Wednesday, 17 May 2006

IMAM AL-BADAWI WAL HADHARI MERUPAKAN PM PALING LEMBIK PERNAH DILAHIRKAN OLEH MALAYSIA - US NASA


UMBAI, JASIN 17 Mei : Pak Lah disifatkan sebagai Perdana Menteri paling lembik dan lemah pernah dilahirkan oleh Malaysia. Kenyataan ini dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Us Nasaruddin Mat Isa ketika berceramah di sini malam tadi.

Dalam ceramahnya Us. Nasa menjelaskan antara tindakan beliau yang jelas menunjukkan beliau seorang yang lemah dan lembik ialah keputusannya menarik balik pembinaan jambatan bengkok serta kegagalannya menangani isu gesaan IFC/Artikel 11 yang berhasrat untuk menggugat kedaulatan agama Islam.

"Kumpulan Artikel 11 ini semakin berani malah mereka mendapat sokongan dari Pemimpin Umno iaitu MT Umno, Nazri Aziz sendiri" tegas Us Nasaruddin.

"Apa yang Imam Al-Badawi Wal Hadhari buat dalam hal ini" tambah Us Nasaruddin lagi.

Dalam ceramah tersebut juga Us Nasa mengumumkan bahawa beliau telah menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada PDRM kerana ketegasan mereka memberhentikan forum yang dianjurkan oleh kumpulan Islam Liberal (IFC/Artikel 11) di Pulau Pinang baru-baru ini.

Tindakan PDRM mengarahkan program tersebut dihentikan merupakan tindakan bijak kerana program tersebut jelas menganggu sensitiviti umat Islam di mana diluar Hotel Cititel tempat Forum itu berlangsung hampir 1000 umat Islam berhimpun menggesa program itu dibatalkan.

Program seumpama itu telah diadakan sebanyak dua kali sebelum ini namun tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan Islam Hadhari.

Berhubung isu Palestin, Us Nasaruddin menjelaskan setakat ini Imam Al-Badawi Wal Hadhari ini belum lagi mengumumkan apa-apa bantuan yang akan diberi kepada Palestin, sedangkan PAS telah pun melancarkan program mengutip derma ke seluruh negara. Di mana setakat ini 3 negeri telah dijelajahi iaitu Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu. Setakat sudah lebih 3 juta telah dikutip.

"Imam Al-Badawi Wal Hadhari langsung tidak menunjukkan reaksi beliau walaupun beliau menjadi pengerusi OIC" tambah Us. Nasa lagi.

Menyentuh tentang ajaran Islam Hadhari, Us Nasa menjelaskan bahawa antara ajaran Islam Hadhari ialah Judi, Arak dan Zina adalah Halal. Ini berdasarkan kepada apa yang kita lihat dimana tempat-tempat judi bercambah diserata pelusuk negara. Arak pula dihidangkan dengan percuma didalam Syarikat Penerbangan Negara, MAS malah kilang arak terbesar di Asia iaitu Carslberg terletak di Malaysia.

Manakala Ulama' Wanita Umno, Mashitah Ibrahim pula menghalalkan ibu-ibu tunggal yang tiada pekerjaan untuk menyara anak-anak mereka dengan melacurkan diri masing-masing seperti tersiar di dalam Harian Metro sedikit masa lalu.

Turut berceramah pada malam tadi ialah Us Kamaruddin Sedik, Ketua DPP Negeri Melaka.

Ceramah yang diadakan di rumah ketua PAS Cawangan itu telah mendapat sambutan yang baik manakala pihak keselamatan juga memberikan kerjasama yang baik.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59