Thursday, 6 April 2006

RAKYAT SENGSARA AKIBAT KENAIKAN MINYAK TIDAK MEREKA ENDAHKAN, ISU PAKAIAN PULA DIBESAR-BESARKAN


KUALA LUMPUR, 6 April - Harakahdaily melaporkan bahawa pakaian yang dikenakan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Seri Dr Rais Yatim, di sesi parlimen hari ini, menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli parlimen.

Tetapi isu besar yang sepatutnya diperjuangkan oleh ahli parlimen BN tidak diendahkan mereka. Ahli-ahli parlimen BN ini adalah ahli parlimen 'yes man' yang hanya mengikut telunjuk ketua mereka akibat takut dicantas dan di'petisejuk'kan.

Ia bermula apabila Dato' Shahrir Samad (BN-Johor Bahru) bangkit mengemukakan peraturan mesyuarat yang menetapkan setiap ahli parlimen perlu mengenakan tali leher atau sut baju Melayu bersampin.

Rais, yang memakai 'long suit', tetapi tidak mengenakan tali leher, memberi penjelasan bahawa pakaian yang dipakainya merupakan pakaian alternatif yang diluluskan Kabinet sejak Februari lalu serta telah mengemukakan surat permohonan kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib agar dikecualikan.

Sejurus Rais memberikan penjelasan, Shahrir kembali bangun mempertikaikannya dengan mengatakan sepatutnya keputusan itu dikeluarkan secara rasmi di Dewan Rakyat dan boleh digunapakai selepas itu.

"Memang kabinet memutuskan untuk membenarkan pakaian tersebut, tapi bukan semua di sini ahli kabinet. Lebih wajar jika ia dilaksanakan (dipakai) setelah surat rasmi dikeluarkan oleh Dewan Rakyat yang mulia ini," tegas beliau.

Kata-kata Shahrir itu kemudiannya mendapat sokongan daripada Dato' Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong).

"Saya hormati keputusan kabinet, saya juga hormat keputusan kerajaan, saya hormat keputusan Tan Sri Yang DiPertua membenarkan menteri memakai pakaian ini, tetapi apa saja keputusan kerajaan dalam isu ini perlu diluluskan di dewan ini sebelum digunapakai," tegas beliau.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) turut menyokong penegasan Shahrir dan Junaidi dengan mengatakan bahawa peraturan itu sangat jelas dan perlu dihormati semua ahli parlimen.

"Ia bukan kerana pakai pakaian alternatif atau pakaian apapun, tetapi supaya peraturan mesyuarat terus menjadi peraturan dalam dewan ini, dan pakaian ini hanya boleh dipakai setelah peraturan mesyuarat dipinda. Jika tidak peraturan mesyuarat ini akan diketepikan begitu sahaja," tegas Kit Siang.

Bagi menjernihkan suasana, Ramli segera menyatakan bahawa proses pengeluaran surat rasmi itu dalam proses dan perlu melalui beberapa prosedur sebelum dikeluarkan di Parlimen.

Beliau juga memberi pengecualian kepada Rais untuk memakai pakaian tersebut pada hari ini.

Inilah nasib rakyat Malaysia yang telah tersilap memilih ahli parlimen. Akhirnya kepentingan rakyat diketepikan.

Mereka hanya mementingkan kedudukan mereka sahaja tanpa memikirkan kesengsaraan rakyat.

Sumber : Harakahdaily

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Rockerz said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59