Wednesday, 17 May 2006

Harga ayam naik 40 sen mulai hari ini


MELAKA 17 MEI : Rakyat Malaysia yang sudah sedia terbeban dengan kenaikan barangan keperluan harian hari ini dikejutkan pula dengan kenaikan harga ayam.

Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia mengumumkan kenaikan harga ayam daging di seluruh negara sebanyak 40 sen sekilogram berkuatkuasa hari ini.

Dalam kenyataannya, persatuan itu berkata, kenaikan tersebut disebabkan oleh faktor permintaan dan bekalan semasa.

Dengan itu, harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal kini RM6.45 sekilogram berbanding RM6.05 sekilogram minggu lalu.

Manakala harga runcit ayam siang berserta kaki, kepala dan hempedal serta harga pemborong ayam siang naik 35 sen sekilogram, iaitu masing-masing RM5.75 (RM5.40) dan RM5.15 (RM4.80).

Harga di ladang ayam hidup pula naik 30 sen sekilogram iaitu RM3.80 (dulu RM3.50), harga pemborong ayam hidup RM4.30 (RM4) dan harga runcit ayam hidup RM4.80 (RM4.50).

Bagaimanapun, kata persatuan tersebut, semua harga itu masih berada di bawah harga siling seperti yang disyorkan kerajaan.

Kita tunggu apa Shafei Afdal nak kata dan apa pula komen Imam Al-Badawi Wal Hadhari.


SUMBER : MALAYSIAKINI

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59