Wednesday, 24 May 2006

NAIK TERUS NAIK


KUALA LUMPUR 24 Mei - Minggu lalu rakyat disajikan dengan berita kenaikan harga ayam sebanyak dua kali. Belumpun habis rakyat tersentak dengan dengan kenaikan tersebut, minggu depan rakyat sekali lagi akan menerima berita 'gembira' dengan kenaikan tarif elektrik. Kenaikan tarif ini sudah tentu akan dituruti dengan kenaikan harga barangan keperluan kerana sudah tentu kos pembuatan barangan akan meningkat akibat kenaikan kos elektrik yang terpaksa dihadapi oleh kilang pembuatan barangan tersebut.

Siapa yang menjadi mangsa sudah tentulah rakyat. Setiap kali syarikat korporat mengalami kerugian maka rakyatlah yang menanggung bala.

Media hari ini melaporkan bahawa kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan sekurang-kurangnya 10 peratus tarif elektrik esok yang mungkin berkuatkuasa pada bulan depan.

Pengumuman itu akan dibuat dalam satu sidang akhbar khas yang akan diadakan oleh Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Mana mungkin sebarang kenaikan melibatkan tarif elektrik tidak akan membebankan rakyat. Jika inilah tanggapan pemimpin kerajaan maka sudah pastilah pemimpin tersebut adalah pemimpin yang tiada otak atau lebih disifatkan sebagai otak udang.

Antara alasan yang diberikan oleh kerajaan mengapa tarif ini dinaikkan adalah untuk memastikan TNB mampu terus berdaya maju.

Mengikut struktur tarif semasa, purata kadar bayaran bagi keseluruhan kegunaan domestik ialah 23.45 sen bagi setiap 100 kiloWat sejam (kWj) yang pertama.

Mengikut pecahannya, kegunaan 100 kWj yang pertama bagi kediaman ialah 21.8 sen, komersial 27.5 sen dan industri 21.25 sen.

TNB telah mengemukakan kenaikan tarif bagi pengguna yang bil bulanannya melebihi RM33 dan syarikat itu menjamin pengguna daripada kumpulan berpendapatan rendah iaitu 45 peratus daripada 6.2 juta pelanggannya, tidak akan terjejas.

CIMB Securities menganggarkan setiap kenaikan bersih satu peratus dalam harga tenaga akan meningkatkan perolehan sesaham TNB antara tujuh peratus hingga lapan peratus.

Pada 13 April lalu, TNB mencatatkan kerugian ekonomi sebanyak RM1 bilion apabila mengumumkan hasil kewangan bagi tempoh enam bulan berakhir 28 Februari 2006. Jadi nampaknya rakyatlah yang terpaksa menanggung kerugian TNB, bukan TNB sendiri.

Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dilapor menyatakan, syarikat utiliti itu menghadapi cabaran kenaikan perbelanjaan operasi yang melebihi pertumbuhan permintaan elektrik berikutan lonjakan harga sumber tenaga sedunia.

Katanya, keadaan itu membimbangkan kerana kedudukan kewangan TNB sehingga akhir tahun ini tidak akan dapat dipertahankan jika permintaan supaya tarif elektrik dikaji semula tidak dilayan.

Maka sudah sampailah masanya rakyat mengajar kerajaan Islam Hadhari yang memerintah sekarang supaya lebih prihatin akan masalah rakyat. Isyarat awal yang diberikan oleh rakyat Sarawak dalam Pilihanraya Negeri minggu lepas merupakan suatu langkah bijak yang wajib diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ayuh kita sama-sama berusaha untuk menjatuhkan kerajaan Islam Hadhari dalam pilihanraya umum akan datang. Mulakan langkah dari sekarang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59