Monday, 3 April 2006

Remaja Islam berpesta arak : Inilah produk sistem pendidikan Islam Hadhari


LANGKAWI 3 April : Ramai remaja Islam berusia antara 16 hingga 20-an dikesan tanpa segan silu membeli arak di pasar mini dan kedai cenderamata dan minum di sekitar Pantai Cenang, di sini.

Minuman itu dijual murah antara RM1.80 hingga RM2 setin di pasar mini berbanding minuman keras yang dijual di tanah besar ialah RM5.50 setin.

Selain itu, arak yang dijual dalam botol pula boleh diperoleh dengan harga serendah RM7 hingga RM110 sebotol bergantung pada jenama berbanding RM45 hingga RM150 harga bagi jenis sama di tanah besar.

Kerajaan Islam Hadhari negeri Kedah langsung tidak ambil peduli akan hal ini walaupun isu ini telah berlarutan bertahun-tahun lamanya. Malah PAS telah lama menyuarakan masalah ini samada dalam ceramah ataupun Harakah.

Nampaknya kerajaan Islam Hadhari Kedah lebih mementingkan keuntungan daripada menjaga maruah dan kedaulatan orang Islam. Sepatutnya kerajaan negeri yang mempunyai kuasa melalui kerajaan tempatan mestilah mengambil tindakan sewajarnya untuk membendung masalah ini.


Malah, semua remaja lelaki itu didapati membeli minuman keras dalam kuantiti yang banyak dipercayai untuk mengadakan `pesta arak’ di sekitar kawasan pantai di pulau peranginan berkenaan.

Tinjauan Harian Metro mendapati banyak tin minuman keras dibuang di sekitar pantai.

Pegawai Penyiasat Agama Langkawi, Abdul Halim Adam, berkata pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sering mengadakan pemantauan dan serbuan di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi `port’.

Beliau berkata, mereka memilih kawasan sekitar Pantai Cenang, Pantai Tengah dan Pantai Hitam untuk minum minuman keras bagi mengelak dikesan memandangkan kawasan itu sering menjadi tumpuan `Mat Salleh’.

Menurutnya, pihaknya menahan lima lelaki Islam kerana disyaki minum minuman keras di khalayak ramai dalam serbuan di beberapa kelab malam dan disko di Pantai Cenang, di sini, Jumaat lalu.

“Dalam serbuan itu, lima lelaki terbabit yang berusia 40-an ditahan ketika sedang minum di sebuah disko yang dikunjungi ramai bukan Islam, kira-kira jam 12.30 tengah malam,” katanya.

Perkara yang lebih penting dari pemantaun dan penangkapan ini ialah menutup premis yang perniagaan yang sewenang-wenangnya menjual arak kepada remaja Islam.Kalau setakat tangkap dan denda ianya langsung tidak memberi kesan nampaknya. Sumber : Harian Metro

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

semuts said...

Pesta Arak, Pesta Seks dan Pesta Judi...Semuanya adalah hasil daripada Islam Had Hari...Ada Had ada Hari....Hari ini Islam, Esok Wallahualam...asalkan dapat menghalalkan apa yang haram, mengharamkan apa yang halal untuk kepentingan mereka.

Anonymous said...

Tak kan budak Melayu islam tak pandai jaga sendiri hingga kena pantau selalu....ada yang tak kena kot kat ajaran-ajaran yang dimegahkan...bukan setakat yang muda...yang tua pun 2X5....MEMANG BOLEH! Bukan HADHARI punya pasal, nak tuduh jangan salahkan tuhan . Agama ajar , jangan sebarang tuduh..DOSA.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59