Tuesday, 30 May 2006

JANGAN TERJEBAK DENGAN GOLONGAN PENYERU KE NERAKA JAHANAM - US NUSURUDDIN DAUD


AYER MOLEK 30 MEI : Ketua Penerangan PAS Kelantan, YB Us Nusuruddin Daud menggesa umat Islam di Malaysia supaya tidak terjebak dan terjerumus bersama-sama dengan golongan penyeru ke arah neraka jahanam yang sekarang sedang berkuasa di dalam negara kita. Beliau berkata demikian pada majlis ceramah di Markaz PAS Bukit Lintang, dekat sini Ahad lalu.

Antara sifat golongan ialah ialah mereka membiarkan sahaja gejala murtad berleluasa di dalam negara ini. Selain golongan ini juga turut bersekongkol dengan kumpulan Artikel 11/IFC yang sedang berusaha untuk menganggu gugat kedaulatan Islam di Malaysia. Antara tuntutan golongan ini kata Us. Nusuruddin ialah mereka menggesa kerajaan supaya melonggarkan undang-undang Malaysia dengan membolehkan anak-anak orang Islam memilih agama masing-masing bila umur mereka mencapai 18 tahun.

"Hati-hatilah dengan golongan penyeru ke arah neraka jahanam ini" kata Us. Nusuruddin ketika mengupas hadith Rasulullah iaitu kisah Huzaifah Ibnu Yaman yang bertanya kepada Rasulullah beberapa soalan yang sangat penting untuk difahami oleh umat Islam masa kini.

Dalam perkembangan berlainan, Us. Nusuruddin menegaskan bahawa kerajaan Islam Kelantan Insya Allah akan dapat dipertahankan walaupun sekarang ini ianya diperintah dengan majoriti satu kerusi.

"Walaupun Umno menawarkan jutaan ringgit kepada wakil-wakil rakyat kami Insya Allah kami tidak akan menjual agama kami dengan wang ringgit yang amat rendah nilainya jika dibandingkan dengan aqidah" tegas beliau yang juga merupakan ADUN Meranti dan Timbalan Speaker DUN Kelantan.

Beliau seterusnya melahirkan keyakinan yang amat tinggi bahawa kerajaan Kelantan akan dapat dipertahankan dalam pilihanraya umum akan datang malah kita akan merampas kembali kerusi-kerusi yang dimenangi Umno sebelum ini.

Rakyat sudah dapat menilai betapa lemah dan zalimnya kerajaan Umno Islam Hadhari sekarang tegas beliau lagi.

Turut berceramah bersama beliau ialah Ketua Dewan Ulama' PAS Melaka, Us. Zulkifli Ismail.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59