Wednesday, 3 May 2006

SUHAIMI PRESIDEN GPMS YANG SAH


KUALA LUMPUR 3 MEI : Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf Datuk Suhami Ibrahim sebagai Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Setiausaha Agung GPMS, Sobri Ahmad berkata, keputusan itu diumumkan oleh ROS dalam sepucuk surat yang dihantar kepada kumpulan Datuk Suhaimi pada pertengahan bulan lalu.

Sebelum itu, katanya, kumpulan Datuk Suhaimi (foto) dan Kumpulan Reezal Merican Naina Merican telah dipanggil oleh ROS untuk diberi penerangan mengenai keputusan itu.

“Dalam penerangan itu, pegawai ROS memberitahu bahawa Kumpulan Datuk Suhaimi boleh menjalankan aktiviti GPMS tanpa sebarang halangan daripada mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi oleh malaysiakini hari ini.

Kedua-dua kumpulan terbabit telah mengadakan persidangan agung tahunan berasingan pada akhir tahun lalu dan mendakwa kumpulan mereka yang berhak menerajui GPMS.

Sobri berkata, ROS juga menasihatkan kumpulan Reezal Merican dibubarkan dan tidak boleh mencampuri urusan GPMS lagi.

Persidangan tahunan

Dalam taklimat tersebut katanya, ROS mengarahkan GPMS supaya mengadakan persidangan agung tahunan dalam tempoh tiga bulan mulai I Mei lalu.

Beliau berkata, berikutan itu pihaknya akan menghantar surat kepada 159 cawangannya di seluruh negara supaya mengadakan mesyuarat secepat mungkin.

“Syarat baru cawangan GPMS ialah perlu mempunyai sekurang-kurangnya 25 ahli yang sah berbanding 10 sebelum ini,” katanya.

Sobri berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mendapatkan semula bantuan kewangan yang tertunggak sejak tahun lalu.

“Saya meminta Menteri Belia dan Sukan Datuk Azalina Othman menunaikan janjinya untuk memberikan semula bantuan kewangan yang berjumlah RM2, 000 itu kerana kemelut GPMS telah berakhir,” katanya.

Sebelum ini bantuan pentadbiran berjumlah RM1,000 setahun kepada GPMS dihentikan apabila tercetus krisis kepimpinan dalam gabungan tersebut.

SUMBER : MALAYSIAKINI

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59