Monday, 3 April 2006

SYABAS AHLI DEMO !!! TERUSKAN USAHA ANDA JANGAN UNDUR KEBELAKANG


BUKIT KATIL, 3 April - Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan syabas kepada rakyat Malaysia yang sanggup meneruskan demonstrasi walaupun berdepan dengan risiko ditangkap dan dibelasah oleh Polis. Rakyat Malaysia yang masih lesu dan takut sepatutnya menuruti golongan yang berani ini, agar bantahan ini akan memberikan kesan.

"Jangan kita merasa senang dan selesa dengan keadaan sekarang kerana kerajaan Islam Hadhari ini akan lebih berani menekan rakyat jika sekiranya kita duduk diam dan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap isu ini", tegas Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman di sini pagi ini.

"Kita berasa sedih dengan sebahagian besar rakyat yang masih setia dan patuh kepada apa juga tindakan kerajaan Islam Hadhari ini walaupun ianya jelas menjejaskan kehidupan kita semua" tambah Hj Salamat lagi.

"DPP Kawasan mengucapkan syabas kepada semua rakyat Malaysia yang berani menyatakan bantahan mereka dalam isu ini, kita akan sentiasa berada di belakang mereka" kata Hj Salamat lagi.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa PAS dan parti politik pembangkang serta NGO akan terus mengadakan demonstrsasi mega di seluruh negara bagi membantah kenaikan bahan api baru-baru ini dan menolak sama sekali tuduhan bahawa mereka adalah penderhaka.

Berdahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dalam ceramahnya dekat sini berkata, "Kami bukan penderhaka tetapi adalah wira bangsa dalam sebuah negara demokrasi bagi membela kepentingan rakyat terbanyak."

Beliau menolak kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkan mereka yang berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak sebagai penderhaka.

"Kami menentang langkah yang menyebatkan kehidupan sebilangan besar rakyat terhimpit akibat kenaikan harga minyak ini," kata Dr Hatta di Balai Kuliah Batu 6, Changkat Jering malam semalam.

Beliau menolak andaian beberapa pihak kononnya kenaikan harga minyak hanya menekan golongan kaya kerana mereka yang memakai kereta dan sebagainya.

"Orang-orang miskinlah yang paling banyak terhimpit kerana kenaikan 30 sen seliter ini amat besar kepada mereka yang menggunakan motosikal dan menggunakan motorbot untuk menangkap ikan di laut.

"Nilai RM1 kepada orang miskin amat besar seumpama nilai RM1000 kepada orang kaya macam mereka," kata Dr Hatta yang berjanji akan terus "Protes Sampai Turun" samada harga minyak atau Perdana Menteri yang turun.

"Orang-orang kaya tidak terasa apa-apa kerana mereka banyak wang, RM1,000 itu hanya seperti nilai RM1.00 sahaja. Tetapi bagi mereka berpendapatan rendah dan miskin nilai RM1.00 adalah sangat berharga seperti RM1,000,"ujarnya.

Beliau berjanji akan terus menganjurkan demostrasi bagi membantah kenaikan inin dengan demonstrasi mega walaupun telah ditangkap bersama dua anak-anaknya baru-baru ini.

Dr Hatta dan dua anak gadisnya ditahan kira-kira lima jam di penjara Pudu minggu lalu selepas ditangkap kerana menyertai demonstrasi di perkarangan KLCC anjuran MTUC. 19 yang lain turun ditangkap bersama beliau dan anak-anak.

"Saya harap semua orang akan turun demo dengan aman. Jangan buat gila-gila bila berdemo. Biarlah kerajaan saja yang gila kuasa," kata beliau.


Beliau turut mengingatkan anggota polis langkah membantah kenaikan harga minyak ini untuk kebaikan mereka juga kerana ia memberi kesan kepada semua pihak.

"Kerajaan bukan jaga kepentingan anggota polis pun. Lihatlah dengan cadangan pelbagai suruhanjaya itu. Jadi berilah kerjasama kepada kami," kata Dr Hatta

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

semuts said...

SYABAS KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT. SAYA HARAP PROGRAM PROTES SAMPAI TURUN INI TIDAK AKAN BERHENTI. MELAKA BILA LAGI? TERUSKAN EDAR RISALAH. tAHNIAH KEPADA PAS BUKIT BERUANG DENGAN MENGGANTUNG BANNER MENGENAI KENAIKAN HARGA MINYAK.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59