Thursday, 6 April 2006

PEMIMPIN ISLAM HADHARI MEMANG MUKA TAK MALU


MELAKA 6 April - Sudah menjadi amalan biasa di dalam negara Islam Hadhari ini bahawa pemimpin-pemimpinnya tidak mempunyai maruah dan harga diri. Walau apapun perkara yang terjadi mereka tidak akan meletakkan jawatan kerana merasakan untuk menjawat sesuatu jawatan tidak perlu mempunyai maruah yang baik.

Inilah yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin Islam Hadhari seperti Isa Samad, Amid Nordin dan lain-lain.

Semalam media melaporkan bahawa seorang lagi pemimpin Islam Hadhari Selangor tercalar maruahnya.

Tetapi hari ini media melaporkan bahawa Rahman Palil berkata``Saya sudah jelaskan segala-galanya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini.

``Perkara ini tidak menjejaskan kedudukan saya sebagai Exco negeri dan saya melalui peguam akan ketepikan perintah itu,'' kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Abd. Rahman Palil berhubung notis kebankrapan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, 8 Mac lalu.

Sambil menyifatkan perkara itu satu salah faham, beliau menjelaskan, urus niaga berkenaan berlaku semasa beliau belum memegang jawatan Exco dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Sehubungan itu, katanya, ia tidak membabitkan kedudukannya sebagai Exco kerajaan negeri Selangor dan tambahan pula ia hanya merupakan notis kebankrapan dan bukan perisytiharan kebankrapan.

``Saya boleh berniaga ketika itu. Selepas dilantik menjadi Exco, saya mengisytiharkan harta saya,'' tegasnya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Abd. Rahman berkata demikian ketika mengulas mengenai notis kebankrapan dikeluarkan oleh mahkamah berkenaan berhubung pembayaran wang RM311,295.35 kepada seorang bekas pengarah syarikat perkhidmatan pencucian dan pembersihan, Agmal Development Sdn. Bhd. (Agmal).

Bekas pengarah itu, Zarinah Abu Bakar memperoleh penghakiman ingkar daripada Mahkamah Tinggi di sini terhadap Abd. Rahman pada 20 Februari lalu selepas tiada pernyataan pembelaan difailkan oleh Abd. Rahman yang dinyatakan defendan dalam saman Zarinah pada 21 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, Abd. Rahman berkata, beliau tetap mahu kes itu diadili di mahkamah.

``Perkara ini melibatkan banyak soal teknikal. Biarlah saya tunggu keputusan mahkamah dulu,'' katanya.

Sementara itu, Mohamad Khir selepas mesyuarat Exco mengesahkan Abd. Rahman telah memberi penjelasan kepadanya mengenai perkara itu pagi ini bersama peguamnya.

``Saya tidak melihat apa-apa masalah dalam perkara ini. Ini baru notis, bukan perisytiharan bankrap atau sudah bankrap terus. Ia tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Exco dan saya hanya nasihatkan beliau agar terus bekerja,'' katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59