Wednesday, 31 May 2006

KHAIRY SEMAKIN GHAIRAH.



Khairy Jamaluddin (KJ) semakin ghairah menaikkan namanya dipersada politik tanahair dan antarabangsa. Beliau begitu licik mengatur program-program tertentu bagi melonjakkan namanya.

Dua program terbaru beliau iaitu Projek Myteam dan Persidangan Makanan Halal sedunia benar-benar digunakan oleh beliau untuk melonjakkan namanya di kalangan rakyat khususnya golongan muda di Malaysia.

Dalam politik pun beliau dilihat lebih bijak mengangkat dirinya sendiri. Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, beliau dilihat lebih ke hadapan dari Hishamuddin yang sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai Menteri Pelajaran yang sekarang teruk diserang media dalam pelbagai isu.

Dengan kekuatan beliau 'menguasai' bapa mertuanya, Imam Al-Badawi Wal Hadhari serta kekuatan Media yang semuanya dalam gengamannya maka tidak hairanlah musuh politik dalamannya sekarang ini pucat lesi.

Dua pencabarnya iaitu Hishamuddin dan Khir Toyo teruk diserang oleh media mutakhir ini. Hishamuddin hampir setiap hari dihentam oleh TV3 dengan pelbagai isu seperti isu pengangguran graduan pendidikan dan sebagainya. Khir Toyo pula tidak menang tangan untuk menepis isu-isu yang dibongkar oleh media seperti isu alam sekitar, isu tanah, isu kerajaan tempatan dan sebagainya.

Dengan cengkaman dan pengaruh beliau terhadap Imam Al Badawi dan media terutama TV3 dan Kumpulan NST maka amat senang beliau untuk mempopularkan diri sendiri.

Imam Al-Badawi sendiri tanpa segan silu memuji program-program yang dianjurkan oleh menantu kesayangannya.

Contohnya komen Imam Al Badawi bahawa "Pasukan MyTeam berjaya menunjukkan persembahan yang menarik ketika menentang Malaysia kelmarin", seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia. Komen seolah-olah menjadi inspirasi untuk Khairy untuk bekerja lebih kuat untuk mencapai cita-cita besarnya.

Kita mengingatkan kumpulan Najib-Hisham dan lain-lainnya supaya bersiap sedia untuk dipancung oleh Khairy yang bercita-cita besar untuk menjadi PM sebelum umurnya 40 tahun.

Kaki-kaki bodek pun bersiaplah kamu untuk membodek supaya tetap dipilih untuk menjadi pemimpin Umno dan kerajaan. Kalau Najib menang bodeklah Najib dan sebaliknya kalau Khairy kuat maka 'kipas' lah beliau untuk meneruskan kesinambungan perjuangan untuk membesarkan perut dan bawah perut kamu semua.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

4 Comments:

kinoz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kinoz said...

Bila berbicara biar beradap, itu juga satu tuntutan agama.. Apabila memberi aib kepada orang lain waima dari segi pertuturan atau perbuatan.. sebenarnya lebih kepada membongkar keburukan diri sendiri.. Wallahua'lam...

DEWAN PEMUDA PAS BUKITKATIL said...

Terima Kasih Kinoz atas nasihat mu, tetapi kezaliman kerajaan dan pemimpin Umno sekarang sudah sampai ke kemuncak. Apakah kita masih hendak mendiamkan diri. Rakyat di tahan dalam ISA tanpa bicara. Rakyat dipukul sampai berdarah kepala hanya kerana buat bantahan secara aman, pemimpin menggunakan kuasa mereka menguasai SPR dan agensi lain untuk mengekalkan kuasa.....Jangan kamu cenderung kepada kezaliman nanti kamu di sambar oleh api neraka......

Khairul Nizam Zainon said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59