Wednesday, 5 April 2006

BETTY CHEW (KETUA PEMBANGKANG DUN MELAKA) LEBIH FAHAM ISLAM DARI ALI RUSTAM (PEMIMPIN NO.3 ISLAM HADHARI)


MELAKA 5 APRIL : Ketua Pembangkang DUN Melaka, Betty Chew baru-baru mempertikaikan mengapa bagaimana kerajaan Islam Hadhari Melaka boleh memberikan premis lesen menjual arak kepada seorang muslim di Jalan Laksamana di sini. Betty berkata demikian semasa soal jawab dalam Dewan Undangan(DUN)Melaka baru-baru ini.

Dalam ucapannya Betty bertanya, setahu beliau seseorang Islam diharamkan meminum arak, tetapi adakah menjual arak dibenarkan pula?

Seterusnya beliau bertanya berapakah jumlah lesen menjual arak yang dikeluarkan kepada orang Islam di negeri Melaka.

Selain dari isu ini beliau juga mempertikaikan tindakan kerajaan negeri merobohkan sebuah Tokong Cina di Bemban. Tidak cukup dengan itu, rumah penjaga tokong itu juga dirobohkan tanpa notis dan arahan mahkamah.

Isu lain yang disentuh oleh Betty ialah isu penutupan ladang babi.

Sehubungan dengan isu lesen arak ini, Ketua DPP PAS Bukit Katil, Hj Salamat Aman berkata, beliau amat malu dengan isu pemberian lesen arak kepada peniaga yang berugama Islam.

"Adakah Islam Hadhari menghalalkan perkara yang jelas diharamkan oleh Islam. Takkan Betty lebih faham dari 'Imam' nombor 3 Islam Hadhari iaitu Ali Rustam", sindir Hj Salamat.

"Sudah jelas sekarang, Islam Hadhari semakin sesat dan menyesatkan, rakyat mesti bangkit menentang segala kemungkaran dan kezaliman Islam Hadhari yang semakin menjadi-jadi" tegas Salamat lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Gerakan Suara Belia Berkecuali said...

Kerajaan dan pembangkang 2 kali 5. Kami semua sudah muak semua ni. Berjuang untuk rakyat bukan untuk kepentingan diri sendiri. Kami akan menyokong pemimpin yg mendengar suara kami dan kami juga penentu jatuh dan naik sesebuah parti itu. Sekian.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59