Wednesday, 12 April 2006

Umno YANG AJAR RAKYAT PERLEKEH BAHASA MELAYU, JANGAN NAK TUDING JARI PADA PIHAK LAIN


MELAKA 12 APRIL : Sebahagian papan tanda premis perniagaan di sekitar beberapa kawasan perumahan di Johor didapati memperlekeh penggunaan bahasa kebangsaan dari segi penulisan termasuk mempamerkan ejaan salah seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar hari ini.

Akhbar tersebut menyebut bahawa di beberapa kawasan termasuk di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram dan Taman Ungku Tun Aminah, di Johor Bharu, dilihat bahawa penggunaan bahasa kebangsaan khususnya pada papan tanda dan poster masih kurang memuaskan.

Papan tanda perniagaan kebanyakan kepunyaan syarikat swasta itu seolah-olah tidak menghormati langsung bahasa kebangsaan termasuk penggunaan ayat dengan betul.

Suasana berkenaan mungkin ekoran ada antara mereka menganggap penggunaan bahasa kurang tepat bukan menjadi kesalahan berat atau syarat utama dalam perniagaan.

Berdasarkan penelitian akhbar tersebut, kesalahan penggunaan bahasa kebangsaan juga meliputi ejaan dan nahu termasuk ayat yang digunakan agak ganjil.

“Contoh kesalahan ejaan paling kerap ditemui termasuk `kelinik’, `restoren’ dan ‘nyayian’. Sepatutnya kata nama itu dieja sebagai `klinik’, `restoran’ dan nyanyian.

“Sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menghiraukan imej papan tanda di premis niaga memberi kesempatan kepada sesetengah peniaga termasuk ada yang enggan mengambil inisiatif memperbaiki kesalahan itu.

“Jika dibiarkan berterusan, ia bertambah buruk. Apatah lagi perniagaan mereka tidak terjejas langsung walaupun mempamerkan papan tanda kurang sesuai sejak awalnya, “ kata seorang penduduk kepada wartawan akhbar itu.

Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia kena ingat bahawa kerajaan Umno/BN lah yang sebenarnya mengajar rakyat dan kerajaan tempatan supaya memencilkan Bahasa Melayu apabila menukarkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dari diajar dalam Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.

Inilah 'jenayah' terbesar yang sepatutnya di sedari oleh rakyat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59