Wednesday, 17 May 2006

AKIBAT ISLAM DIPINGGIRKAN. OTAK CERDIK PUN TIADA GUNA


Sehari dua ini kita sekali lagi dikejutkan dengan fakta yang sungguh mencemaskan kita semua. Sebuah akhbar arus perdana melaporkan bahawa Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Adham Baba, berkata sejak 1971 hingga awal tahun ini sebanyak 381,735 kes membabitkan khalwat dan berdua-duaan dikenakan tindakan tatatertib. Kesalahan ini merupakan kes kesalahan yang tertinggi berbanding dengan kes lain di IPTA.

Ini adalah jumlah yang dilaporkan dan kita yakin banyak lagi kes seumpama ini tidak dilaporkan ataupun di'senyap'kan untuk menjaga namabaik pihak tertentu kerana dari pengalaman kita banyak kes yang ditutup jika sekiranya ia melibatkan staff IPTA, melibatkan anak orang besar-besar ataupun ia ditutup demi untuk menjaga namabaik IPTA itu sendiri.

Maka secara puratanya 10 906 kes sedemikian berlaku setiap tahun atau hampir 30 kes setiap hari.

Dari fakta yang dinukilkan di atas jelaslah kepada kita bahawa IPTA dan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran (dulunya Pendidikan) gagal memainkan peranannya untuk mendidik insan bijak pandai ini supaya berakhlak dengan akhlaq mulia.

Kita tidak hairan mengapa perkara ini berlaku kerana pihak kerajaan dan pentadbir IPTA sendiri tidak pernah mengambil berat akan hal ini. Oleh sebab itulah tidak menjadi kesalahan bagi siswa-siswi berdua-dua dimana sahaja. Membonceng dan menaiki kereta bersama pun dibenarkan.

Program-program maksiat seperi Konsert, Nyanyian, Pergaulan bebas siswa-siswi digalakkan. Malah program-program keagamaan seperti usrah, ceramah, forum dan sebagainya seringkali dibatalkan atas alasan penceramah tidak sesuai. Kuliah agama selepas maghrib di surau-surau juga dihalang. Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam dan seumpamanya di tekan dan dihalang dari menjalankan aktiviti secara bebas. Semua aktiviti di pantau dan diperhatikan.

Pentadbir lebih suka program-program amal makhruf di tiadakan manakala program mungkar diperbanyakkan. Maka hasil boleh dilihat iaitu kes khalwat dan berdua-duaan berleluasa berlaku.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59