Wednesday, 17 May 2006

KEPENTINGAN PERIBADI MENGATASI KEPENTINGAN RAKYAT


MELAKA 17 MEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sungai Baru, Datuk Abdul Rahman Palit, mendakwa dia tidak dapat menyertai lawatan yang diatur penduduk Kampung Bukit Beruang, dekat sini, kelmarin berikutan mempunyai masalah peribadi.

Maka sudah jelaslah kepada kita bahawa kepentingan peribadi lebih penting dari kepentingan rakyat. Inilah rupa sebenar wakil rakyat BN yang sentiasa mementingkan diri lebih dari kepentingan dan kebajikan rakyat. Tetapi pada setiap kali pilihanraya mereka akan menabur pelbagai janji kononnya akan berkhidmat kepada rakyat tidak mengira waktu dan tempat.

Beliau juga mendakwa masalah berkaitan bau busuk akibat tempat memproses najis ayam untuk dijadikan baja yang terletak di kampung berkenaan sudah mendapat perhatian pihak kerajaan.

Menurut Abdul Rahman, masalah itu sepatutnya tidak ditimbulkan lagi kerana pengusaha ternakan ayam komersial di kawasan berkenaan dalam proses untuk menyelesaikannya.

Katanya, dia sudah beberapa kali meninjau masalah itu dan sedia maklum mengenai pencemaran bau yang dihadapi penduduk.

Beliau mendakwa, ketika dihubungi penduduk yang mahu mengatur lawatan itu kelmarin, dia hanya memberitahu penduduk sekiranya ada kesempatan, dia akan hadir.

“Saya tidak hadir kerana mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan.

“Saya juga tidak berjanji akan menyertai mereka dan hanya menyatakan akan cuba datang sekiranya berkesempatan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Cakap berbelit-belit seperti di atas sudah menjadi amalan pemimpin Islam Hadhari.

Semalam akhbar Harian Metro melaporkan penduduk di Bukit Beruang, Kuala Sungai Baru, kecewa dengan Abdul Rahman yang didakwa tidak menepati janji untuk menghadiri lawatan ke kampung mereka.

Lawatan berkenaan dianjurkan penduduk kawasan terbabit dan turut didakwa mendapat persetujuan Abdul Rahman.

Sumber : Harian Metro

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59