Tuesday, 16 May 2006

'PANGKAH LAGI BN' ITULAH AKIBATNYA


TUNGGU TIGA JAM. WAKIL RAKYAT TAK MUNCUL-MUNCUL

ALOR GAJAH 16 MEI: Penduduk di Bukit Beruang, Kuala Sungai Baru, dekat sini, kecewa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan mereka, Datuk Abdul Rahman Palit yang didakwa tidak menepati janji menghadiri lawatan ke kampung mereka kelmarin.

Lawatan berkenaan dianjurkan penduduk kawasan terbabit dan turut didakwa mendapat persetujuan Abdul Rahman bagi meninjau masalah pencemaran bau busuk dan sungai di kampung mereka berpunca daripada kawasan ternakan ayam di kawasan itu.

Lawatan berkenaan diatur jam 10 pagi, tetapi selepas menunggu lebih tiga jam, wakil rakyat itu tidak muncul.

Lebih mengecewakan wakil penduduk terbabit turut gagal menghubunginya untuk mendapat kepastian kehadirannya.

Seorang penduduk, Ko Bing Leong, 61, berkata dia menunggu wakil rakyat itu di pekan Kuala Sungai Baru sebelum jam 10 pagi selepas Abdul Rahman mengarahkannya berbuat demikian.

Katanya, dia juga turut menyediakan kenderaan pacuan empat roda seperti yang diminta Abd Rahman untuk memudahkan lawatan dibuat.

Bagaimanapun, sehingga jam 1 tengah hari, wakil rakyat itu tidak muncul.

“Saya kecewa kerana penduduk mahukan dia (Abd Rahman) hadir bagi membolehkan kami meluahkan perasaan dan masalah kami.

“Sebagai pemimpin kami mengharapkan bantuan daripadanya untuk menyelesaikan masalah kami,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ngo Teck Song, 33, mendakwa dia beberapa kali menghubungi Abdul Rahman tetapi panggilannya hanya masuk ke peti simpanan suara.

“Sepatutnya dia (Abd Rahman) memaklumkan kami mengenai kegagalannya menyertai lawatan itu,” katanya.

SUMBER : HARIAN METRO

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59