Tuesday, 9 May 2006

DIHARAPKAN RAKYAT SARAWAK AKAN BUAT PERUBAHAN KALI INI


KUCHING 9 MEI : Penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri Sarawak kesembilan akan berlangsung pagi ini di 11 pusat penamaan calon bagi 71 kerusi DUN yang akan dipertandingkan. Pusat penamaan calon akan dibuka pada jam 9.00 pagi ini. Proses penamaan calon akan berlangsung selama 1 jam berakhir pada jam 11 pagi. Manakala waktu bantahan dibuka pada jam 10-11 pagi.

Pilihanraya kali ini menyaksi peningkatan sebanyak 9 kerusi kepada 71 kerusi semuanya berbanding Pilihnaraya Negeri kelapan yang memperuntukkan sejumlah 62 kerusi sahaja.

Pada pilihanraya kali Barisan Bersatu Sarawak yang terdiri dari Parti KeADILan Rakyat (PKR), SNAP, MDC, DAP dan PAS akan memberikan tentangan sengit kepada BN di semua kerusi. Ini kerana banyak isu tempatan dan nasional yang ujud sekarang.

Seramai 892,537 pengundi berdaftar termasuk 14,727 pengundi pos akan membuang undi kelak.

Adalah diharapkan rakyat Sarawak akan membuat pilihan tepat dengan mengajar BN yang telah berkuasa dari dahulu, lebih-lebih pemerintahan Taib Mahmud yang telah menjangkau lebih dari 20 tahun telah jelas gagal membela rakyat. Beliau dilihat lebih cenderung menggunakan kuasa beliau untuk membina kekayaan di kalangan keluarganya.

Sementara PAS sekali lagi menyahut seruan demokrasi apabila meletakkan seorang calon bertanding di DUN Beting Maro dalam Bahagian Batang Lupar. Calon PAS di DUN tersebut ialah Haji Alem Din (Gambar), 52, anak tempatan dari Kampung Ulu Beladin.

Beliau merupakan seorang pengusaha balak terkenal di kampung tersebut mula bergiat aktif dalam parti PAS sejak tahun 2001 yang lalu.

Berumah tangga dengan Seni binti Genu dan mempunyai lima orang anak serta tiga cucu dan kini menetap di Kampung Beladin.

Menurut Setiausaha pilihanraya PAS Pusat dan juga Setiausaha bersama pilihan negeri Sarawak 2006, Wan Nik Yusuf, pemilihan anak jati Sarawak itu bukan saja aktif dalam kemasyarakatan bahkan mempunyai visi yang tinggi untuk mewakili PAS dan kerusi N24, Beting Maro.

Haji Alem Din, 52,“Haji Alem menaruh harapan penuh terhadap sokongan rakyat dalam pilihan raya kali ini tambahan pula beliau dipilih sendiri oleh rakyat Sarawak bagi perbetulkan penyelewengan-penyelewangan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri tersebut,” katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sementara itu, menurut Wan Nik, walaupun PAS hanya bertanding di kerusi Beting Maro iaitu di bawah Parlimen Batang Lupar tetapi ia mempunyai peluang yang cerah kerana kawasan tersebut mempunyai majoriti 92 peratus pengundi Melayu.

“Sambutannya amat menggalakkan dari penyokong parti yang mewakili dari tiga daerah iaitu Beladin, Undai dan Pusa. Malah lima peratus kaum Iban di situ pun nampaknya suka kepada PAS,” katanya.

Ujarnya juga PAS mula menggerakkan jentera partinya untuk membantu calon di mana terdiri dari peringkat pusat dan negeri.

Malah untuk penamaan calon esok, Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali; Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa; Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Pengarah Pilihan Negeri Sarawak 2006, Ustaz Wan Rahim Wan Abdullah; Pesururuhjaya PAS Sarawak, Haji Adam Ahid dan lain-lain akan mengiringi calon ke pusat penamaan calon esok iaitu di pejabat pentadbiran daerah Pusa.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59