Thursday, 4 May 2006

BAHAYA ! MUBALIGH AGAMA LAIN CUBA PENGARUHI PESAKIT ISLAM


MELAKA 4 MEI : Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan telah mengesan kegiatan kumpulan pendakwah Kristian dan Buddha yang menyebarkan ajaran mereka, khususnya di kalangan pesakit beragama Islam, di beberapa buah hospital di Selangor.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azman Yahya berkata, kumpulan terbabit dilaporkan berselindung di sebalik kerja amal seperti memberikan bantuan makanan dan khidmat nasihat kepada pesakit.

“Bagaimanapun, motif sebenar mereka ialah untuk menyebarkan ajaran mereka kepada pesakit khususnya yang beragama Islam,” jelasnya.

Katanya, Jais memandang serius gejala tersebut tetapi tidak dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap pendakwah terbabit kerana mereka melakukannya secara halus dan rahsia.

Bagi membendung kegiatan berkenaan, katanya, Jais telah melancarkan program “Rakan Masjid” untuk mengalak pendakwah Islam melakukan kerja amal di hospital.

“Setakat ini, apa yang dapat dilakukan oleh Jais ialah mendampingi individu yang cuba dipengaruhi kumpulan berkenaan bagi memurnikan semula akidah atau pegangan mereka,”jelasnya.

Kebelakangan ini nampaknya kumpulan 'pendakwah' kristian dan agama lain semakin berani menyeru orang Islam supaya memeluk agama mereka secara terang-terangan. Faktor ini mungkin disebabkan kelonggaran dan sokongan yang diberi oleh kerajaan Islam Hadhari kepada badan-badan seperti Suruhanjaya Antara Agama (IFC), Sisters in Islam (SIS) dan seumpamanya. Mereka berselindung di sebalik kerja-kerja kebajikan dan amal juga atas nama kebebasan bersuara dan Hak Asasi Manusia.

Umat Islam mesti berhati-hati menangani isu ini. Dewan Pemuda di segenap peringkat mereka bergerak segera menangkis serangan-serangan golongan ini yang mendapat kebebasan seluas-luasnya dari kerajaan dan juga mendapat bantuan kewangan badan-badan antarabangsa.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59