Friday, 14 April 2006

TUN MAHATHIR IKTIRAF PEMBANGKANG BUKAN MACAM PEMIMPIN Umno HARI INI YANG DISKRIMINASIKAN PEMBANGKANG


KUALA LUMPUR 14 April - Peranan parti pembangkang dalam sistem demokrasi sangat penting kerana mereka dapat bertindak bagi `memeriksa' kerajaan dalam tindakan-tindakannya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembangkang boleh menjadi `cermin' kepada kerajaan bagi menilai sama ada tindakan kerajaan itu memberi manfaat atau keburukan kepada rakyat dan negara.

``Kalau parti pembangkang itu banyak, lagi bagus kerana ia dapat memberi kesan yang lebih baik kepada kerajaan bagi menilai keputusan dan tindakan yang dibuatnya,'' katanya.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan bertajuk Krisis Kepimpinan dan Teknik-Teknik Komunikasi Strategik pada Forum Krisis dan Risiko: Pendekatan Hadhari, Penjelasan dan Relevannya kepada Cabaran-Cabaran Global Kontemporari, di sini hari ini.

Forum sehari itu dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Dr. Mahathir berkata, pembangkang juga akan memastikan kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa, memperalatkan penyokongnya serta memastikan kerajaan tidak `menjual' negara ini kepada pihak luar.

Beliau turut menggariskan ciri-ciri tertentu bagi membentuk kepimpinan yang berkesan iaitu pemimpin mesti berani membuat keputusan dengan mengambil kira kepentingan penyokong dan penentang.

Katanya, apabila berlaku sesuatu masalah, keputusan harus dibuat dengan cepat.

``Pemimpin harus mampu mengawal penyokong-penyokongnya dan berdoa supaya keputusan itu diberkati Allah,'' ujarnya .

Menurutnya, apabila seseorang pemimpin itu gagal menerapkan ciri-ciri tersebut, maka akan berlaku krisis kepimpinan.

Dr. Mahathir berkata, apabila berlaku krisis kepimpinan, seseorang pemimpin boleh kehilangan kuasanya jika mereka tidak mampu menanganinya dengan betul.

Beliau juga menekankan pentingnya kepimpinan mengamalkan pendekatan komunikasi strategik bagi memastikan semua keputusan kerajaan dilaksanakan dengan berkesan.

``Saya telah memperkenalkan sistem itu bagi memastikan keputusan Kabinet dapat sampai kepada kakitangan awam dengan jelas bagi memudahkan mereka melaksanakannya,'' kata beliau.

Sumber : Utusan Meloya

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

semuts said...

Mengapa mahathir berkata begitu?

Abdullah Badawi adalah musuhnya.

Memuji pembangkang adalah satu taktik bagi mengkritik pimpinan abdullah badawi.

Dasar mahathir yang tidak pernah memuji pembangkang semasa beliau menjadi pm adalah satu bukti bahawa pujian itu adalah hanya satu kritikan terhadap abdullah yang tidak disukainya dan bukannya ikhlas dari hati yang bersih.

SIAPA TAK KENAL MAHATHIR?

Rockerz said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kaya dengan cepat. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59