Saturday, 8 April 2006

BN KEMPUNAN


KOTA BHARU 8 April - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sekali lagi bahawa tiada kemungkinan sama sekali bahawa beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan seperti yang pernah dijelaskannya beberapa kali.

Mengambil contoh peruntukan sebanyak RM7.6 bilion yang diterima Kelantan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), beliau berkata: ``Adalah kerja bodoh untuk buat pilihan raya kerana ketika Kelantan diperintah Pas, kerajaan Pusat masih boleh salurkan peruntukan sebanyak itu.''

Seterusnya, beliau yang juga Mursyidul Am Pas menyifatkan perkara tersebut tidak lebih daripada satu provokasi jahat yang hanya bertujuan mahu menggugat keamanan negeri ini.

``Ada sesetengah orang ini otak dia macam Amerika, dia tak boleh tengok negara Arab tenang, lalu dia buat masalah. Dia tuduh Saddam Hussin ada bom pemusnah dunia, akhirnya dia pergi bom Iraq tetapi bom yang didakwanya tidak ada pun.

``Ini cara Amerika hendak laga-lagakan manusia supaya dia boleh buat untung,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas desas-desus yang timbul kebelakangan ini mengenai kemungkinan pembubaran DUN Kelantan akan dibuat dalam masa terdekat.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diminta mengulas perkara itu berkata bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO bersedia bila-bila masa sahaja jika kerajaan Pas mahu berbuat demikian.

Sementara itu, ketika diminta memberi reaksi berhubung RMK-9 yang menyaksikan Kelantan menerima peningkatan peruntukan sebanyak 300 peratus berbanding sebelumnya, Nik Aziz berkata: ``Ini menunjukkan bahawa peruntukan Pusat boleh diberikan kepada Kelantan walaupun negeri ini diperintah oleh Pas.''

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59