Wednesday, 29 March 2006

TAHNIAH KEPADA ISMAIL HANIYEH DAN KABINET BARU PALESTIN


Gambar : Ismail dan beberapa pimpinan Hamas dan parti-parti lain.


RAMALLAH 29 MAC : Parlimen Palestin meluluskan barisan Kabinet pertama Hamas semalam, sekali gus memudahkan laluan pelantikan barisan anggota baru kerajaan yang bakal mengangkat sumpah menjelang akhir minggu ini.

Ahli Parlimen Hamas turut melaungkan kalimah ‘Allah Maha Besar’ sejurus selepas keputusan majoriti undian 71 menyokong dan 36 menolak, diumumkan. Dua anggota bagaimanapun berkecuali.

Sejurus kemudian, bakal Perdana Menteri baru Hamas, Ismail Haniyeh dikerumuni ramai anggota yang bersilih ganti mengucapkan tahniah kepadanya.

Bukan setakat itu, sesi persidangan Parlimen yang disiarkan dalam sidang video ke bandar Ramallah, turut menyaksikan bakal anggota Kabinet Hamas itu menerima ucapan tahniah bertalu-talu daripada penyokongnya.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang juga pemimpin parti saingan, Fatah, dijangka menerima pelantikan barisan Menteri Hamas itu, kata bakal Timbalan Perdana Menteri Nasseredine al-Ashaer.

Negara Barat sebelum ini mengancam memutuskan bekalan kewangan kepada Palestin, sebaik saja kerajaan Hamas yang menang besar dalam pilihan raya Palestin Januari lalu, berkuasa.

Selepas pengumuman itu, Haniyeh dilaporkan ke rumah pemimpin dan antara pengasas utama Hamas, Sheikh Ahmed Yassin yang mati dibunuh rejim Zionis pada 2004, untuk menunaikan solat berjemaah bersama pemimpin lain.

Terdahulu, Haniyeh mengumumkan agenda politiknya termasuk berunding dengan peneraju utama proses damai Asia Barat di Asia Barat iaitu Amerika Syarikat.

Beliau turut menegaskan penduduk Palestin layak meneruskan perjuangan ke arah kebebasan tetapi ini tidak bermakna Hamas menutup pintu rundingan dengan pihak seperti AS bagi menamatkan konflik dengan negara Yahudi.

Pandangan beliau, bagaimanapun ditolak Israel dan AS yang menyifatkan Hamas tidak lebih daripada pertubuhan pengganas. Malah, Hamas sendiri berikrar tidak akan mengubah pendiriannya tidak mengiktiraf kewujudan Israel - antara syarat ditetapkan Barat.

“Kerajaan kami tidak memperuntukkan usaha untuk mencapai hanya keamanan di rantau ini dengan menamatkan pencerobohan dan penaklukan Israel serta mempertahankan hak kami,” kata Haniyeh kepada ahli Parlimen. – AFP/AP

BARISAN KABINET PALESTIN

Perdana Menteri:
Ismail Haniyeh (juga Menteri Sukan)
Timbalan Perdana Menteri:
Nasseredine al-Shaer (Menteri Pendidikan)
Menteri Kewangan:
Omar Abdelrazek
Menteri Luar: Mahmud al-Zahar
Menteri Dalam Negeri:
Said Siam
Menteri Ekonomi:
Alaadine al-Aaraj
Menteri Penerangan:
Yussef Rizqa
Menteri Kehakiman:
Ahmed al-Khaldi
Menteri Kesihatan:
Bassem Naim
Menteri Kerajaan Tempatan:
Issa al-Jaabari
Menteri Kerja Awam:
Ziad al-Zhazha
Menteri Buruh:
Mohammed Barghuthi
Menteri Komunikasi dan Teknologi:
Jamal al-Khodari
Menteri Hal Ehwal Penjara:
Wasfi Kabha
Menteri Kebudayaan:
Attallah Abu al-Sabeh
Menteri Perancangan:
Samir Abu Eisheh
Menteri Pelancongan:
Judeh Mourqos
Menteri Pengangkutan:
Abdelrahman Zidane
Menteri Pertanian:
Mohammed al-Agha
Menteri Hal Ehwal Sosial:
Fakhri al-Turkmani
Menteri Hal Ehwal Wanita:
Mariam Saleh
Menteri Hal Ehwal Agama:
Nayef Rajub
Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis:
Khaled Abu Arafeh
Menteri Hal Ehwal Pelarian:
Atef Edwane

Sumber : Bharian

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

semuts said...

InsyaAllah giliran Malaysia akan tiba bagi membentuk kerajaan baru yang lebih Islamic serta adil. Semalam saya melihat beberapa ahli PAS (tidak tahu kawasan mana) mengedarkan risalah mengenai kenaikan harga minyak. Saya juga meneri risalah tersebut. Saya bangga dengan kerja-kerja seperti ini dan ia perlu diteruskan bagi memberi kesedar kepada rakyat yang hanya dihidangkan dengan berita karut-marut dia media-media talibarut kerajaan BN. Isi dalam risalah tersebut amatlah baik sekali dan jika dapat ditambah sedikit maklumat/keterangan mengenai keuntungan minyak negara (petronas) dan kelebihan daripada keuntungan yang sepatutnya diperolehi rakyat.

Sebagai contoh : Petronas untung RM50billion...Subsidi sepatutnya ditambah bukannya ditarik. Telah termaktub dalam perlembagaan bahawa setiap hasil daripada negara akan diagihkan sama-rata kepada seluruh rakyat.

Mungkin juga boleh dipersoalkan kemana wang keuntunggan petronas itu mengalir dan sebagainya.

Tuan, Laman ini perlu dipromosikan di laman laman web lain yang telah lama bertapak.

sekian, Terima kasih.

semuts said...

Ralat-Tempat edaran risalah di Pasar Malam Taman Sri Duyung. Harap diperkembangkan kerja-kerja seperti ini. Semoga berjaya!

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59