Wednesday, 31 May 2006

PEMUDA BUKIT KATIL DESAK JAIM PANTAU PLAZA MAHKOTA



Gambar Hiasan














BUKIT KATIL 31 MEI : Dewan Pemuda PAS (DPP)Kawasan Bukit Katil, menggesa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat pemantauan dengan lebih serius di kawasan Plaza Mahkota berikutan pendedahan demi pendedahan di buat samada oleh media atau orang ramai yang menyatakan bahawa maksiat dan gejala tidak sihat berlaku berleluasa di kawasan tersebut. DPP Bukit Katil juga mengharapkan PDRM supaya lebih serius dalam menangani gejala menghidu gam dan menghisap dadah yang juga berlaku di kawasan tersebut. Selain itu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) juga diharapkan tidak lepas tangan dalam soal ini.

Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman dalam kenyataannya kepada blog ini pagi ini menyatakan bahawa pihak terbabit seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih serius kerana gejala ini sudah lama berlaku di kawasan tersebut, tetapi tindakan yang tegas dan serius tidak di ambil.

"Kita mahu agensi-agensi terbabit supaya jangan hanya sibuk menyaman dan memantau Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan aktiviti-aktiviti PAS sahaja tetapi tanggungjawab sebenar mereka ialah memantau dan mencegah gejala-gejala tidak sihat ini. Ini tidak mereka lebih berminat dan serius untuk menghalang dan memantau program dan aktiviti PAS" kata Hj Salamat dengan kesal.

"Selain itu kerajaan negeri juga jangan hanya pandai bercakap sahaja. Pasukan penguatkuasa JAIM mesti di tambah dan diperkuatkan, ini kerana acapkali bila kita buat aduan JAIM kata tidak cukup anggota untuk bertindak", tambah Salamat yang juga merupakan Bendahari DPP Negeri Melaka.

Akhbar Harian Metro semalam melaporkan bahawa deretan pusat perniagaan di Plaza Mahkota di Bandaraya Melaka yang kosong sejak beberapa tahun lalu kerana tiada penyewa kini menjadi lokasi bohsia dan pelajar menghidu gam dan melakukan maksiat. Tingkat tiga deretan bangunan perniagaan itu turut dijadikan tempat tinggal sementara bagi pelajar yang melarikan diri dari rumah.

Kebanyakan bohsia dan kaki gam ini hanya ke deretan bangunan itu selepas tengah malam untuk tidur manakala pada waktu siangnya dihabiskan dengan bersiar-siar atau melepak di pusat beli belah.

Seorang daripada mereka yang ditemui di kawasan itu mengakui lokasi berkenaan adalah tempat yang selamat daripada gangguan pihak berkuasa atau pencegah maksiat.
Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, keadaan deretan bangunan itu yang banyak kosong memudahkan mereka melarikan diri atau berpindah jika dirasakan kawasan itu tidak selamat untuk didiami.

Tempat ini baik kerana berdekatan dengan pusat beli belah dan pada masa sama bebas untuk melakukan apa saja, katanya yang sering berada di kawasan itu bersama rakan terutama pada hujung minggu.

Menurutnya, dia tinggal bersama keluarga di Telok Mas, di sini, tetapi pada hujung minggu datang ke deretan bangunan itu untuk melepak bersama rakan.
“Ramai juga saya mendapat rakan baru dan kebanyakan adalah di kalangan pelajar perempuan yang lari dari rumah.Mereka ini mudah apabila tiada wang minta rakan lelaki yang baru dikenali belanja,katanya.

Bangunan itu yang dibina pada sekitar akhir 1990-an dipercayai kosong kerana tiada penyewa yang berminat walaupun kadar sewa yang ditawarkan murah.
Ini disebabkan kawasan itu bukan tumpuan ramai walaupun berdekatan dengan pusat beli belah dan pusat tumpuan pelancong.

Antara faktor menyebabkan bangunan itu kosong kerana kebanyakan perniagaan yang dijalankan kurang mendapat sambutan pelanggan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59