Friday, 7 April 2006

KERAJAAN BN TIDAK RAMPAS TANAH RAKYAT, TAPI ROMPAK TANAH RAKYAT


KUALA LUMPUR 7 April - MB Terengganu Idris Jusoh sekali lagi menafikan bahawa kerajaan Barisan Nasional Terengganu telah merampas tanah rakyat yang diberikan oleh kerajaan PAS dari tahun 1999-2004.

Beliau memberi jaminan tidak akan merampas semula 1,300 lot tanah yang telah diagihkan kepada rakyat semasa negeri ini diperintah oleh Pas.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh menganggap tanah-tanah yang telah diagihkan itu adalah `rezeki' bagi mereka yang menerima tanah tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa 50,000 lot yang didakwa oleh Pas telah diagihkan kepada rakyat selama tempoh pemerintahan parti itu adalah tidak benar kerana ia tidak sempat berbuat demikian.

``Bagi saya, tanah yang sudah diberikan kepada rakyat adalah menjadi milik mereka tanpa mengira para pemilik tanah terbabit itu sama ada menyokong kerajaan ataupun sebaliknya,'' katanya dalam Wawancara 60 Minit Bersama Menteri yang disiarkan secara langsung di TV1 malam tadi.

Idris menegaskan bahawa isu bahawa kerajaan BN akan merampas tanah-tanah yang telah diagihkan oleh kerajaan negeri terdahulu adalah tidak benar sama sekali.

``Kita mempunyai senarai mereka yang menerima lot-lot tanah dan penduduk yang memohon ketika Pas memerintah dulu,'' ujarnya.

Tetapi bagaimana dengan kejadian menyodok rumah dan masjid yang dilakukan di RTB Bujal dan lain-lain. Apa istilah yang hendak kita. Mungkin istilah yang sesuai ialah ROMPAK TANAH RAKYAT bukan RAMPAS TANAH RAKYAT.

Inilah pemimpin Islam Hadhari Terengganu Bestari yang bercakap ikut sedap mulut sahaja. Apakah beliau tidak sedar bahawa rakyat hari ini sudah cerdik dan tidak mudah ditipu.

Sementara itu sehari dua ini pula Idris Jusoh mengganas lagi apabila pihak Majlis Daerah Setiu (MDS) merobohkan gerai 14 peniaga ikan di Kampung Penarik dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 9.30 pagi semalam.Operasi ini melibatkan lebih 20 kakitangan dan pegawai MDS dengan dua buah jentolak dan lori serta anggota polis.

Tinjauan Harakahdaily petang semalam mendapati, semua gerai menjual ikan yang dibina di atas tanah milik penduduk di situ telah dirobohkan melainkan empat buah yang diruntuhkan sendiri oleh pemiliknya.

Inilah rentetan kekejaman yang dilakukan oleh Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya. Kita mengharapkan rakyat Terengganu akan bangkit menentang segala kekejaman pada pilihanraya akan datang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59