Wednesday, 8 March 2006

SPR SEPATUTNYA SELESAIKAN ISU PENGUNDI HANTU TERLEBIH DAHULU


BUKIT KATIL 8 MAC : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya menyelesaikan isu yang lebih besar iaitu isu pengundi hantu, rasuah pilihanraya, ugutan dan penipuan bukannya isu yang remeh seperti isu poster dan pengiraan semula undi yang tidak banyak dipersoalkan.

SPR dalam kenyataan akhbar mereka hari ini mencadangkan agar pengiraan semula undi tidak lagi dilakukan di pusat penjumlahan undi sebaliknya proses itu dijalankan di pusat mengundi bagi menjimatkan masa.

Ia juga mencadangkan agar perang poster tidak lagi dibenarkan bagi mengelak pembaziran serta pergaduhan.

Sudah jelas kepada kita bahawa SPR sebenarnya cuba lari dari isu sebenar yang menjadi bantahan keras parti pembangkang selama ini.

Pengiraan semula undi dan poster jarang atau tidak pernah dipertikaikan oleh parti-parti politik sebelum ini.

Mengikut cadangan itu perbezaan peratus undi calon bagi membolehkan pengiraan semula diadakan akan dinaikkan daripada dua peratus kepada empat peratus.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata keputusan yang diumumkan di pusat penjumlahan undi selepas itu akan dikira sebagai rasmi tanpa sebarang bantahan lagi daripada mana-mana pihak.

"Ini bagi menjimatkan masa. Jika peraturan lama diikuti ia juga menyusahkan banyak pihak seperti polis dan SPR yang terpaksa menyediakan CCTV (siaran tv litar tutup) bagi mengelakkan tohmahan jika pengiraan semula dilakukan keesokan hari seperti yang berlaku di Pengkalan Pasir," katanya.

Beliau berkata cadangan itu diterima baik oleh beberapa parti politik yang berharap ia dapat dilaksanakan segera.

"Rakyat sebenarnya mahu melihat SPR lebih telus dan serius dalam menangani isu pengundi hantu, rasuah, ugutan dan penipuan", demikian kenyataan Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Hj Salamat Aman.

"Tetapi nampaknya SPR tidak peka atau sengaja membutakan hati dan mata mereka dalam hal ini" kata Hj Salamat dengan nada kesal.

Abdul Rashid juga berkata SPR akan memperkenalkan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mereka yang mahu mendaftar sebagai pemilih tidak lama lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59