Thursday, 4 May 2006

TAHNIAH KEPADA SKUAD BADMINTON KITA


BUKIT KATIL Mei - Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada skuad badminton negara kerana berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir semalam walaupun terpaksa berjuang ke saat akhir.

Semangat juang seperti harus disematkan hati setiap atlit dan rakyat Malaysia jika kita ingin berjaya walau dalam apa bidang sekalipun.

Malaysia mengharungi detik mencemaskan, yang menyaksikan ketua pasukan, Wong Choon Hann dikejarkan ke hospital akibat kecederaan sebelum mara ke separuh akhir kejohanan badminton Piala Thomas hari ini.

Perjuangan Malaysia seolah-olah akan berakhir lebih-lebih lagi Korea hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk menghampakan seluruh rakyat Malaysia.

Pada saingan suku akhir di Tokyo Metropolitan Gymnasium di sini, Malaysia menundukkan Korea Selatan 3-2 dengan Muhammad Hafiz Hashim muncul wira apabila meraih mata kemenangan pasukan negara ketika kedudukan terikat 2-2.

Juara seluruh England 2003 itu menundukkan pemain muda Korea, Jang Young Soo 21-17, 21-10.

Terdahulu, juara Asia dan pemain nombor dua dunia, Lee Chong Wei memberi mata pertama Malaysia dengan mengalahkan Lee Hyun Il 21-17, 21-14 dalam perseorangan pertama.

Saat mencemaskan bermula apabila beregu nombor satu negara, yang juga pemenang emas Sukan Komanwel, Chan Chong Ming-Koo Kien Keat tewas 18-21, 22-24 kepada Jung Jae Sung-Hwang Ji Man untuk mengikat kedudukan 1-1.

Keadaan semakin cemas apabila Choong Hann memberikan mata percuma kepada Korea setelah menarik diri ketika mendahului 10-6 ke atas Park Sung Hwan pada set pertama kerana cedera dengan Korea mendahului 2-1.

Pengalaman beraksi dalam lima Piala Thomas membolehkan beregu senior, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah menumbangkan Han Sang Hoon-Lee Yong Dae 21-18, 21-9 sekali gus menjadikan kedudukan 2-2 sebelum Hafiz, menamatkan debaran dengan menumpaskan Young Soo, sekaligus menemukan Malaysia dengan Denmark pada separuh akhir, Jumaat ini.

SYABAS HAFIZ DAN RAKAN-RAKAN TERUSKAN KEMARAAN ANDA

Sumber : Utusan Meloya

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59