Wednesday, 24 May 2006

JANGAN BIMBANG MAT SAID ANDA SUDAH PASTI TIDAK BERSALAH



MELAKA 24 Mei - Seperti yang semua orang tahu rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan nepotisme sudah tidak menjadi kesalahan di dalam Islam Hadhari. Dalilnya sehingga kini dua orang pemimpin Islam Hadhari iaitu Isa Samad dan Amid Nordin masih tidak malu untuk terus memikul amanah sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Walau sebesar mana rasuah dan kesalahan lain ianya tidak menjadi hal asalkan seseorang itu adalah penganut dan pemimpin Islam Hadhari.

Begitulah juga dengan kes Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof akan hadir memberi penjelasan kepada panel empat menteri Khamis ini berhubung kes meminta Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menutup sebelah mata terhadap import kayu balak dari Indonesia yang melanggar syarat.

Kita tidak hairan jika sekiranya Mat Said hanya diberi amaran atau mungkin diberi tunjuk sebab. Tindakan ini mungkin dilakukan sekadar untuk mengabui mata rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz berkata, pertemuan di pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya itu dijadual diadakan pada pukul 9 pagi.

Menurutnya, selain beliau dan Najib selaku pengerusi panel, pertemuan dihadiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu.

``Kita akan mengadakan perjumpaan untuk melihat perkara itu dengan ahli Parlimen Jasin, kita akan bincang dulu,'' katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Mahkamah Melaka di sini hari ini.

Mohd. Said menarik perhatian ramai apabila dikatakan meminta kastam supaya menutup sebelah mata terhadap kes rampasan kayu di Pelabuhan Kuala Linggi, Melaka baru-baru ini.

Inilah cerita hindustan yang semua orang dah tau. Pemimpin-pemimpin Islam Hahdari mempunyai imuniti khas. Mereka tidak segan silu melakukan kesalahan demi kesalahan kerana istilah rasuah tiada dalam kamus Islam Hadhari. Kalau adapun tindakan yang diambil hanyalah sekadar untuk mengabui mata rakyat.

Imam Al-Badawi wal Hadhari menggunakan istilah membasmi rasuah dan penyelewengan hanyalah semata-mata untuk menaikkan namanya tetapi hakikatnya tiada tindakan konkrit yang di ambil. Dua orang kuda tua yang penuh dnegan kontroversi masih menjadi ayam tambatan beliau di dalam kabinet Hadharinya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Shamsul Iskandar Mohd. Akin said...

KeADILan akan mengadakan Program "Sepetang Bersama Anwar" di Warung Reformasi, Ayer Molek.

Sila rujuk; shamsuliskandar.blogspot.com

semuts said...

Okay, insyaAllah aku sampai...Perhebatkan kempen! kita tentang habis-habisan...insyaAllah akan umno/bn akn tumbang...segala yangberlaku, yang membebani rakyat kini semuanya telah dirasai, tidak kira rakyat yang menyokong atau membangkang...waktu ini adalah waktu yang paling sesuai untuk membuka minda mereka yang telah lama terkunci rapat...tekanan yang terlalu kuat telah membuatkan ianya melonjak dan membuak-buak...keluarkan yang membuak lagi basi didalam minda mereka...masukkan yang baru yang lebih baik daripada yang basi itu...

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59