Thursday, 18 May 2006

JUMLAH FAKIR MISKIN DI MELAKA TINGGI


BUKIT KATIL 18 MEI : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil melahirkan rasa terkejutnya dengan jumlah bilangan fakir miskin yang besar di negeri ini. Media hari ini melaporkan bahawa Daerah Melaka Tengah mempunyai paling ramai golongan fakir dan miskin di negeri ini selepas mencatatkan jumlah tertinggi penerima zakat.

"Bagaimana perkara ini boleh terjadi sedangkan Melaka digembar-gemburkan sebagai negeri maju dan rakyatnya didakwa hidup senang-lenang" kata Hj Selamat Aman Ketua DPP Kawasan Bukit Katil ketika di hubungi di sini pagi ini.

Hj Selamat juga melahirkan rasa kesal kerana pihak kerajaan melalui agensi-agensi yang berkaitan sepatutnya membantu golongan fakir ini supaya mereka boleh berdikari dan tidak mengharapkan bantuan zakat semata-mata. Antara langkah yang boleh dibuat ialah membimbing mereka supaya berniaga, bertani dan sebagainya dengan memberikan mereka modal dan bantuan peralatan.

"Kita sepatutnya beri mereka pancing, bukan beri mereka ikan semata-mata, ikan sekali makan dan habis, tapi kalau beri pancing mereka boleh mencari dan menangkap lebih banyak ikan" tegas Hj Salamat yang juga merupakan Bendahari DPP Negeri Melaka.

Laporan media itu menyebut bahawa 1,788 golongan fakir dan miskin adalah datangnya dari Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dengan 1,277 diikuti Jasin (1,122).

Pecahan mengikut kawasan Parlimen pula, Jasin mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 915 fakir dan miskin diikuti Masjid Tanah seramai 778 orang dan Alor Gajah (706).

Parlimen Kota Melaka pula berada pada tangga keempat dengan jumlah fakir dan miskin seramai 681 diikuti Tangga Batu (647) dan Bukit Katil (460).

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59