Tuesday, 21 March 2006

TAHNIAH HAMAS


BANDAR GAZA 21 Mac - Tahniah kepada Perdana Menteri baru Palestin, Ismail Haniyeh atas kejayaannya mengemukakan barisan Kabinet 24 anggota termasuk seorang wanita dan seorang Kristian kepada Presiden Mahmoud Abbas 19 Mac lalu.

Ismail memberitahu media bahawa kabinet baru meliputi 14 menteri dari Tebing Barat dan 10 dari Gaza.

Beberapa orang pemimpin kanan Hamas telah dilantik menjadi menteri di Kementerian-kementerian penting. Antaranya pemimpin Hamas di Gaza, Mahmoud al-Zahar dilantik sebagai Menteri Luar manakala seorang lagi pemimpin pergerakan itu, Saeed Seyam menjadi Menteri Dalam Negeri yang akan bertanggungjawab terhadap beberapa agensi keselamatan.

Jawatan Menteri Kewangan pula disandang oleh seorang pakar dalam bidang tersebut iaitu profesor ekonomi di Tebing Barat yang juga ahli Parlimen Hamas, Omar Abdel-Razeq.

Hamas mengemukakan senarai Kabinet itu kepada Mahmoud selepas gagal memujuk puak-puak Palestin yang lain menyertai kerajaan campuran yang diketuainya.

Israel dan Amerika Syarikat (AS) telah berikrar untuk memulaukan kerajaan pimpinan Hamas.

Tindakan Hamas melantik anggota-anggota kanan pergerakan itu ke jawatan penting Kabinet, ekoran ketiadaan rakan kongsi, merupakan petanda awal kejayaan usaha Israel dan AS untuk memencilkan Hamas.

Pegawai parti Fatah pimpinan Mahmoud berkata, Presiden tidak akan cuba menghalang Parlimen meluluskan Kabinet itu tetapi akan mengeluarkan sepucuk surat memperincikan kebimbangan beliau tentang dasar-dasarnya.

Parti-parti sederhana Palestin telah menghadapi tekanan AS untuk menjauhi kerajaan yang diketuai oleh Hamas kerana pendiriannya enggan mengiktiraf Israel, menolak keganasan dan menerima perjanjian damai sementara.

Sebelum pertemuannya dengan Ismail, Mahmoud berkata, Parlimen akan bersidang tidak lama lagi untuk mengadakan pengundian bagi meluluskan kerajaan baru itu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59