Wednesday, 12 April 2006

SABAN TAHUN BERHIMPUN DAN BERARAK TETAPI AJARAN ALLAH DAN RASULULLAH DIKETEPIKAN


MELAKA 12 April - Kerajaan Malaysia saban tahun menyambut Maulidur Rasul dengan berhimpun dan berarak tanpa jemu-jemu. Namun ajaran Islam semakin lama semakin diketepikan.

Sambutan tahun ini bertemakan Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah turut dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta menteri-menteri Kabinet.

Umat Islam hanya mampu keluar dari kongkongan kejahilan, kemunduran, kelemahan, kehancuran dan kemiskinan melalui bekalan ilmu dalam diri mereka, titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Seri Paduka bertitah, ilmu akan membawa perubahan, kejayaan dan kemajuan selain keselesaan serta kesejahteraan rohani dan jasmani.

``Contoh terbaik perlu dijadikan iktibar umat Islam ialah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menghapuskan keruntuhan moral dan kerosakan akidah di kalangan masyarakat Arab Jahiliah,'' titah Seri Paduka ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Stadium Negara, di sini hari ini.

Seri Paduka bertitah, pelaksanaan Rasulullah s.a.w. terhadap kerangka pembangunan kemanusiaan yang memberi penekanan terhadap nilai-nilai keilmuan bagi memperkasakan modal insan berjaya melahirkan insan yang celik ilmu pengetahuan sehingga mampu menjana kecemerlangan masa hadapan Islam.

``Semua ini mampu kita laksanakan sekiranya kepentingan terhadap budaya ilmu yang menjadi tuntutan Islam diletakkan sebagai agenda utama dalam segenap aspek kehidupan umat Islam.

``Amat rugi dan menyedihkan, jika kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. gagal mencernakan segala amanat dan peninggalan baginda dalam kehidupan di abad ini yang sangat menuntut umatnya berlumba, berdaya saing bagi membina kemajuan dan peradaban,'' titah Seri Paduka.

Titah Baginda saban tahun yang mahukan kerajaan Umno/BN kembali mencontohi Rasulullah dalam segenap perkara seolah-olah diabaikan oleh PM dan kerajaan Umno/BN. Kita melihat perundangan yang dipakai masih lagi bukan undang-undang Islam. Keruntuhan akhlaq semakin menjadi-jadi. Bilangan penagih dadah kian bertambah. jenayah semakin parah. Rasuah bukannya berkurang malah semakin membarah. Rakyat semakin susah kerana kenaikan harga minyak dan barangan.

Namun yang peliknya kerajaan Umno/BN masih degil tidak mahu mengambil Islam yang dibawa oleh Rasulullah sebagai panduan dan undang-undang negara. Mereka masih percaya kepada undang-undang ciptaan manusia walaupun ianya jelas gagal menangani permasalahan negara, sosial dan ekonomi yang dihadapi sejak sekian lama.


Bilakah agaknya kerajaan Islam Hadhari yang memerintah pada hari ini akan insaf dan kembali mentaati Allah dan Rasul S.A.W?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59