Friday, 5 May 2006

BALA BERIKUTNYA DATANG LAGI BULAN DEPAN


PUTRAJAYA 5 Mei - Setiap sesuatu tarif dinaikkan maka kerajaan akan memujuk rakyat dengan mengatakan bahawa ianya tidak membebankan. Tetapi hakikat sebenarnya rakyat makin susah dan terhimpit akibat bukan sahaja kerana kenaikan tarif atau harga bahanapi tetapi juga pada masa yang sama harga barangan keperluan harian juga turut melambung naik.

Semalam Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik membayangkan kadar tarif baru elektrik akan bermula bulan depan dan kenaikan itu sama dengan `harga sebungkus rokok sahaja'.

Beliau berkata, cadangan kenaikan minimum tersebut dibuat kerana kerajaan tidak mahu tarif baru elektrik membebankan golongan berpendapatan rendah.

Katanya, kertas cadangan kenaikan itu akan dibentangkan pada Kabinet dalam tempoh dua minggu lagi dengan memuatkan perincian termasuk aspek peratus kenaikan dan tarikh pelaksanaan tarif baru.

``Saya memberi jaminan kenaikan tarif baru hanya sama dengan harga sebungkus rokok sahaja (harga sebungkus rokok 20 batang RM7) sebab kerajaan tidak mahu kenaikan itu memberi kesan besar kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

``Tetapi kadar baru itu nanti fleksibel iaitu bergantung kepada penggunaan unit elektrik bagi setiap isi rumah.

``Jika mereka menggunakan kadar yang tinggi, mereka akan bayar lebih tetapi jika sesebuah rumah atau pejabat menggunakan sedikit, mereka akan dikenakan kadar yang kurang,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar Pejabat Tenaga Jimat (LEO), Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi di Auditorium Parcel E di sini hari ini.

Dengan kenaikan tarif elektrik ini sudah pasti harga barangan juga akan dinaikkan kerana kos pembuatan barangan tersebut turut naik akibat kenaikan tarif ini. Tetapi pemimpin kerajaan tetap senyum dan menyimpan seribu keyakinan kerana rakyat Malaysia akan tetap 'tidur lena' tidak akan menentang kenaikan ini. Bila tiba musim pilihanraya rakyat akan diberikan 'gula-gula' berupa janji-janji manis, wang ringgit, ugutan dan sebagainya.

Inilah Malaysiaku.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59