Monday, 3 April 2006

MB NEGERI SEMBILAN MENGELUH, 'NAK CARI KETUA KAMPUNG PUN SUSAH', PENYELESAIANNYA MUDAH SAJA , LANTIK SAHAJA ORANG PAS


SEREMBAN 3 APR: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengeluh kerana susah hendak mencari calon yang sesuai untuk menjawat jawatan Ketua Kampung, atau kalau di Melaka di panggil Tok Sidang. Agaknya orang-orang Umno di Negeri Sembilan semuanya tidak cerdik sebab ramai dikalangan mereka tidak layak untuk jadi Ketua Kampung.

Media melaporkan bahawa beliau mahu usaha segera dirangka untuk menangani masalah kepemimpinan pada peringkat akar umbi bagi membolehkan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan penuh berkesan dan mencapai sasaran.

Beliau berkata, masalah kekurangan kepemimpinan berkaliber peringkat itu membabitkan pelbagai bidang, termasuk kemasyarakatan serta kegiatan seperti sukan dan aktiviti sosial.

Mohamad memberi contoh kesukaran yang dihadapi kerajaan negeri ketika mahu mencari calon yang benar-benar sesuai untuk dilantik sebagai pemimpin masyarakat.

"Nak cari ketua kampung pun susah sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan peralatan sukan dan pelancaran liga sukan komuniti peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) 2006, di Hotel Royal Adelphi, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Jamlus Aziz; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Abdullah Sani Abd Hamid dan Pengarah Belia dan Sukan negeri, Mohd Saleh Ghazalli.

Menteri Besar berkata, masalah itu turut membabitkan bidang lain seperti kesukaran mencari pemimpin persatuan yang antara punca utamanya disebabkan penghijrahan penduduk dari kampung ke bandar.

"Contohnya, kita kurang pemimpin dan jurulatih berkelayakan untuk menerajui persatuan sukan peringkat mukim dan kampung. Ini akan menyebabkan kemudahan yang kita sediakan di kampung tidak digunakan dan membazir," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad meminta semua pihak berkaitan bekerjasama dan mencari saluran terbaik untuk mengatasi masalah itu seperti menganjurkan latihan kepemimpinan dari semasa ke semasa.

Semua orang tahu bahawa masalah ini bukan hanya berlaku di Negeri Sembilan sahaja malah seluruh negara. Antara sebab berlakunya masalah ini ialah pihak kerajaan negeri yang ditadbir oleh Islam Hadhari mensyaratkan bahawa semua ketua kampung, JKKK, Jawatankuasa Masjid mestilah di lantik dikalangan orang Umno walaupun mereka itu tidak berkemampuan. Ada kes di mana JKKK pun tidak tahu membaca manakala AJK Masjid pula kaki judi dan tidak pernah pergi masjid.

Inilah mentaliti Islam Hadhari yang hanya mementingkan kroni dan suku-sakat mereka. Amalan demokrasi bukan sahaja di nodai diperingkat tinggi malah di kampung-kampung pun amalan demokrasi sudah lama berkubur. Perlantikan ketua kampung, JKKK dan AJK masjid langsung tidak mengambil kira pandangan penduduk kampung. Mesyuarat Agung Masjid hanya dibuat untuk memenuhi syarat sahaja, manakala AJKnya sudah dilantik oleh wakil rakyat atau Umno.

Inilah antara sebab mengapa masjid dan kampung itu sendiri tidak maju kerana ianya di tadbir oleh orang yang kurang cerdik dan lemah. Orang yang berkeupayaan tidak dilantik kerana tidak sealiran dengan Islam Hadhari yang sudah jelas sesat dan menyesatkan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59