Friday, 19 May 2006

ISU DAFTAR PEMILIH TIDAK AKAN SELESAI SELAGI SPR DAN PEGAWAINYA TIDAK TAKUTKAN ALLAH


MELAKA 19 MEI : Badan Pemantau Pilihanraya Adil dan Bebas(Mafrel) membuat laporan polis Rabu lepas terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung dakwaan wujudnya kekeliruan berhubung tarikh pengesahan senarai pengundi yang akan digunakan dalam pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.

Pengerusi Mafrel, Abdul Malek Hussein membuat laporan tersebut di balai polis pusat Kuching. Beliau mendakwa terdapat dua tarikh yang bercanggah mengenai pengesahan senarai pengundi tersebut.

Beliau mendakwa, ini mungkin melanggar Peraturan 9 (Pendaftaran Pemilih) Pilihanraya 2002 – yang menyatakan SPR mesti memutuskan senarai pemilih yang disahkan sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk digunakan dalam pilihanraya umum’.

Katanya, undang-undang itu dengan jelas menyatakan hanya mesti ada satu senarai pengundi yang disahkan untuk digunakan para hari pembuangan undi.

“Bila ada dua tarikh yang berbeza, maka ia memberi gambaran terdapat dua senarai pemilih. Ini memerlukan satu siasatan terperinci,” kata Malek ketika ditemui.

Isu kepentingan awam

Dalam laporan polis tersebut, Malek mendakwa sejak pembubaran DUN, pihak SPR telah mengedarkan senarai pengundi yang ditandatangani Ketua Pendaftar suruhanjaya tersebut, Kamaruzaman Mohd Nor dan disahkan pada 7 Mac 2006.

Senarai tersebut telah digunakan oleh parti-parti politik untuk tujuan penamaan calon dan Mafrel turut membelinya untuk aktiviti pemantauannya.

Malek mendakwa kekeliruan itu terjadi pada 13 Mei 2006 apabila SPR mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa senarai pengundi yang disahkan pada 16 Mac 2006 dan dimuktamadkan pada 24 Mei 2004, akan digunakan pada hari pengundian nanti.

Bagaimanapun, katanya, Mafrel tidak mendapatkan penjelasan SPR mengenai perkara tersebut.

“Kami membuat laporan ini kerana ianya adalah perkara yang berkaitan dengan kepentingan awam. Saya fikir lebih baik kita menyiasat perkara ini,” katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman berkata selagi SPR dan pegawainya tidak takut kepada Allah selagi itu isu ini dan yang berkaitan dengannya tidak akan selesai. Ini kerana mereka berani menipu dan mengikut telunjuk pemerintah sebab mereka tidak merasakan bahawa kerja penipuan dan penyelewengan tidak berdosa.

Sebab itulah negara kita sekarang ini berada dalam suasana yang sungguh dahsyat dari segi rasuah, salah guna kuasa, gejala sosial, dadah, jenayah dan sebagainya kerana pemimpin dan pegawai yang ada semuanya tidak takut kepada Allah. Mereka memerintah dan mentadbir mengikut hawa nafsu masing-masing.

"Selagi perkara asas iaitu taat dan patuh kepada Allah ini tidak selesai selagi itulah isu penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya dan isu lain tidak akan selesai malah bertambah parah" tegas Hj Salamat di sini pagi ini.


Sumber : Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Karl Hiunzm said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59