Wednesday, 19 April 2006

MASIH ADA RAKYAT DALAM NEGERI ISLAM HADHARI YANG TIADA RUMAH.


ALOR STAR 19 APR : Masih ada rakyat dalam negeri Islam Hadhari iaitu Kedah yang tidak mempunyai rumah. Jadi laungan mereka bahawa Kedah maju, rakyatnya hidup senang lenang hanyalah omongan kosong sahaja. Selama ini mereka melaungkan bahawa Kedah akan menjadi negeri maju pada 2010.

Media hari ini menyiarkan berita bahawa nasib seorang warga emas ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila rumahnya terbakar, empat bulan selepas kematian suaminya sehingga memaksa dia dan dua cucu tinggal di bekas kandang lembu.

Che Su Jusoh, 68, dari Kampung Pematang Pinang, Kuala Kedah, dekat sini, juga terpaksa menguruskan dua cucunya, Mohd Adam Suhairi Mohd Zukri, 11, dan adiknya Siti Norfatehah, 5, selepas ibu bapa mereka berpisah.

“Kalau boleh saya tidak mahu cucu saya diambil orang lain. Walaupun hidup susah biarlah saya menjaga mereka walau apa pun terjadi,” katanya.

Che Su berkata, selain menjadi nenek dia juga berperanan sebagai ibu dan bapa kepada kedua-dua cucunya itu apatah lagi Mohd Adam Suhairi bersekolah di Sekolah Kebangsan Telok Kechai.

“Biar susah mana sekalipun mak cik akan berusaha bersungguh-sungguh bagi menyekolahkan kedua-dua cucu walau terpaksa bekerja dalam usia yang tua ini.

“Kalau boleh biarlah mereka bersekolah seperti kawan-kawan mereka di kampung ini dan berjaya walaupun mungkin mak cik tidak dapat melihat kejayaan mereka ,” katanya.

Katanya, kini dia terpaksa bekerja sebagai pengupas jagung yang dihantar ke rumah oleh sebuah kilang untuk dijadikan makanan segera.

“Oleh kerana usia sudah tua, mak cik hanya mampu mengupas dengan pendapatan RM100 sebulan dan duit itulah digunakan untuk perbelanjaan kami,” katanya yang mengalami rabun dekat selepas kebakaran rumahnya.

Che Su berkata, akibat pendapatannya yang terhad kadang kala Mohd Adam Suhairi tidak dapat ke sekolah kerana tiada wang untuk belanja malah kini terpaksa pergi ke sekolah sejauh lima kilometer dari rumahnya dengan berbasikal.

“Pernah kami sekeluarga tidak menjamah nasi selama tiga hari dan terpaksa makan roti dan biskut malah terpaksa meminta makanan jiran untuk cucu mak cik makan malam,” katanya.

Selepas kebakaran itu, kini Che Su serta cucunya terpaksa tinggal di bekas kandang lembu dan berlantaikan tanah serta tidur di atas sebuah pangkin.

“Mak cik tidak mampu membina rumah baru. Untuk makan pun tidak cukup. Mak cik berterima kasih kepada orang kampung kerana membina sebuah pangkin kerana pangkin itulah saja tempat kami tidur, makan dan sembahyang,” katanya.

Katanya lagi, pada waktu malam cucunya terpaksa membaca buku diterangi lampu minyak tanah kerana tidak mampu mendapatkan bekalan elektrik.

“Apa yang menakutkan kami sekeluarga tinggal dipondok ini ialah sering diancam binatang berbisa seperti ular senduk yang beberapa kali memasuki pondok malah pernah menjalar di atas pangkin di dalam pondok,” katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59