Tuesday, 16 May 2006

SEPATUTNYA TAJUK BERITA DI BAWAH ADALAH ' Umno PEROSAK EKONOMI NEGARA'


Maka berkatalah TPM Najib Tun Razak bahawa Umno akan terus menjadi sendi dan teras kestabilan untuk memacu pertumbuhan ekonomi bagi memajukan negara. Kata-kata yang boleh didengar tetapi sebelum percaya kena fikir dua tiga kali.

Beliau berkata negara mengalami proses transformasi yang besar dengan kesannya dikecapi oleh semua kaum, dan Umno sebagai parti tonggak mempunyai tanggungjawab menjamin pertumbuhan ekonomi negara.

Setahu kita Umno bukan sahaja memacu ekonomi tetapi juga perosak ekonomi negara kerana pembaziran, rasuah, salah perancangan dan sebagainya di lakukan oleh pemimpin utama negara iaitu pemimpin Umno itu sendiri.

Projek yang sepatutnya bernilai RM10 juta contohnya kadang-kadang menjadi RM15-RM20 juta disebabkan amalan rasuah dan penyelewengan. Kadang-kadang bangunan yang baru dibina terpaksa di baiki dan diselenggarakan semula kerana rosak disebabkan pembinaannya tidak menepati spesifikasi kerana adanya unsur-unsur penyelewengan. Jadi banyak wang negara dibazirkan dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara.

Begitu juga pembaziran dilakukan oleh pemimpin Umno sebagai contoh kos baikpulih 'istana' PM dan TPM yang menelan belanja jutaan ringgit sedangkan rumah tersebut masih baru yakni dibina kurang dari 10 tahun.

Sektor-sektor perniagaan di monopoli oleh kroni-kroni pemimpin Umno yang kadang-kadang tidak tahu berniaga menyebabkan akhirnya peruntukan atau bantuan dibazirkan kerana gagal dijayakan. Mereka sesetengah mendapat pinjaman bank dengan mudah dan ada yang tidak berbayar.

Ekonomi orang melayu semakin meruncing dan matlamat untuk mendapatkan pegangan 30 % dalam ekonomi sebagaimana matlamat DEB hanya tinggal mimpim disiang hari.

Rizab negara semakin hari semakin susut. Rakyat pula dibebankan dengan kenaikan harga minyak, elektrik(tidak lama lagi) dan harga barangan semata-mata untuk menampung kekurangan wang kerajaan.

Siapa lagi kalau bukan Umno yang gagal merancang dan mentadbir ekonomi negara dengan baik.


"Kerajaan akan terus komited memastikan pertumbuhan tidak kurang dari enam peratus setiap tahun yang harus dicapai sehingga 2020," katanya berucap pada jamuan malam Siraman Budi anjuran Umno Bahagian Sungai Siput di sini malam ini.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata apabila negara mendapat menjana pertumbuhan yang rancak, semua pihak akan dapat mengecapi dan berkongsi nikmat itu.

Bukannya rakyat yang mendapatr nikmat itu, tetapi pemimpin seperti Najib yang kaya raya sehingga mengubahsuai rumah sehingga jutaan ringgit.

Oleh itu, adalah menjadi kepentingan semua anggota Barisan Nasional (BN) yang terdiri pelbagai kaum untuk berpendirian teguh untuk melihat Umno terus kuat dan stabil, katanya.

Beliau berkata apabila Umno teguh, disegani dan dihormati, maka semua kaum boleh bergantung kepada Umno sebagai tonggak kekuatan negara.

Terdahulu Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dalam ucapannya pada majlis itu berkata falsafah perjuangan Umno iaitu memastikan rakyat hidup rukun, damai dan mendapat keadilan sama rata serta perkongsian kuasa politik menjadi resepi kejayaan Umno sejak dulu.

Malaysia tidak akan menjadi negara maju jika sekiranya pentadbiran negara tidak mengubah cara pemerintahan dan demokrasi. Rasuah, penyelewengan, amalan kronisme dan nepotisme mesti dibasmi serta sistem demokrasi mesti dirombak untuk memberikan ruang yang luas kepada rakyat untuk menyatakan pandangan dan keterlibatan dalam apa juag dasar kerajaan.

Beliau berkata walaupun pencapaian negara di peringkat dunia boleh dibanggakan tetapi selepas 60 tahun, Umno masih mempunyai tanggungjawab berat untuk memartabatkan Melayu di dalam negara dan di peringkat global.

Katanya walaupun zaman berubah dengan pemimpin yang saling berganti sejak zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, konsep perkongsian kuasa itu terus menjadi amalan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59