oleh penduduk kepada DBKL pada 17 Mei lalu, jawapan yang diberi bunyinya `amat mudah' - mereka akan memastikan pembinaan di kawasan itu tidak membahayakan penduduk.

Menurut Mohd. Rosli, persoalan timbul sama ada DBKL tidak meneliti dahulu pelan kawasan yang akan dibangunkan termasuk mengambil kira kewujudan kolam tadahan air serta lereng bukit yang terlalu curam di situ.

Penduduk Bukit Mas, katanya lagi, amat kecewa setelah mengetahui kerja-kerja pembinaan yang dicadangkan di atas kawasan yang terletak di Mukim Setapak itu akan dimulakan Oktober ini.

``Kami sudah mengemukakan surat bantahan kepada DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan supaya projek itu dihentikan.

``Jawapan yang diberikan oleh DBKL dianggap penduduk tidak munasabah kerana ia melibatkan nyawa penduduk,'' katanya.

Mohd. Rosli berkata, kawasan perumahan Bukit Mas siap dibina sekitar tahun 1990 merangkumi 10 buah banglo dan tiga blok pangsapuri (90 unit) yang dipisahkan oleh sebatang anak sungai.

Menurut beliau, pada tahun 2001, tebing sungai itu hampir dilimpahi air menyebabkan DBKL terpaksa menguatkan bahagian tebing sungai kerana berlaku hakisan.

``Kami risau pembinaan projek itu melibatkan kerja-kerja pembersihan cerun. Keadaan akan bertambah buruk jika hujan lebat kerana air dari bukit akan mengalir deras ke sungai.

``Tiada projek pun, ia sudah melimpah, inikan pula jika pembinaan itu dimulakan kelak,'' jelasnya.

Mohd. Rosli berkata, pihaknya difahamkan kelulusan diberikan oleh DBKL sekitar awal 1990-an tetapi ditangguhkan ekoran kejadian Highland Towers pada 11 Disember 1993.

Bagaimanapun katanya, penduduk kawasan itu terkejut apabila mengetahui projek tersebut diteruskan.

Sementara itu, bekas Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Rosnah Majid yang mendiami kawasan itu sejak 15 tahun lalu berkata, projek tersebut wajar dihentikan kerana selain mengancam nyawa penduduk, ia turut mengganggu ekosistem alam semula jadi di situ.

Menurut beliau, kawasan berbukit berhampiran perumahan itu sekian lama menjadi habitat pelbagai unggas dan binatang menyebabkan ia diwartakan sebagai Taman Warisan Pertanian Selangor.

Datin Joleah Mahmood yang mendiami unit banglo di tebing anak sungai berkata, kerja-kerja pemasangan cerucuk di atas tanah bercerun akan menjejaskan struktur binaan pangsapuri dan banglo sedia ada.

Seorang jirannya, Zuriah Ahmad berkata, lantai di bahagian luar rumahnya merekah menyebabkan dia terpaksa memanggil kontraktor menutupnya.

Sehubungan itu, mereka menggesa supaya DBKL mengarahkan projek itu dihentikan sebelum pemaju memulakan kerja-kerja penebangan.

Inilah realiti yang berlaku di Malaysia. Apa yang lebih malang ialah kita takut sekiraya semua tindakan berlaku yang bercanggah dengan undang-undang ini di buat kerana adanya unsur rasuah dan penyelwengan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Jeego said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59