Monday, 8 May 2006

JADI AHLI BN/UMNO MESTI JADI 'YES MAN' WALAUPUN IANYA SESUATU YANG BATIL




MELAKA 8 Mei - Prinsip Barisan Nasional (BN)memang sudah di fahami bahawa semua perkara yang di buat oleh pemimpin atau parti adalah benar belaka, walaupun ianya jela bertentangan dengan agama dan demokrasi.

Umno/BN tidak membenarkan sama sekali Ahli Parlimennya menyokong usul pembangkang di Parlimen adalah kekal dan perlu dipatuhi semua anggota.

Itulah ingatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ekoran peletakan jawatan Pengerusi Kelab Ahli Penyokong Parlimen Barisan Nasional (BBC), Datuk Shahrir Samad yang cuba `menongkah arus' daripada prinsip itu Selasa lalu.

Kata Perdana Menteri, perkara itu adalah keputusan parti dan merupakan satu prinsip yang perlu disokong oleh semua.

Umno/BN langsung tidak mengambil kira prinsip agama atau demokrasi. Inilah yang pernah terjadi di Parlimen suatu waktu dahulu apabila undang-undang yang berkaitan dengan judi dibentangkan maka tak kira yang Islam atau bukan Islam semuanya menyokong dan ada juga yang berkecuali. Perkara yang jelas haram pun mereka sokong sebab takut kepada pemimpin parti bukan kepada Allah S.W.T.

Imam Islam Hadhari berkata pada waktu ini kita kekal dengan keputusan yang telah dibuat iaitu ahli Parlimen mesti patuh pada keputusan parti.

``Menyokong pendirian parti adalah prinsip dan ia perlu dipatuhi,'' katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita sekembalinya dari lawatan 10 hari ke Jamaica dan Amerika Syarikat.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sebelum itu beliau ditanya sama ada BN akan meminda peraturan supaya membenarkan Ahli Parlimen BN menyokong usul pembangkang di Parlimen.

Isu itu timbul berikutan peletakan jawatan Shahrir yang kecewa dengan sebilangan Ahli Parlimen yang tidak menyokong usul untuk membawa satu laporan dalam sebuah akhbar mengenai dakwaan salah laku seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Usul berkenaan dibawa oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang yang membahaskan laporan sebuah akhbar mengenai tindakan seorang Ahli Parlimen yang disifatkan melakukan kesalahan dengan menggunakan kuasa untuk menghalang Kastam menjalankan tugas.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan Shahrir akan membawa isu berkenaan ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang akan diadakan esok.

``Saya tidak akan menghalang sekiranya Datuk Shahrir ingin membawanya lagi pun perkara ini berkaitan dengan Parlimen. Tapi oleh sebab ada hubung kait dengan prinsip kita tak sokong usul pembangkang, mungkin dia nak bawa, terserah kepada dia (Shahrir).

``Tetapi keputusan (peletakan jawatan Shahrir) telah diambil oleh Najib sebagai Ketua Whip dan itu adalah satu keputusan yang tepat dengan keperluan peraturan yang diisytiharkan. Jadi semua ahli parti mesti mematuhi peraturan itu,'' katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai penubuhan jawatankuasa pilihan untuk mengkaji etika seorang Ahli Parlimen ketika berurusan dengan pegawai kerajaan, Abdullah berkata beliau melihat penubuhannya mempunyai kebaikan.

Ini kerana, katanya, jawatankuasa itu akan menetapkan peraturan yang bukan sahaja melibatkan Ahli Parlimen BN sahaja malah ia juga merangkumi pembangkang.

``Jawatankuasa itu ada kebaikannya. Kita boleh mempertimbangkannya secara halus lagi untuk melihat apakah kebaikan dan masalah yang boleh timbul dengan adanya peraturan seumpama itu,'' katanya.

Mengenai kes membabitkan Ahli Parlimen yang dilaporkan mengganggu Kastam, Abdullah berkata, perkara itu akan dibincangkan oleh parti.

Kita tidak hairan jika tiada apa-apa tindakan akan di ambil keatas ahli Parlimen tersebut kerana banyak kesalahan yang lebih besar dilakukan oleh ahli parti kerajaan pun tidak di ambil tindakan yang sewajarnya.

Sumber : Utusan Meloya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59