Wednesday, 19 April 2006

ISU SUMPAH : UTUSAN MELOYA PUTARBELIT FAKTA SEBENAR


KUALA TERENGGANU 19 April - Hari ini Utusan Meloya kembali memainkan peranannya bagi pihak kerajaan Islam Hadhari dengan memutarbelitkan cerita sebenar.

Utusan Meloya melaporkan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini tidak menyahut cabaran seorang Exco kerajaan negeri supaya beliau bersumpah atas nama Allah berhubung tuduhannya bahawa UMNO melakukan penipuan dalam isu pengambilan tanah.

``Oh tak payah... Tak payah,'' kata pemimpin Pas itu ketika ditemui pemberita sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berhenti rehat hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Said pada sidang DUN semalam supaya beliau bersumpah untuk membuktikan tuduhannya.

Semalam, Abdul Hadi yang juga Ketua Pembangkang dan ADUN Rhu Rendang mendakwa kerajaan Pas sebelum ini terpaksa mengambil balik sebidang tanah di Setiu kerana ia diceroboh.

Beliau mendakwa UMNO menipu dengan menanam pokok kelapa sawit sudah besar dalam masa beberapa hari di kawasan itu.

Dakwaan pemimpin Pas itu telah menyebabkan Ahmad yang juga ADUN Kijal bangun dan mencabar Abdul Hadi agar bersumpah dengan al-Quran bagi membuktikan kebenaran dakwaannya.

``Sebagai tokoh agama yang dihormati, dia bercakap bohong di Dewan ini. Adakah wakil Rhu Rendang sanggup bersumpah dengan al-Quran bahawa kelapa sawit ditanam dalam tempoh tujuh hari oleh UMNO,'' katanya.

Abdul Hadi kemudian membalas dan menganggap cabaran Ahmad itu sebagai jahil kerana hanya orang Kristian sahaja yang bersumpah dengan kitab.

``Tidak kiralah dengan al-Quran ke, dengan nama Allah ke... Sanggup bersumpah ke?,'' cabar Ahmad kepada Abdul Hadi.

Harakahdaily semalam melaporkan bahawa Tuan Guru menyahut cabaran Ahmad Said untuk bersumpah dengan nama Allah di luar dewan. Tetapi Utusan Meloya hari ini melaporkan berita tersebut seolah-olah Tuan Guru takut dan berbohong pula.

Rakyat Terengganu sendiri sebenarnya kenal siapa Ahmad Said.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59