Monday, 8 May 2006

MELAKA NEGERI MAJU : LONGKANG PUN TAK DAPAT NAK DIURUSKAN DENGAN BAIK


MELAKA 8 MEI : Keadaan longkang yang terletak di perkarangan Sekolah Kebangsaan Seri Duyong di Duyong dekat sini amat menjijikkan dan menjejaskan imej sebuah institusi pendidikan di kawasan berkenaan.

Tinjauan sebuah akhbar tabliod mendapati sampah tersekat di dalam longkang terbabit dan dipercayai tidak dibersihkan sejak beberapa lama berdasarkan jumlah sampah yang terkandung di dalamnya.

Tugas membersihkan sampah dalam longkang berkenaan seharusnya dipikul kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tetapi mereka tidak menjalankan tugas terbabit.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Duyong, Gan Tian Loo ketika dihubungi berkata, bagi mengatasi masalah itu buat sementara ini, beliau akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri bersama kontraktor pembersihan Southern Waste Management Sdn Bhd (SWM) membersihkan sampah di longkang berkenaan.

Katanya, longkang yang hanya bertebingkan tanah itu sebenarnya adalah milik JKR dan pihaknya juga sudah meminta pihak terbabit memberikan peruntukan bagi menaiktaraf longkang berkenaan dengan membina tebing konkrit di kawasan itu dan kawasan berdekatan untuk mengatasi banjir.

“Saya juga meminta JKKK Seri Duyong mengadakan program gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekitar bagi memastikan kesihatan murid terjamin,” katanya.

Takan longkang pun tak dapat nak diuruskan dengan baik. Tapi setahun dua lagi berangan nak jadi negeri maju.

Sumber : Harian Metro

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59