Thursday, 4 May 2006

KES PASTI AL-KAUTHAR DIDENGAR DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN 8 MEI INI.


BUKIT KATIL 4 MEI : Pasti Negeri Melaka sekali menempa sejarah apabila salah satu Pasti di negeri itu iaitu Pasti Al-Kauthar akan dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan setelah kesnya dibicarakan di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Tinggi.

Kes ini akan didengar di Istana Keadilan(Palace of Justice), Mahkamah Persekutuan di Putra Jaya pada 8 Mei ini jam 9.00 pagi.

Pengarah Pasti Melaka, Kadir Mohd Dewa ketika ditemui selepas Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka malam tadi mengesahkan bahawa kes ini akan menentukan hala tuju Pasti Negeri Melaka dan Pusat.

Bagaimanapun Peguambela bagi kes ini, Hj Mohamad Burok ketika dihubungi melalui telefon malam tadi menjelaskan bahawa Peguam Negara akan bersidang bersama para hakim pagi ini mengenai kes-kes yang akan didengar di mahkamah besok dan salah satu kes yang akan dibincangkan ialah kes Pasti Al-Kauthar ini. Samada kes ini akan dibicarakan atau ditangguhkan bergantung kepada keputusan perbincangan tersebut.

Insya Allah Blog ini akan melaporkan perkembangan terkini mengenai kes ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59