Friday, 5 May 2006

MAGHRIBI IKUT JEJAK ISLAM HADHARI LABELKAN ISLAM DENGAN SEDERHANA DAN PELAMPAU


RABAT 5 MeiKerajaan Maghribi seperti saudara mereka Al-Badawi di Malaysia mengorak langkah untuk memperkenalkan Islam sederhana di negara mereka. Islam sederhana samalah lebih kurang dengan Islam Hadhari di Malaysia yang menghalalkan judi, konsert, percampuran lelaki perempuan, tidak menutup aurat dan sebagainya. Islam sederhana dan Hadhari ini juga ingkar akan perintah Allah yang mewajibkan memerintah negara dengan Hukum Islam, mengamalkan sistem ekonomi Islam dan sebagainya.

Media hari ini melaporkan bahawa 50 orang pendakwah wanita ditauliahkan dalam usaha pihak berkuasa menyemai ajaran Islam sederhana di Maghribi yang berdepan dengan masalah pelampau.

Selain itu 150 lelaki turut lulus sebagai imam.

Pendakwah wanita atau morchidat terbabit tidak akan menjadi imam ketika sembahyang tetapi akan membantu guru agama lelaki dan dihantar ke seluruh negara bagi mengajar agama Islam, khususnya kepada golongan wanita.

Sesetengah pegawai di Maghribi menyatakan, pelantikan perempuan sebagai pendakwah merupakan eksperimen yang jarang berlaku dalam dunia Islam dan ada yang menganggap ia merupakan julung kali.

“Tugas anda... menghalang pencerobohan oleh ejen-ejen asing yang cuba merosakkan nilai dan tradisi kita,” kata Ahmed Taoufiq, Menteri Hal Ehwal Islam.

“Anda perlu komited kepada kepercayaan dan politik negara ini yang dipilih oleh rakyat. Pilihan ini meliputi dasar-dasar amir al-mukminin,” katanya sambil merujuk kepada Ketua Agama Maghribi, Raja Mohammed VI.

Latihan kepada pendakwah terbabit merupakan sebahagian daripada kempen oleh kesultanan Maghribi bagi mengawal masjid dan golongan ulama yang didakwa sebagai pelampau.

Dakwaan di atas samalah juga dengan dakwaan yang dilemparkan kepada PAS di Malaysia, Ikhwanuk Muslimin di Mesir, FIS di Algeria dan lain-lain.

Raja Mohammed VI sebelum ini berikrar tidak ada doktrin luar akan diterima di negaranya yang merupakan sekutu rapat Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun selepas serangan berani mati di Casablanca pada 16 Mei 2003, Maghribi bertindak memantau dengan lebih ketat masjid-masjid di negara, termasuk khutbah Jumaat perlu mendapat kelulusan kerajaan terlebih dahulu.

Nampaknya modus operandi dan langkah-langkah yang di ambil oleh Maghribi ini sudah jelas mengikut skrip yang sama dengan Malaysia kerana guru mereka sama iaitu Amerika.

Kumpulan pertama morchidat yang menamatkan kursus selama 12 bulan mengenai syariah, falsafah dan sejarah agama telah dilatih untuk menjalankan tugas di masjid, hospital dan sekolah dengan gaji bulanan AS$500 (RM1,850 sebulan).

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59