Tuesday, 16 May 2006

PENGANGGURAN DI KALANGAN SISWAZAH SEMAKIN PARAH


PETALING JAYA, 16 Mei -- Pengangguran di kalanagan para siswazah semakin parah sekarang di mana ianya bukan sahaja melibatkan siswazah dalam bidang-bidang biasa malah lebih parah lagi siswazah dalam bidang perguruan juga gagal mendapat pekerjaan. Situasi ini jarang berlaku pada masa lalu.

Sudah jelas kepada kita bahawa hampir semua kementerian kerajaan Al-Badawi ini gagal ditadbir dengan baik. Kalau Kementerian Kerja Raya gagal menguruskan pelbagai projek seperti MRR2, Kementerian Rafidah dengan masalah APnya, kini tiba giliran Hishamuddin dan Tok Pa pula dilihat lemah dan gagal merancangkan kementerian mereka dengan baik sehingga ramai dikalangan guru siswazah gagal di'posting'.

Inilah akibatnya apabila orang yang diberi amanah lebih sibuk untuk mengumpulkan kekayaan sendiri. Malah menteri-menteri dalam kabinet Al-Badawi sendiri di lihat ramai yang tidak layak dan bermasalah.

Al-Badawi sebagai Ketua sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk mengatasi semua permasalahan ini. Kita melihat sebenarnya bukan sahaja menteri-menteri yang lemah dan 'tidak berdik' tetapi Al-Badawi itu sendiri sebenarnya lesu, lemah dan tidak tahu memerintah.

Semalam Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed berkata jumlah pengambilan graduan ijazah sarjana muda perguruan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diselaraskan mengikut keperluan guru.

"Ini kerana kita dapati bilangan guru yang dilatih melebihi keperluan, untuk masa hadapan kita kena kaji semula bilangan yang perlu diambil untuk kursus perguruan," katanya.

Beliau berkata beberapa siri perbincangan sudah diadakan dengan Kementerian Pelajaran berhubung masalah lebihan guru itu, yang sehingga kini mengakibatkan ramai di antara mereka yang masih menganggur.

"Kementerian Pelajaran akan menentukan bilangan pengambilan graduan ijazah sarjana muda perguruan di IPTA Julai ini," kepada pemberita selepas melawat International University College of Technology Twintech (IUCTT) di sini.

Beliau berkata sebagai langkah jangka pendek, guru yang gagal ditempatkan di mana-mana sekolah akan ditempatkan di Kolej Komuniti.

Mustapa berkata selain Institut Pendidikan Guru (IPG), kini terdapat sembilan universiti tempatan yang memberi latihan perguruan.

Sementara itu merujuk kepada IUCTT, Mustapa berkata ia merupakan sebuah universiti swasta yang perlu dijadikan contoh kerana tawaran pendidikannya yang berbeza dengan kolej swasta lain.

"IUCTT misalnya menawarkan kursus kejuteraan, arkitek, perubatan dan Optometri (mata)," katanya.

Sebagai contoh, katanya hanya Universiti Kebangsaan Malaysia yang menawarkan bidang Optometri pada masa ini dan negara kini mempunyai 500 pakar Optometri yang berkelayakan.

Katanya Malaysia memerlukan lebih banyak pakar dalam bidang itu iaitu dengan nisbah 1:10,000 orang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59